Bab 16.

1K 65 0
                                    

Kata Zed Kidoo lagi dengan suara yang lembut.Jaiho terdiam seribu batu dia akan pergi meninggalkan neneknya pula kali ini.Dia akan mengikut jejak ibu bapanya yang dulu pun di bunuh oleh Zed Kidoo dan Ziko.

"Betulkah yang kau nak perempuan tu jadi isteri kau Zed?Macam mana pula dengan yang satu tu?"

Ziko meminta kepastian pada adiknya.Ziko sebenarnya tua setahun daripada Zed Kidoo.Kenapa bukan Ziko yang menjadi ketua ahli kumpulan bayang kerana dia mempunyai hati yang sedikit keperimanusian berbanding adik lelaki dia itu.

"Ya,saya memang sudah lama suka pada dia dan seorang tu pula saya nak dia jadi wakil puteri kumpulan bayang bersama kita di sini."

Jelas Zed Kidoo pada abangnya.

"Abang tak peduli kalau kau nak perempuan tu jadi isteri kau...Tapi perempuan yang satu tu pula kau rasa dia mampukah jadi wakil puteri kumpulan bayang dengan sikapnya yang lemah semangat?"

"Saya pasti yang dia mampu bertahan punya..kita ajar dia secara perlahan-lahan..lama lama nanti dia biasalah melihat darah."

Kata Zed Kidoo lagi..

Jaiho memandang mereka silih berganti dia memang tidak faham dan tidak tahu siapa yang di maksudkan oleh kedua adik- beradik itu.Siapa yang akan jadi isteri Zed Kidoo dan siapa pula yang akan jadi wakil puteri kumpulan bayang,Tyiona ataupun Jelita?

******************************

Cahaya matahari menerangi rumahnya Ziko.Tyiona terbangun secara mengejut dari tidurnya.Dia melihat sekeliling ruangan bilik itu.

"Ini bilik aku dekat rumah Ziko..Apa yang berlaku semalam?"

Tyiona menanya dirinya sendiri.
Dia mengingat semula.Semasa dia ternampak mayat pembantu Ziko itu dia terus berlari keluar daripada rumah itu.Jelita memanggil namanya dan mengejar dia dari belakang.Tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila dia ternampak ada kupulan asap yang tiba-tiba mengepung dirinya.

"Asap apa pula ni?siapa yang bakar sampah petang macam ni?"

Tyiona bercakap sendirian.Tiba-tiba kepalanya terasa pening kerana sesak nafas dengan bau kupulan asap tersebut.Akhirnya,dia rebah ke atas lantai.

Lamunan Tyiona di ganggu oleh Jelita yang mengetuk pintu biliknya.

"Yiona,mari makan saya sudah sediakan sarapan pagi."

Tyiona yang berbaring di atas katil lantas bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membasuh mukanya sebelum dia duduk di ruang tamu.Sememangnya, Tyiona sangat lapar kerana dari malam lagi dia langsung tidak mengisi perut.

Jelita membawa roti dan minuman ke ruang tamu serta letakan di atas meja.Tyiona sudah mengambil tempat di hadapan Jelita duduk.

"Makanlah..Saya tahu kau pasti laparkan?"

Suara Jelita memang lembut dan selalu sopan membuatkan Tyiona sangat suka berkawan dengan perempuan itu.

Baru sahaja Tyiona mahu menjamu roti itu secara tiba-tiba Jelita bangun dari tempat duduknya terus menangkap seekor cicak yang berada di dinding sebelah kirinya.Tyiona mengerutkan dahinya melihat Jelita sambil mengigit perlahan-lahan roti itu.

"Beraninya kau tangkap cicak tu Jeli-"

Belum sempat Tyiona menghabiskan katanya.Jelita memutuskan kepala cicak itu dengan sangat kejam di hadapan Tyiona.Apa lagi selera Tyiona nak makan pun hilang gara gara melihat perempuan itu tetiba mengila,roti yang berada di tangan terus terlepas dan mata Tyiona hanya terpaku kepada Jelita.

"Kenapa tengok saya macam tu?kenapa tak makan?"

Pertanyaan itu keluar daripada mulut Jelita.

"Sa..saya sedang makanlah ni."

TEMBUS KE ALAM LAIN.Where stories live. Discover now