Bab 1

1.4K 56 6
                                    

"Zahim, Zahim dah fikir masak-masak ke yang nak pindah ni?" Soal Hajah Fatimah entah kali ke berapa. Dia tak sedap hati sejak Zahim memberitahu yang dia akan berpindah.

"Betullah mak. Sampai bila Zahim nak berkepit bawah ketiak mak je. Zahim pun nak tinggal sendiri dengan kawan-kawan Zahim jugak mak." Pintu peti ais dibuka. Air peel fresh dikeluarkan. Dan gelas kosong di atas meja dicapai sebelum dituang air dari kotak itu ke dalam gelas.

"Tapi Zahim kan baru sembuh. Sekurang-kurangnya tunggulah lagi setahun. Lagipun Zahim kan.."

"Biarlah Mah. Anak tu nak berdikari." Cantas Haji Suboh.

"Abang.. Abang kan tahu keadaan Zahim ni macam mana. Buatnya dia sakit kepala lagi, siapa yang nak tolong tengok-tengokkan?" Hajah Fatimah masih belum puas hati.

"Mak, Zahim ni dah 30 tahun mak. Zahim bukan tinggal sorang. Ada dua orang lagi yang tinggal situ."

"Tapi shift tak sama kan?"

Zahim menghela nafas dalam. Susah betul mahu memujuk emaknya.

"Mak, abah. Zahim janji Zahim akan jaga diri. Mak dengan abah beri Zahim tempoh masa percubaan dulu yer."

"Abah tak ada masalah." Mudah Haji Suboh menjawab.

"Bolehlah mak." Lengan emaknya dipegang dan digosok-gosok, meminta pengertian.

"Hurmm.. Rumah tu kat taman belakang ni je kan? Janji dulu yang Zahim akan singgah sini setiap hari."

Zahim mengangguk dengan senyum mekar di bibir.

"Zahim janji."

"Baiklah." Akhirnya Hajah Fatimah bersetuju.

"Thanks mak." Terus tubuh kecil Hajah Fatimah dipeluk.

Haji Suboh yang menjadi pemerhati dari tadi hanya tersenyum. Sedikit sebanyak dia bersyukur dengan perubahan anak sulungnya. Ada hikmah juga atas apa yang menimpa anak lelakinya itu.

👻👻👻👻👻

"Iskk.. Iskk.."

Zahim melepaskan keluhan panjang. Bosan. Semenjak seminggu dia berpindah ke sini, asyik bunyi itu yang menemani tidurnya.

"Iskk.. Iskk.."

"Hisyy.. Kau nak apa ni! Jangan ganggu aku boleh tak?" Zahim tebarkan matanya ke sekeliling bilik. Mencari 'sesuatu' yang berbunyi dari tadi.

Sebaik sahaja matanya memandang ke arah pintu bilik, memang ada 'sesuatu' di situ. Sedang berdiri membelakanginya.

"Hey!! Perempuan baju putih!" Zahim memanggil 'sesuatu' itu.

Lantas perempuan berbaju putih itu menoleh.

Terbuntang mata Zahim saat matanya jatuh pada wajah mulus perempuan itu.

"Cantik.." Gumamnya perlahan tanpa dia sedar.

Si perempuan menghampiri. Matanya tidak berkelip dari memandang Zahim. Pipinya yang bersisa air mata dilap dengan lengan bajunya yang labuh.

"Awak nampak saya?" Soalnya seakan teruja.

Zahim mengalihkan pandangan. Dalam hatinya tidak putus-putus beristighfar.

Dia adalah seorang lelaki biasa yang dikurniakan kelebihan luar biasa iaitu mampu melihat makhluk halus.

Dia sudah lali dengan semua itu. Namun malam ini, esakan yang mendayu-dayu itu bagai menggamit hatinya agar menegur. Pertama kali dalam hidupnya, dia berbual dengan makhluk halus. Kalau tahu dek mak, memang teruk dia kena ceramah.

"Kau nak apa? Tiap-tiap malam memekak. Aku nak tidur pun tak boleh."

"Awak kena tolong saya."

"Kenapa aku kena tolong kau?Apa aku akan dapat sebagai balasannya?" Soal Zahim lagi tanpa memandang ke arah perempuan itu. Takut jugak sebenarnya.

"Awak kena tolong saya kalau tak nak saya ganggu awak lagi."

"Aduhh.." Zahim menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Satu minit..

Dua minit..

Tiga minit..

Lama dia berfikir, sesekali matanya mengerling perempuan yang berdiri di hujung kakinya.

'Patut ke aku tolong? Kalau aku tak tolong, aku jugak yang tak boleh tidur nanti.' Desis hati kecil Zahim.

"Iskk.. Iskk.." Si perempuan itu kembali menyambung tangisannya bila Zahim belum memberi jawapan pada permintaannya.

"Boleh tak kau jangan buat bunyi tu?" Zahim menjeling. Habis meremang bulu romanya.

"Habis tu nak buat bunyi macam mana? Nak saya ketawa? Awak nak dengar?" Si perempuan mula membetulkan pita suaranya.

"Kau gila? Ke kau nak rasa kena bunuh lagi sekali?" Zahim sudah meramas rambutnya yang sedia kusut. Mengantuk menguasai diri.

Awal pagi esok dia kena bekerja tetapi sekarang pukul 2 pagi pun dia belum dapat lelapkan mata disebabkan permintaan 'hantu cantik' di depannya ini yang tak masuk akal.

"Mana awak tahu saya mati kena bunuh?"

"Hah? Kau kena bunuh??" Zahim menelan kesat air liurnya. Tiba-tiba sahaja rasa kantuknya hilang. Hantu cantik yang berdiri di hadapannya itu dipandang dari atas ke bawah. Langsung tak nampak seperti mati dibunuh. Elok sahaja tanpa cacat cela seperti yang biasa dia nampak pada hantu-hantu lain.

"Awak tolong carikan mayat saya. Kalau tak sampai bila-bila saya terpaksa merayau macam ni." Si hantu cantik sudah menunjukkan muka simpati. Meminta belas ihsan dari seorang manusia.

"Macam mana aku boleh tolong kau? Siapa nama kau? Kau ingat siapa bunuh kau?"

Perlahan-lahan si hantu cantik itu menggelengkan kepalanya.

"Saya.. Saya.. tak tahu"

Zahim melepaskan keluhan panjang. Giliran dia pula gelengkan kepalanya. Tangan naik mengusap belakang leher.

"Hai lah hantu. Dah tu aku nak tolong kau macam mana? Ada apa-apa yang kau ingat?"

Si hantu cantik menggeleng lagi.

"Saya cuma tahu rumah hujung simpang tu. Rumah tu macam saya kenal. Tapi saya tak boleh masuk ke sana."

"Rumah hujung simpang? Rumah mana ni?" Berkerut kening Zahim memikirkan rumah yang dimaksudkan si hantu cantik.

"Yang warna hijau kuning tu. Rumah dua tingkat." Terang si hantu cantik lagi.

"Tu.. tu.. rumah family aku."

Jawapan Zahim membuatkan si hantu cantik membulatkan mata.

Zahim pula mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang pelik, sesuatu yang kadang-kadang menimbulkan tanda tanya pada benaknya mengenai bilik hujung tangga yang dijaga rapi dan selalu dikunci oleh abahnya. Apabila ditanya, abahnya hanya menjawab itu bilik stor.

Tiba-tiba Zahim menggeleng laju. Menafikan apa yang berlegar di fikirannya saat ini.

"Hisyy.. tapi tak mungkinlah kau ada kaitan dengan keluarga aku. Kenapa mak dan abah aku tak pernah sebut apa-apa pun."

'Si hantu cantik' hanya senyap membisu.

"Jom. Kau tunjukkan aku rumah yang mana satu."

Baru sahaja Zahim habis berkata-kata si hantu cantik sudah lesap. Hilang dari pandangan matanya.

"Haihh.. dasar hantu!"

Si Hantu CantikWhere stories live. Discover now