ACDA5

2.8K 160 84
                                    

*Di SRT Cyberaya*

"Ada 6 jam lagi Comot!! Tak sabarnya nak pergi sana lagi!!"ujar Ali semangat sambil berjalan menuju ke bilik nombor 52.

"Hari ni kau tunggu sini ye, nanti lepas sekolah, terus gerak okay??"sambung Ali sambil meletakkan Comot di depan bilik itu dan terus berlalu ke kelasnya.

*Di kelas*

"Baiklah, hari ni kita akan belajar subjek Matematik!! Jadi saya nak kamu jawab semua soalan yang diberi!! Kalau tak, siaplah kamu!!"arah puan Muna tegas sambil menghentak rotannya dengan kuat pada meja sehingga berkecai meja guru.(Tu harta sekolah, kena ganti -_-')

Ali terus menjawab soalan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Ketika siap soalan yang terakhir...

"Yeay dah siap!! Mesti dah habis satu jam"gumam Ali gembira. Tapi apabila melihat muka jam yang baru menunjukkan pukul 8:15 pagi...

"Hah?! Baru 5 minit?!!"soal Ali tak percaya. Tanpa sedar dia telah berdiri dan menepuk mejanya. Seisi kelas memandang hairan pada Ali dengan mata terkebil-kebil.

"Banyaklah kamu punya 5 minit!! Tidur dalam kelas lagi ye??!!!"marah puan Muna dan merotan Ali...

(PAKK!POKK!PAKK!!)

Sehingga bergegar sekolah.

"Ampun cikguuu!!"jerit Ali meminta ampun pada puan Muna.

Beberapa jam kemudian...

(KRIIIIIIIIIIIING!!)

Ali bergegas keluar dari kelas sehingga membuatkan Viktor berasa hairan dan mengambil keputusan untuk mengikutinya.

*Di kelab setem*

"Comot!! Oh Comot!!"Ali memanggil-manggil nama Comot. Comot hanya mengiau sambil mengeluarkan kepalanya dari dalam kasut.(Tak busuk ke dalam tu??)

Ali dan Comot pun masuk ke dalam bilik kelab setem.

Kemudian, Ali mengambil sebuah buku merah.

"Dah sedia Comot??"tanya Ali.

"Meow!!"jawab Comot bersemangat.

Tiba-tiba ada orang yang memanggil nama Ali. Ali menoleh, rupanya Viktor yang memanggilnya. Ali terus mencampakkan buku itu sehingga terkena kepala Comot dan bergegas berlari ke arah Viktor. Nasib baik Comot tak pengsan.

"Eh Viktor??Apa kau buat kat sini??"tanya Ali sedikit cemas.

"Patutnya aku yang tanya kau. Apa kau buat kat sini??"tanya Viktor pula.

"Aku ada kelab setemlah"jawab Ali.

"Eh, tapi semalamkan baru ada perjumpaan. Kenapa kau datang sini lagi??"tanya Viktor sedikit hairan.

"Entah cikgu Bidin tu, dia sibuk sangat tunjuk koleksi setem dia yang berlambak-lambak tu"jawab Ali sambil menggaru kepalanya yang tak gatal plus mengata cikgu Bidin.

Sementara di akademi...

"Achooom!!!"ejen Karya terbersin kerana nama dia disebut-sebut oleh Ali.

"Eh Karya, kamu tak apa-apa?"tanya ejen Geetha sambil menghulurkan tisu pada ejen Karya.

"Entah, ada orang mengata saya kot"jawab ejen Karya seusai mengelap hingusnya.(Eeeww!!)

Kembali pada situasi Ali dan Viktor...

"Macam tu ke?? Takpalah, nanti kau dah habis on tau"pesan Viktor yang akhirnya mengalah dengan jawapan tak relevan yang diberi Ali dan terus berlalu pergi.

"Nasib baik"ujar seseorang secara tiba-tiba di belakang Ali.

Ali menoleh dan...

"Wargh!! Hantu Alicia!!"jerit Ali sampai terbongkang ke belakang.

"Apa kau cakap?!!"tanya Alicia dengan marah gila.

"Aduu... Tolonglah jangan menyusup kat belakang orang macam hantu boleh tak?!!"tanya Ali sambil membersihkan debu yang melekat pada seragam sekolahnya.

"Hm... Yelah. Dah cepat!!"arah Alicia dengan tegas. Ali hanya menurut saja.

*Di akademi*

"Alii!!"panggil seseorang. Ali menoleh ke kanan dan mendapati Khai dan Moon sedang memanggilnya. Iman pun ada tapi tak panggil kuat sangat. Ali pun pergi ke tempat mereka.

"Kenapa ni?? Apa dah jadi??"tanya Ali apabila sampai di tempat kawan-kawannya.

"Takda apa-apalah, kitorang ada nak tanya something kat kau"ujar Moon seolah-olah berbisik.

"Apa dia?"tanya Ali.

"Betul ke kau yang kalahkan ketua teras inviso masa override??"tanya Moon yang masih lagi berbisik.

"Ah... Ya"jawab Ali. Tiba-tiba Khai mencelah.

"Betul ke dia boleh tukar jadi asap dan muncul kat mana-mana?!!"tanya Khai. Ali agak ragu-ragu untuk jawab soalan Khai.

"Ya!! Lebih kurang..."jawab Ali ragu-ragu.

"Karut!!"sampuk seseorang apabila mendengar jawapan Ali. Ali dan yang lain menoleh.

Rupanya...

"Alamak!! Tu Rudy!!"bisik Iman pada Moon. Moon hanya memutar matanya.

"Eleh, Rudy je... Bukannya ketua teras pun"ujar Moon acuh tak acuh.

"Mana ada orang boleh tukar jadi asap!!"ujar Rudy yang sudah meninggikan suaranya.

"Eh?? T-tapi dia memang--"Ali tak sempat habiskan ayatnya kerana dipotong oleh kata-kata Rudy.

"Tu sebab dia laju!! Asap tu untuk sembunyikan pergerakan dia supaya musuh tak nampak!!"potong Rudy lalu memandang Moon.

"Ejen Inviso sepatutnya tahu pergerakan tu semua..."sindir Rudy dan mengalihkan pandangannya ke arah Ali.

Ali buat muka innocent.

Rudy merenung muka Ali dengan renungan tajam. Tapi lama kelamaan renungan tajam Rudy mulai hilang dan mukanya kembali tenang seperti biasa tapi pandangannya masih lagi tak beralih dari muka Ali.

*Rudy P.O.V

Jantung ku tak henti-henti berdegup dengan kencang apabila menatap muka Ali. Aku tak tahulah apa yang dah jadi dengan aku ni. Jadi aku putuskan untuk cakap macam biasa je dengan Ali.

"Hmm... Takpalah,kau pun tak tahu. Aku... Maafkan kau..."ujar ku dengan LEMAH LEMBUT??

*Rudy P.O.V End

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now