부품 2

12 4 0
                                    

Sooyun point of view

Selesai je makan, aku terus mengambil beg aku yang berada diatas sofa itu. Mahu saja aku melangkah keluar tapi pikiran aku masih tetap memikirkan ahjushi Kim yang marah terhadap aku tadi. 

Aku terus menuju kebilik utama  beradanya omma dan ahjushi Kim. Tidak sempat aku mengetuk pintu, omma sudah membukanya. Muka omma kelihatan sangat penat tapi masih mampu mengukir senyuman.

"Omma, Sooyun rase lebih baik Sooyun ikut ape yang ahjushi suruh dan cakap kat ahjushi, Sooyun minta maaf."Pinta aku panjang lebar.

Omma hanya setia mendengar dan lalu menepuk bahu aku perlahan bermakna bangga terhadap aku.

"Arraseo. Omma akan cakap kat appa"jawab omma dengan senyuman yang mirip macam aku.

-

Aku terus masuk dalam kereta milik ahjushi Kim yang dipandu oleh En Park.

"Tak boleh lambat lagi ke? Macam kura² pon boleh"ejek Taehyung sambil headphone masih dikepalanya dan telefon ditangan.

Aku hanya mampu diam, aku bukanlah berani sangat nak menjawab. Tak biasa.

Sepanjang penjalanan, aku hanya menikmati keindahan seoul dari tingkap kereta

Taehyung? Dia hanya setia dengan telefonnya.

Aku lelapkan sebentar mataku dan menyandarkan badanku kesofa kereta.

"Kat sekolah ade orang buli kau pon kau still nak datang ea? Suka sangat eh, orang buli kau?"aku kembali membuka mata aku dan aku hanya mampu diam. Masih lagi mengejek aku.

Terasa itu pasti ada..

"En Park.. Hentikan Sooyun disini."suruh aku bila sedar sudah hampir tiba di sekolah.

Taehyung hanya memandang aku pelik.

Baru sahaja kereta berhenti, aku terus keluar.

"Aku suka cara kau."sempat aku dengar sebelum menutup pintu kereta.

Kereta itu laju pergi meninggalkan aku, dan aku mula berjalan kaki menuju kesekolah.

Sesungguhnya, aku taknak memalukan Taehyung disebabkan aku. Yelah Taehyung kan kingka bersama geng bts yang lain.

-

Aku terus berjalan dan akhirnya sampai jugak. Aku melihat ramai berkerumun didepan pagar sekolah.

Benda dah biasa. Sebab bts lah.

Aku baru teringat, Miyoung mesej aku semalam suruh aku pergi kat belakang sekolah. Katanya ade suprise untuk aku.

Aku terus menuju kebelakang sekolah dan apa yang aku nampak ialah mereka bertiga Miyoung,Seola dan Sua sedang ralik berbual.

"Korang.."aku memanggil mereka dan serentak mereka berpaling kearah aku.

Seola dan Sua terus datang kearah aku dan memegang tangan aku manakala Minyoung hanya berjalan menuju kearah aku dengan kedua tangannya bersilang didada.

Aku mula takut, apa pula kalini mereka akan buat pada aku?

Mereka berdua mula memaksa aku melutut dihadapan Miyoung.

"Aku dengar esok hari jadi kau jadi apa kata kita bagi suprise untuk kau."kata Miyoung sinis.

Aku semakin takut, jantung aku degup begitu kuat sampai air mata aku mahu saja keluar.

Miyoung terus membuka plastik yang berisi barang. Mukanya penuh dengan sinis.

Dia mula mengeluarkan sepeket tepung dan membuka ikatan lalu mencurah tepung pada badan aku. Baju aku mula kotor dengan putih banyak dibaju.

Tidak puas dengan itu, mereka bertiga melempar telur kearah aku. tambahan lagi telur itu telur yang busuk dan membuatkan baju aku semakin kotor dengan bau yang sangat busuk.

"Keamanhea!!"Laung seseorang lelaki yang suaranya cukup aku kenal ditelingaku.

Mereka bertiga laju berlari meninggalkan aku yang penuh dengan kotor.

Bunyi tapak kasut yang menuju kearah aku semakin dekat dan dia mula berdiri disamping aku.

"Ireona.."

Aku masih setia melutut.

Tiba² tangan dia mula memegangku untuk membuat aku bangun dari terus melutut.

'Macam mana dia boleh pegang aku, sedangkan aku ni kotor..busuk...'

End Sooyun point of view

Sejurus sahaja Sooyun bangun dengan dibantu oleh lelaki itu, Sooyun terus berdiri jauh darinya.

"Gomawo.."ucap Sooyun terus pergi meninggalkan lelaki itu.

-

Sooyun membuka lokarnya untuk mengambil baju sukannya tapi apa yang dia lihat adalah 'kosong'.

Dia dapat mengganggap mereka bertiga sudah mengambil baju sukannya.

Sooyun mengeluh berat. Tak sangka akan dibuli lagi oleh mereka bertiga.

Tiba² lelaki tadi mucul dengan menghulur pakaian sukannya kepada Sooyun.

Sooyun memandang muka lelaki itu.

"Pakai ni"suruh lelaki itu dengan senyuman gummy teethnya yang mampu membuat perempuan cair tapi tidak dihati perempuan yang berada didepannya.

©Jllimm

To be continue..

change | 변화 + kim taehyung.Where stories live. Discover now