Bab 1 (Make yourself clear)

22 0 0
                                    


"Please make yourself clear about this! "

Aid merenung tajam kepada sepasang mata bundar itu. Terbuku rasa benci berbaur dendam bersama. Bencinya dia pada gadis di depan matanya itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bukan kerana cinta dia mengahwini gadis ini tetapi...Arghhh....Susah untuk dia terangkan... Ini bukan novel tetapi hidupnya bagai drama. 

"Oh memang clear pon... Clear sangat...Ika memang dah lama sedar kenyataan tu. Yang tak clear Aid sebenarnya! Sudah clear sangat kah sampai tidur sebelah Ika!

Ika menghamburkan kembali kemarahannya. Ada tanda tanya tapi ditegaskan menjadi ayat seru di situ.

Kenapa lelaki itu mesti tidur di sebelahnya malam semalam.  Sudah mabuk agaknya? Paling tidak pun kena sampuk dengan jembalang mana entah. Renungan tajam Aid dibalas kembali dengan renungan tajam beserta senyuman sinis Ika. Sudahlah lelaki itu yang salah,  kenapa pula dia yang dimarahi atau lelaki itu marah kerana dia sebenarnya menahan malu.

Berderau darah Aid mendengar sindiran Ika tadi. Gadis itu jangan dibawa main, mulutnya boleh tahan pedas juga. Lagipun, kes semalam memang salah dia. Kenapalah dia harus tidur di sebelah Ika. Ahhh... Bodoh sungguh dia terasa.

Aid melepaskan keluhan. Kepala yang tidak gatal digaru. Memang dia tidak punya hati pada gadis itu,  jadi untuk mengelakkan salah faham dia harus menegaskan yang dia hanya penat dan tertidur di sebelah gadis itu.TIDAK ADA MAKSUD LAIN!!! 

Syafikah memeluk tubuh sementara menanti jawapan apa yang lelaki itu mahu berikan. Lelaki itu tidak sedarkah yang dia tidak kisah jika lelaki itu tidur di sebelahnya. Sudah cukup jelas tiada apa-apa yang berlaku malam semalam . Dia pun tahu yang lelaki itu tidak sedia menerima dirinya itu sebagai isteri.

Wajah polos itu ditatap lama. Hairan juga dia kenapa gadis itu seakan-akan termenung saja. Air muka gadis itu pun tidak berubah. Apa yang dia fikirkan? Ahhh... Semak kepala.

Aid mendengus kasar. Ika tersentak dari lamunanya, dia memandang kembali lelaki itu yang sudah membelakanginya dan mengatur langkah ke pintu keluar.

Apa yang tidak kena? Tidak sempurna lagikah dia di mata lelaki itu? Bukankah dia sudah menjalankan tugasnya sebagai isteri. Walau disatukan tanpa rela sekalipun, tidakkah dia sebagai suami juga harus menjalankan tugasnya kepada isterinya itu?

............................................................................................................................................. 

"Ika tolong serahkan buku nih pada Abang Aid tak? "

Puan Maria merangkap ibu mertua kepada Syafikah menghulurkan buku panduan menjadi suami dan ayah yang baik.Syafikah berasa geli-geleman mendengar perkataan abang keluar daripada mulut Puan Maria. Buka di dalam genggaman Puan Maria itu dipandanv lama sebelum disambut oleh syafikah. 

    Rasa mahu ketawa pun ada, rasa geli pun ada, rasa jengkel pun ada... Ahhh... Macam-macam rasa ada. Suami yang baik? Huh, terima dirinya sebagai isteri pun tak nak apatah lagi ayah yanv baik. 

"Esok lusa kalau dah punya anak, didiklah anak itu dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan didikan agama. "

Hampir tercekik syafikah dibuatnya mendengar nasihat Puan Maria itu. Ini bukan kes malu tapi mahu tapi tidak mahu langsung dia punya anak dengan lelaki itu. Huh. 

   "Baik umi. "

Syafikah hanya akur dengan permintaan ibu mertuanya itu. Pelik juga dia, ibu lelaki itu punyalah baik dan warak orangnya tetapi anaknya pula serupa macam syaiton yang direjam. Haha. Hishh... Bersalah pula dia kutuk suaminya sendiri. 


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Benarkah Tidak Rela?Where stories live. Discover now