4. Yang Tidak Akan Dilupakan

134 12 5
                                    


Bunyi ambulans menghampiri ruang kecemasan. Beberapa orang jururawat bersedia di hadapan pintu sebelum ambulans tersebut berhenti. Pintu ambulan dibuka laju dan seorang pembantu perubatan melompat keluar sambil tangannya memegang bucu katil. Dua orang jururawat lelaki membantu pasukan perubatan menarik keluar pesakit.

"Tekanan darah dia rendah" ujar salah seorang pembantu perubatan sambil mereka menolak katil pesakit.

"Pesakit bernama Kang Daniel, mempunyai masalah komplikasi jantung. Nadinya lemah" seorang jururawat melaporkan pula kepada doktor.

"Nod Sinusnya juga dikenalpasti lemah"

"Bawa dia ke bilik kecemasan, sediakan AED"

"Hubungi Dr Shim"

Jihoon hanya memerhatikan Daniel terbaring atas katil, ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan.

"Niel hyung" Jihoon diselubungi rasa bersalah, juga risau. Dirinya berundur sandar pada dinding, tertunduk. Tangannya dilihat seolah semakin pudar. Jihoon memegang badannya juga kelihatan seperti semakin menghilang. Jihoon mendongak pandang siling ruang legar kecemasan itu. Secara tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut sakit. Penglihatannya semakin kabur. Jihoon memegang dinding, sebagai sokongan apabila terasa seperti dirinya pening. Kakinya rebah melutut di lantai sambil Jihoon memegang kepalanya. Jihoon menutup mata menahan sakit.

"Niel hyung"

Wajah Daniel tersenyum terpancar pada ingatannya. Jihoon kemudian jatuh rebah ke lantai.

"Park Jihoon?"

Sesuatu dirasakan terang menyuluh matanya. Kepalanya terasa sakit namun tidak sekuat tadi. Mulutnya terasa penuh diisi dengan sebuah tiub dan sebuah topeng pernafasan dimukanya.

"Park Jihoon? Awak boleh dengar? Kalau awak dengar suara saya, sila gerakkan jari awak"

Jihoon menggerakkan jari telunjuknya sebaik mendengar jelas suara seseorang memberinya arahan tadi. Jihoon membuka mata. Namun pandangannya gelap.

"Dia dah sedar" Dr Cho memegang jari Jihoon. Separuh terkejut dengan perkembangan pesakit tersebut.

"Jihoon" Woojin yang berdiri di hujung katil, memanggil nama rakannya itu. Dia terkejut apabila mendengar suara Jihoon setelah berbulan lamanya Jihoon koma.

Jihoon tersenyum lemah. Dia kenal suara itu dan tahu Woojin berada dekat dengan dirinya.

"Errrg" Jihoon terasa kepalanya sakit. Tangannya yang disambung cucuk dengan wayar pula terasa berat untuk diangkat. Badannya terasa lemah.

"Jihoon ah~ aku ni Woojin" Woojin mendapatkan Jihoon, menggenggam tangan rakannya.

"Park Woojin shi, boleh kamu hubungi keluarga pesakit dan minta mereka datang ke hospital sekarang?" ujar Dr.Cho sambil tangannya mencatat sesuatu pada sebuah fail keras yang sebelum ini tergantung di hadapan katil Jihoon.

Woojin mengangguk. "Dia tak akan apa-apa kan?" soalnya, menaruh harapan.

Dr.Cho melepaskan satu keluhan lembut. "Keajaiban. Tapi saya tak pasti samada keajaiban ini akan bertahan lama atau tidak" jawab Dr Cho jujur.

Woojin faham apa yang dimaksudkan oleh pakar perubatan itu. Tangan Jihoon masih tidak dilepaskan. Jihoon hanya mendengar setiap apa yang doktor itu katakan.

"Saya akan tinggalkan awak berdua dulu. Kami akan bersedia untuk sebarang kemungkinan, pastikan awak panggil jururawat jika apa-apa berlaku kepada pesakit" Dr Cho kemudian beredar bersama dua orang jururawat.

Nama Yang Tidak Akan DilupakanWhere stories live. Discover now