Aku melajukan langkah. Tak sanggup lagi untuk menoleh kebelakang. Air mataku laju mengalir. Dalam hati tak putus-putus memohon pertolongan dari yang atas.
"Sofia!"
Semakin hampir suara dibelakangku. Aku menangis. Apa kesudahan hidupku ini? Tiba-tiba aku terlihat suluhan lampu dari jauh. Segera aku melambaikan tangan. Aku bernasib baik kerana kereta tersebut berhenti.
"Encik, tolong saya!"
Aku mengetuk cermin kereta bertalu-talu. Seorang lelaki yang berkaca mata hitam keluar dari perut kereta.
"Kenapa ni?"
"Tolong encik. Ada orang nak rogol saya." Aku tercungap-cungap.
"Siapa?" Lelaki tersebut memegang bahu ku untuk mengelakkan aku daripada jatuh.
Mataku berpinar-pinar. Lututku seperti tidak bermaya. Pening.
"Ini kerja kau rupanya!"
Aku menoleh dalam samar-samar."Dasar perempuan murahan. Kita kahwinkan mereka terus. Tak sanggup saya menanggung malu lagi. Anak tak sedar diri." Kata Mak Ngah.
Tiba-tiba aku lihat ramai orang kampung. Pak Ngah tersenyum puas. Ini mesti rancangan Pak Ngah. Dan... Aku hampir terlupa yang aku berpaut pada seorang lelaki.
...
YOU ARE READING
Jagakan Hati Ini
RomanceSekiranya kau tak mampu mencintaiku, tolonglah jagakan hati ini. Tak sanggup lagi aku menahan keperitan yang tiada kesudahan.