" Jina, tolong cikgu boleh? " tanya seorang guru kepada aku.
Aku pun mengangguk je lah memandangkan aku menganggur kat tepi padang ni sorang-sorang. Hidup seorang forever alone memang gitu. Stalk kerash je mampu. Itu pun tengok dari jauh je
Aku pun berjalan ke arah cikgu PJ aku tu dengan penuh gaya. Wow Kim Jina fab gitu. Sila flip hair.
Eh jangan aku tak nak kena penyakit pendarahan otak sebab seekor makhluk gatal bernama Park Kutu.
" Tolong kutip benda-benda yang atas trek ni. Menyemak betul. Kang jatuh pulak atlet-atlet sebab terpijak batu kayu daun kering dan seangkatannya "
Aku hanya senyum dan mengangguk. Tapi dalam hati ecekelinya aku membawang.
Aku paham atlet boleh jatuh sebab batu dan kayu atas trek, tapi macam mana seekor atlet boleh terjatuh sebab terpijak daun kering?
Aku syak orang yang jatuh sebab terpijak daun kering tu Sajat level 10.
Aku pun mula membuat operasi mengutip segala benda yang ada kat atas trek sekolah ni.
Time ni aku kena lah jugak elak-elak dari kena langgar dengan atlet-atlet yang tengah berlatih berlari. Fuh, rasa macam treasure hunt pun ada sekarang.
Bukan setakat batu dan kayu je aku jumpa, penutup botol, tin, tingkap kaca kelas sebelah, kulit pisang, bulu kucing pengetua,album,poster,lomo card dan macam-macam lagi.
Aku tak nak mensyen eh apa "dan macam-macam lagi" tu. Kalau aku mention karang korang tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah.
Hampir satu trek ni aku teroka. Tiba-tiba, kaki aku rasa letih sangat. Aku tak letih cuma kaki je.
Tapi demi cikgu PJ tershayang, aku teruskan jugak kutip sampah-sampah atas trek ni. Aku terpaksa tahan dulu rasa sakit ni.
Sampai satu tahap, kaki aku rasa macam tercabut dari badan aku yang precious ni. Sebab sakit sangat, aku rebah.
Orang-orang disekeliling aku, tak kira orang yang sedang mengutip benda di atas trek, atlet yang sedang berlatih mahupun acik cleaner yang sedang sapu daun kering di atas tangga berlari ke arah aku.
Aku tak tahu dieorang sapa dan apa yang dieorang cakap. Tapi yang aku tahu, dieorang cuba nak tolong aku.
Entah kenapa, dieorang semua lari ke tempat lain. Aku cuba fikir positif. Mungkin dieorang cuba nak dapatkan bantuan.
Tapi otak aku otak fikiran negatif tau. Aku rasa dieorang memang sengaja nak kasi aku mati sengsorang kat sini.
Dalam kekecohan, ada seorang lelaki berlari ke arah aku. Aku rasa dia seorang atlet.
Tapi aku tak pasti itu siapa. Sebab sekarang ni mata aku sangat kabur.
" BAPAK SAKIT SIA KAKI AKU! " jerit aku sambil menangis.
Aku tak rasa lelaki tu pelik kenapa aku jerit sambil cry sebab dia tahu aku tengah dalam kesakitan.
" Kau kenapa do? " tanya lelaki tadi kepada aku. Aku menguatkan semangat aku untuk jawab soalan dia.
" Kaki aku cream! " jawab aku penuh yakin.
Lelaki itu menampor dahinya sendiri. Atau dalam erti kata lain, facepalm.
" Cramp lah bodoh. Bukan cream "
Aku hiraukan saja jawapan dia. Aku hanya teruskan menangis dengan mata yang tertutup.
Jujur, ini benda paling sakit pernah aku alami selain drpd tengok crush kau jeling kau
Aku dapat dengar yang lelaki tu mengeluh panjang. Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku.
Adakah sebab aku terwicet depan dia?
Tiba-tiba, aku rasa badan aku tak lagi mencium trek sekolah. Seolah-olah aku terbang di udara yang bersih yini
Tapi
Mustahil lah kalau aku boleh terbang kan? Adakah ajal aku sudah sampai? Kim Jina yang gojes lagikan kiut redha.
Aku buka mata aku. Ingatkan I believe I can fly, rupanya ada orang angkat aku. Bridal style pulak tu.
Dan orang itu ialah lelaki tadi. Aku still tak dapat cam lelaki tu sebab macam yang aku ada bagitahu, mata aku sangat kabur sekarang.
Aku cuba cam orang itu dari segi bau, tapi apa yang aku mampu hidu hanyalah bau peluh dari lelaki itu.
Tapi peluh lelaki itu amatlh harum seperti bau minyak wangi berharga juta-juta. Tipu je anjenk. Takkan lah bau peluh kau lps berlari-lari kucing bau wangi kan
Aku cuba cam orang itu dari segi suara, tapi sumpah aku belum pernah dengar suara lelaki yang hot. First time au first time.
Kepala aku mula pening. Aku cuba kuatkan diri aku namun hampa apabila dunia aku mula gelap seperti masa dpn author. Ehh tak masa dpn author cerah. Ehek betul ke 😏
>_<
Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Kesakitan di kepala aku sudah berkurangan sedikit. Walaupun begitu, kesakitannya masih berbisa seperti kilauan emas owjiyeah.
Aku melihat sekeliling. Aku di tempat yang tidak dikenali. Dan di tempat ni hanya ada aku sorang je.
" Aku kat mana ni? " tanyaku dalam hati.
Aku cuba mengenali tempat ini. Walaupun aku dah lama kat sekolah ni, aku tak pernah nampak apatah lagi masuk dalam bilik ni. Wow. Adakah ini syurga.
Bilik ini tersangat lah luas dan perabot nya yg cantik,tersusun dan kemas. Katil nya yg bersaiz 'Queen' dan mempunyai ukiran 'JJK' di atas kayu katil tersebut
Dalam sibuk mengenal pasti bilik, ada seseorang masuk dari pintu yang tertutup.
Jeng
Jeng
JengBlockwinkon_ twiceforonce ShineToVixx_ syakirah1v block-bae lixco- honeyxmlk- hafizahapl luvly4 nurfitrihadi milkysway_ toxic-jaebum CutieNeko04 Cocowithnut -shariza2 starrynim-
YOU ARE READING
Cream || jjk ||
Fanfiction❝ BAPAK SAKIT SIA KAKI AKU! ❞ ❝ Kenapa kau ni? ❞ ❝ Kaki aku cream! ❞ ❝ Cramp lah bodoh ❞ Jeon Jungkook x reader Jemput membawang bersama Kaktan yang fab. Muahh