Prolog
Pagi Ahad yang indah. Seorang gadis senyum terukir manis sedang menatap telefon skrin sentuhnya. Dia tergelak kecil dari tadi. Entah apa yang dia ketawa pun tak tahulah.
Tiba tiba riak wajahnya berubah. Kening bertaut. Namun selepas itu mula terlepas. Bibirnya mula menguntum kesukaan.
'Wei , Jiha, aku dah nak dekat sampai. Kau cepat cepat siap siap tau. '
Gadis yang dari tadi menatap bernama Jiha yang dipanggil oleh penghantar mesej tadi lantas bangun dan mula siap.
Setelah beberapa minit, akhirnya dia siap. Kebetulan pula, sebuah kereta tiba di tepi perkarangan rumah nya. Bunyi hon kereta sudah memekakkan kawasan rumah itu. Dengan segera dia keluar dari rumah itu.
Seorang gadis remaja keluar dari kereta itu. Tangannya sudah mencekak pinggang. Kepalanya menggeleng.
"Kau ni Jiha, selalu sangat siap last minit. " Mukanya sudah mencemik.
Jiha tersengih. Itulah reaksi yang biasa dia ekspresikan kalau buat silap. Saja tunjuk sengal.
"Sorry lah " Ketawa keluar dari bibirnya.
Tiara hanya menggeleng kepala. Tapi dalam diam, dia bahagia dapat melihat rakannya itu tersenyum dan tertawa.
Yalah, bukan senang nak melihat gadis bernama Jiha itu tersenyum dan tertawa lepas seperti itu, hanya orang yang benar benar mengenalinya sahaja mampu menafsir setiap gerak geri gadis itu.
Kemudian, Jiha pun memasuki kereta yang dipandu oleh rakannya itu.
Mereka tiba di sebuah Cafe. Jiha mengambil tempat. Saat dia sedang duduk, tanpa dia sedari ada seorang remaja lelaki sedang melalui di tepi tempat duduknya itu bersama dengan keluarganya. Setelah Jiha duduk, hatinya bagaikan dipancarkan gelombang getaran rasa. Dia rasakan sesuatu. Seakan seseorang yang dia kenali ada di sekitarnya.
Dia menoleh ke belakang, terlihat seorang remaja lelaki bertubuh gempal ada di belakangnya. Matanya membulat. Apatah lagi melihat pantulan wajah remaja lelaki itu daripada cermin telefon pintar milik remaja lelaki itu.
Tiba tiba satu suara menerpa halwa telinganya. Pandangan mata Jiha terus beralih.
" Eh,Tiara." Kata Jiha.
"Kau, okay ke tak ni? " Soal Tiara melihat wajah Jiha yang seperti baru jumpa hantu itu.
" Aku okay." Balas Jiha .
" Baguslah kalau macam tu " Tiara tersenyum .Lalu dia mengambil tempat duduk di hadapan Jiha.
" Nah, untuk kau " Tiara menyerahkan secawan polystyrene popcorn manis kepada Jiha. Jiha menyambut huluran itu lalu mengucapkan terima kasih.
" Ha, sambung lah balik cerita pasal novel kau tu, aku nak dengar. "
" Okay, cerita dia macam ni...."