HARI ITU

15 1 0
                                    

Hari itu
aroma wanginya bertebaran
di seluruh pelosok tanah.

Hari itu
bertelaga bening - Ah! Tenangnya
maghfirah mengalir sejernih air
di kali. Zikir dan tadarus
berselang seli
bunyi alunan bergerincing
merdu.
Pada malam hari, doa bertaut ganti.

Hari itu,
syahdu, lirih
mengalir tenang aroma rahmat
siapa yang tak mahu menjadi ikannya?
Berenang girang dalam ketundukan
kesunyian nafsu loba
setiap sirip dan sirih bergeser
dalam alir air cinta-Nya.

Hari itu,
segunung rahasia tersisip rapi
di samping Sang Hakiki
lapar dahaga itu biasa
hawa durjana ranap!
Tunduk menyembah tanah.

Hari itu,
hakikat agung wadah
untuk berbicara
dengan-Nya.

Wahai insan,
jika telah tersingkap tirai
hari itu,
jalani dengan penuh
rasa cinta.


Hayyu Sabie.
(Pernah diterbitkan di laman rasmi Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Malaysia Mesir -PERUBATAN - sempena bulan Ramadhan.)

KOMPAS HIDUPWhere stories live. Discover now