Kai yang berada di beranda setelah pulang dari jepun.
"Adik, apa yang adik tenung tu"sapa Khairil
"Eh abang! Mana ada adik termenung " nafi Kai
"Haih dah tu pergi lah masuk tidur adik tu dahlah susah nak bangun"sindir Khairil
Kai mencebik bibir setelah Khairil mengutuk dia.
"Hahaha, abang gurau jelah tak payahlah majuk adik ku sayang nanti abang belanja ais krim nak?? "tanya Khairil pantas Kai tersenyum dan memeluk abangnya. Khairil pulak memberikan ciuman di dahi adiknya.
Walaupun Kai berperangai psycho tapi dengan kawan dan juga abang-abang nya dia berperangai kanak-kanak ribena dan manja. Selain itu, Kai merupakan pewaris harta Dato Kamal. Khairil dan Khairul pulak merupakan pewaris kepada dua buah syarikat milik Dato Kamal.
Kai masuk ke bilik lalu tidur.
Esoknya, Adam abang angkat Kai sedang menyediakan sarapan untuk Ahli yang lain. Ianya ialah Roti bakar dan susu. Sesuai untuk sarapan pagi ke sekolah.
Kai dibilik baru sahaja selesai mandi memakai uniform Flor'A Highschool. Beg sandang jenama Puma diisi dengan buku teks, buku tulis dan pensel box. Selesai memakai tudung sekolah bewarna hitam dan disertakan dengan teg nama bersama logo sekolah.
"Kai! Jom sarapan! "panggil Shami
"Okey Sham! "jerit Kai balik sambil meletakkan lip balm di bibirnya lalu turun. Beg sandang tersebut di letakkan di sofa lalu memakai stokin. Selesai memakai stokin dia ke dapur dan duduk di hadapan Khairul.
"Adik? "panggil Khairul
"Ye abang?? "kata Kai
"Pergi sekolah dengan siapa?? Ikut Bestie adik ke Kitorang?? "tanya Khairul
"Adik ikut Bestie adiklah. Kalau ikut korang nanti mati adik dengan perempuan kat sekolah tak pasal-pasal adik kena cop playgirl"kata Kai
"Alah diorang bukan tau pun Kai tu adik kitorang"jawab Shafik dengan mulut yang penuh.
Adam pantas mangetuk shafik.
"Makan lah elok-elok"tegur adam lalu kembali menyambung makan. Shafik hanya mencebik lalu makan semula."ASSALAMUALAIKUMM"panggil 5 gadis yang diluar rumah.
"Hah! Abang diorang dah sampai adik pergi dulu eh"kata Kai
"Okey adik carefull okey"kata Khairul
Kai menyalam 5 abang-abang nya itu lalu memakai convers dan blah bersama 5 sahabatnya.
Dalam perjalanan ke sekolah,
"Wey korang tak rasa pelik ke?? "kata Akiela"Pelik?? ape dia?? "tanya yang lain
"Yelah korang tak rasa Kai dah pendek"kutuk Akiela lalu pantas melarikan diri sebelum kepalanya diketuk oleh Kai.
"Akiela!!!"jerit Kai lalu mengejar Akiela. Ahli yang lain hanya tergelak melihat Akiela yang sudah melarikan diri padan muka!
YOU ARE READING
•Anti Girl•
Teen FictionTengku Daniel Lee lelaki yang anti terhadap perempuan kerana peristiwa seram tersebut. Setiap kali ada perempuan yang mahu mendekatinya dia pasti akan menjerit atau menghalau perempuan itu dengan kasar. Jadi di Flor'A Highschool,Daniel digelar sebag...