Part 29

50 2 0
                                    

Ruang Makan

Suasana  amat hiruk - pikuk dengan adanya suara lucas yang asyik membuat lawak tak berapa nak hambar dia. Mataku setia memandang kearahnya dan membuat ketawa fake. Sesekali aku menoleh kearah michi kenta yang duduk bersebelahan dengan aku.

Takashi hanya fokus dengan makanan sesekali dia join senyum..

Tapi senyum sinis..

Dan mata dia melihat kearahku..

Perempuan yang duduk disebelahnya asyik menarik perhatian takashi. Namun tak dilayan jadi dia melayan lucas.

Aku rasa macam tak sedap pulak nak makan. Tapi demi menjaga hati nenek matsuo aku terpaksa..

Makan tanpa rela :)

"Hey kamu ni takashi..kalau ye pun jangan ditenung anak dara orang. Kesian tzuyu ni tak dilayan. Jaga lah hati dia sikit." tegur nenek menyentakkan aku yang sedang kuis - kuis nasi. Kepala diangkat melihat nenek..

"Nak tengok pun salah ke?" ujar takashi dengan suara mendatar.

"Nak tengok tak apa. Jangan ditenung..Ingat tunang kamu ni dekat sebelah. Makan hati pula dia karang." ujar nenek membuatkan dahiku berkerut.

Wait..

Tunang?

Mataku cepat mencari kelibat tzuyu dan takashi..

Kenta yang berkerut dahinya mencari jawapan. Anak matanya memandang lucas yang berhadapan dengannya. Kening kirinya diangkat..

Lucas yang seakan - akan memahami terus bersuara.

"Masa kau dengan michi dekat korea. Takashi dengan tzuyu bertunang. Amanat mummy takashi" tersentak dadaku.. Mataku sedikit berair..

Emm

Michi dah menurunkan tanganku dan dicapai pahaku lembut bagi menenangkan aku.

"Congrates takashi...tzuyu..semoga bahagia sampai bila - bila." ku senyum senget.

"Terima kasih" balas tzuyu dengan wajah comelnya. Manakala takashi sudah membeku disitu..

Setelah selesai makan..

Dapur

"Tzuyu. Kamu pergi dengan michi teman kenta dengan takashi. Mereka mahu ke klinik. Kenta tu tiba - tiba je migrain teruk.

"Ramainya nak pergi klinik.." kataku. Tapi termakan dalam sedikit sebenarnya bila nenek suruh tzuyu pergi. Bukan aku.

Erm..

"Habis nek siapa nak tolong natsu-"

"Tak apa. Maid ada apa guna." kata nenek matsuo pada tzuyu.

"Ha oklah..kak natsuki. Saya pergi dulu..bye!" dia mengelap tangannya pada kain bersih sebelum meninggalkan kami berdua di dapur..

"Natsuki. Kamu berhenti basuh pinggan tu. Nenek ada hal nak cakap. Ikut nenek.." ujar nenek lalu beredar..

Aku yang disitu terkulat - kalit sebentar. Sebelum cepat - cepat aku pergi bersihkan tangan dan mengikuti nenek dari belakang..

Ruang tamu dituju..

"Nenek ada apa nak cakap dengan saya?" tanyaku yang kini duduk berhadapan dengannya. Cuma meja kaca segi empat tepat memisahkan jarak kami.

"Nenek..kenal kamu sebelum kamu datang kesini sebenarnya.." membesar mataku mendengar kenyataan dari nenek...

"Yoshi dah cerita pada nenek. Dia dah...dengan kamu kan? Dan abang kamu tu bekas kawan baik dia semasa di universiti" tambahnya..

REVENGE [COMPLETED]Where stories live. Discover now