※ 57

1.1K 65 1
                                    

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ar Rahman : Ayat 13

aku lupa nak bersyukur nikmat yang Allah kurniaan kepada aku dek terlalu melihat nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain.
sedangkan ada orang lain juga tidak pernah merasa nikmat yang Allah kurniakan kepada aku.

begitu juga dengan ujian, aku lupa nak bersyukur dengan ujian yang Allah timpakan keatas aku. sedangkan ujian itu tidak lain tidak bukan untuk menguatkan aku, meningkatkan keimanan aku dan salah satu cara Allah tunjuk kasih sayang Dia kat aku. tapi aku masih lagi lupa yang orang lain ditimpa masalah yang lebih berat dari aku.

aku asyik lupa, LUPA kerana kehendak duniawi lebih melangit berbanding kehendak ukhrawi.

moga Allah sentiasa beri peringatan untuk aku, kau dan kita semua supaya sentiasa bersyukur.

kalimah ALHAMDULILLAH tidak akan pernah kita LUPA untuk ucapkan setiap masa walaupun dalam nikmatNya ataupun ujianNya.

@anisthegadis
@azminamiza

【 Ayat Deep & Fuckta 】Where stories live. Discover now