CHAPTER 1 - PIGGYBACK

96 7 4
                                    

Happy Reading.....


BUT OUR LOVE IS FORBIDDEN


Saturday


8:30 a.m


Nurin menyarungkan kasut sneakersnya lalu berdiri di hadapan cermin untuk melihat penampilannya. Dia memakai crop top berwarna hitam dengan seluar jeans biru tua panjang. Sangat simple but nice. Dia membetulkan ikat rambut sebelum keluar daripada rumah. Sebelum meninggalkan rumah Nurin tidak lupa untuk mengunci pintu . 

Nurin menuju ke arah Malique yang sedang menunggunya di hadapan pagar rumah.

Malique adalah jirannya. Dia seorang yang tinggi, tampan, pandai,berdikari dan boleh cakap Malique ni cukup package lah dari segi apa-apa pun. Cuma ada satu je yang dia tak suka buat iaitu senyum. Walaupun kurang senyum tetapi hati Nurin tetap juga terpaut. Sifat lelaki itu tidak menghalang hati Nurin untuk terus mencintainya. Tetapi cintanya terhadap Malique harus dipendam kerana satu rahsia. Rahsia yang menghalang hubungan mereka. 

Apabila ingat akan rahsia itu, hati Nurin terasa sakit tetapi terus dia pendam.

Nurin melambaikan tangannya ke arah Malique yang menunggu di hadapan pagar rumahnya. 

" Dah lama tunggu? Sorry, Rin terlajak tidur tadi." kata Nurin sambil tersengih.

Malique hanya menganggukkan kepala. Dia sudah biasa dengan perangai Nurin yang sentiasa lambat.

"Dah tak payah buat banyak alasan. Jom pergi." kata Malique sambil melihat ke arah jamnya. Dia mula berjalan meninggalkan Nurin di belakang.

"Ika, Wina dan Qina dah sampai ke dekat Café ?" tanyaku sambil berlari-lari anak mengejar Malique yang berjalan dengan laju. Huff.

Mesti korang tertanya-tanyakan siapa mereka ni. Meh sini Nurin cerita sikit. Wan Syafika Natra , Safa' Aqina, dan Syaza Awina adalah kawan rapat Nurin dari primary school lagi. Masa mereka dah naik Highschool, Cikgu membenarkan anak murid mereka menubuhkan kelab sendiri tetapi dengan syarat ahli mereka minimumnya 5 orang termasuk Cikgu penasihat. Disebabkan kami ni sukakan alat muzik dan menyanyi, kami pun tubuhkan Kelab Muzik yang tak berapa nak muzik sangat dengan guru penasihatnya ialah Miss Iwany. Bukan main susah kami nak cari seorang guru yang sporting, alih-alih jumpa juga dengan Miss Iwany yang young,single, kecik and sporting ni. Guru-guru lain semuanya tak minat dengan kelab kami kerana bagi mereka Kelab kami bising. 

Tahun lepas Kelab Muzik kami ni baik je hinggalah tahun ni, Kelab Muzik kami diberi notis oleh Kelab Persatuan Pelajar untuk dibubarkan kerana ahli kami yang terlalu sedikit. Memang kami dah jangka hal ini akan terjadi. Oleh itu, Miss Iwany adakan mesyuarat untuk membincangkan tentang hal ini sebelum sekolah dibuka semula. Sekolah akan dibuka semula dalam seminggu lagi.

Miss Iwany telah mengadakan mesyuarat di Café Oslo.Café ni dekat je dengan kawasan perumahan Nurin dan Malique. Jadi mereka hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Malique mengikut Nurin kerana dia juga ahli Kelab Muzik. 

Now....

"Entah?" jawab Malique sepatah.

Orang tanya sepatah dia jawab sepatah. Hmmp!

Nurin melihat ke arah jam Baby-G nya yang dihadiahkan oleh Q (nama panggilan Malique) sempena hari jadinya yang ke-16 tahun lepas. Dia melihat masih ada setengah jam sebelum waktu perjumpaan kelab mereka. 

Dia memandang Q yang mengenakan kaca mata hitam yang menyerlahkan lagi ketampanannya yang sedia tampan. Memang cuaca agak panas sekarang. 

"Q.." Panggil Nurin sambil menarik lengan baju Q. 

"Hmm?" tanya Malique tanpa memandang ke arah Nurin.

Nurin melihat Q tidak memandang kea rahnya, dia pun berlari ke depan Q. "Piggyback Rin, boleh?" minta Nurin dengan membuat mata puppy eyesnya. Tetapi Malique hanya memandang sekilas sebelum menolak Nurin ke tepi dan terus berjalan.Nurin mendengus tetapi dia tak akan mudah mengalah. 

Padahal mereka hanya tinggal sedikit lagi perjalanan sebelum sampai ke Café. Saja Nurin nak bermanja-manja. 

"Bolehhhhh.......?" tanya Nurin lagi sambil mengerdip-ngerdipkan mata sambal buat muka comel. Malique masih lagi tidak menghiraukan Nurin yang sedang merayunya. 

Nurin yang melihat Malique yang masih lagi tidak menghiraukannya terus duduk di atas jalan. Dia memeluk lututnya tanpa menghiraukan pandangan orang sekitar. Merajuk. Dia menjeling ke arah Malique yang masih lagi tidak menghiraukannya. Keras betul hati Q.

Q yang sedar Nurin tidak mengikutinya berpaling ke belakang. 

Dia melihat Nurin sedang memeluk lutut di atas jalan. Merajuk la tu. Dia mengeluh. Nasib baik kau comel Rin, kalau tidak memang aku dah tak layan.

"Rin, please la kita dekat tempat awam ni. Ramai orang tengok. Rin tak malu ke?" kata Malique apabila dia ramai orang melihat Nurin yang sedang memeluk lutut di tepi bahu jalan.

Nurin hanya buat pekak sahaja dengan Malique. Dia tak kesah walaupun dia menjadi perhatian ramai dia sudah terbiasa. Bukan sekali dua dia buat perangai macam ni.Dah banyak kali dah pun. Orang sekeliling pun dah kenal dia. 

" Bergaduh lagi budak dua orang ni..haishh... Bila la nak matang Rin" kata Uncle Ian menggelengkan kepala melihat ke arah Nurin. Selepas itu dia sambung lariannya yang terbengkala tadi.

Dia menjeling ke arah Malique yang berdiri di sebelahnya. Dia berasa nak menangis apabila melihat Malique pergi meninggalkannya sendirian. Dia menunggu Malique untuk datang kembali tetapi selepas sepuluh minit Que masih lagi tidak menunjukkan diri. 

Nurin mula ingin menitiskan air mata tetapi  terhenti apabila merasakan sesuatu yang sejuk melekat dekat pipinya. Nurin berpaling dan melihat Malique sedang memegang air kotak susu strawberry kesukaannya.

Malique memandang kearah lain. 

"Nah susu. Tak payah nak menangis. Malu orang tengok." katanya sambil menekapkan sekotak air susu di pipi Nurin.

Nurin tidak mengambil air kotak itu kerana dia merajuk kerana Malique meninggalkannya sendirian. Malique yang faham yang Nurin sedang merajuk terus membongkokkan badannya untuk menyuruh Nurin naik ke belakangnya. Nurin yang melihat Malique yang membongkokkan badannya terus tersenyum lebar. Dia terus mengambil air kotak dan melompat ke arah belakang Malique dengan gembira.

"Puas sekarang?" tanya Malique kepada Nurin.

Nurin yang mendengar soalan Q terus tergelak. 

"Puas sangat. Ni yang Nurin sayang Q ketat-ketat." 

"Me too.." bisik Malique perlahan.

" Huh? Q ada cakap sesuatu ke tadi?" tanya Nurin hairan. Dia seperti mendengar Q cakap something tadi. Mungkin dia salah dengar kut.

"Nothing." balas Malique sambil membetulkan kedudukan Nurin sebelum memulakan kembali perjalanan mereka menuju ke Cafe' Oslo. Tak mungkin dia nak mengaku sebab perasaan dia pada Nurin adalah....

Forbidden.


To be continued....

***********************************************************************************************

995 words

How?

If you like my novel don't forget to leave vote and comments.

love you my babyreader. 













You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Secret Love Story (OG)Where stories live. Discover now