KET 8

15 1 0
                                    

Nadia P. O. V

"Ok dah sampai... Jom turun"ceria saja suara senior Mi

Kami pun masuk ke dalam mall yang besar. Kami pun berjalan menuju ke restaurant Chicken Rice Shop.

"Apa kata harini Nad belanja abang makan"cadangku

"Ok"

Tiba-tiba seorang pelayan perempuan yang manis tapi tak memakai tudung datang. Dia bertanya kepada kami ingin memesan apa tapi mungkin khas untuk senior Mi. Kerana dia sejak tadi hanya memandang senior Mi dan terukir senyuman yang paling manis. (Nad dah mula cemburu)

"Sayang.. Sayang nak pesan apa?"soal senior Mi kepada ku

"Abang pesankan la sebab Nad nak gi tandas"balasku.'hish dia ni saja nak buat jantung aku berdegup kencang '

"Ok"katanya dan aku terus berjalan menuju ke tandas.

Selesai sahaja aku ke tandas aku menuju ke kedai tadi. Makanan kami telah pun terhidang di atas meja.

"Lama ke abang tunggu?"soalku

"Tak adala lama sangat. Tapi sempatla pelayan tadi sibuk melentok macam ulat bulu. Gedik betul"kata senior Mi dengan nada yang menyampah.

Aku hanya senyum.Kami pun makan makanan kami. Selesai saja kami makan aku bertanya kepada senior Mi

"Abang kita nak pergi mana lagi?"

"Abang nak beli buku"balasnya

Kami menuju ke kedai buku Popular. Setelah selesai membeli buku kami pun pulang ke rumah.

"Terima kasih abang"kataku dengan senyuman

"Sama sama... 143"balas senior Mi

"143"kataku pula

"Tahu ke maknanya?" Soalnya

"Tahu"

"I love you"

"I hate you... Dah la bye pergi balik gayut dengan girlfriend sendiri"

"Siapa girlfriend abang?"

"Ika tu bukan"

"Itu bukan girlfriend la. Dia je yang gatal abang tak layan pon"

"Yela tu bye la"

"Betullah... Bye "

Aku pun masuk ke dalam rumah banglo itu. 'Tak balik lagi ke dia orang ni?'soal hatiku. Aku pun buka kunci rumah. Dan.... Kosong.

"Lamanya dating dia orang ni"

Aku pun naik membersihkan diri. Selepas itu aku pon turun ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Dalam rasa kebosanan aku aku pun membuka wifi aku dan aplikasi WhatsApp. Tiba tiba mesej yang baru saja dihantar oleh Kaylie di dalam group Business masuk.

^Assalamualaikum Nad kau da mkn lom^=Kaylie pelik

^klaw blom ktorg tapawkn mknn^=Fina becok

^Waalaikumussalam aq da mkn ngn senior tdi... Tq sbb care psl aq^=Nad sewel

^mestilah lagipun kau tu ada gastrik^=Fad kecoh

^Nad ade gastrik?tak ckp kat abg pon ade gastrik...Nasib baik tadi gi mkn klau tak pgsan td.=Senior Mi

^ABG???^=Hani kerek

^OH MY CHIP^=Nul poyo

^what is going on here Nad?^=Tyn spec

Aku pon menutup wifiku tadi malas aku ingin melayan karenah mereka.Tidak berapa lama kemudian aku terdengar bunyi enjin kereta di depan rumah sewa kami. Aku pun menjenguk ke luar siapakah yang datang...Rupanya mereka yang tadi dating kini pulang.

"Assalamualaikum"salam mereka apabila baru sahaja masuk.

"Waalaikummussalam.Seronok date tinggalkan aku seorang dekat rumah?"balasku

"Alololo majuk ke?"soal Hani

"Kak Ina mana?"soal Nul

"Kak Ina kata dia balik kampung sebab dah lama tak jumpa lagipun nak bincang pasal penikahan dia orang."terangku

"ouh.. sorry, kita orang tinggalkan kau.tapi macam tak tinggalkan sebab dia pun tadi gi date"balas Kaylie

"amacam kau punya date dengan senior Mi"soal Fina

"tak payah nak amacam sangat baik korang mandi dengan solat cepat nanti aku cerita pasal aku tadi" kataku

"janji eh kau cerita?"balas Fad

"ye aku janji"janjiku

Dia orang pun naik dan masuk ke dalam bilik mereka sendiri untuk membersihkan diri dan solat maghrib.

[Bersambung]

Kimia Encik TengkorakWhere stories live. Discover now