Part 2
Keesokkan malam aku bermimpi disuatu tempat yang kosong yang sepi tanpa penghuni , aku dijalan raya yang sunyi tanpa memakai kasut dan selipar depan aku adalah padang hijau yang besar aku terpinga pinga dan tertanya tanya "di manakah aku?" Dengan tiba tiba ada seseorang menegur aku disebelah kiri aku dia seorang nenek tua dia berkata pada aku " cu, janganlah kau bersedih hati, ambillah dan baca didalam kertas ini dan sedih mu akan menghilang " sambil tangannya menghulur segulung kertas dan memberi pada aku.
Nenek tua itu berbaju kurung lusuh seperti pakaian dah lama dan nenek itu memakai kain batik dan meletakkan di kepalanya.
Aku tak dapat lihat rupanya seperti apa kerana dia menutup kepalanya dengan kain batik dan dia juga memegang satu tongkat separas bahunya.
Lalu aku terus membaca surat itu ayatnya seperti ayat jawi ada tulisan rumi sedikit sewaktu didalam mimpi aku boleh baca dengan begitu lancar tapi dialam nyata sedar ni aku tak paham.
Seperti mantra pun ada.
Setelah aku membaca aku ingin berkata dan bertanya sesuatu pada nenek itu " nenek ini..."
Sambil memandang kearah nenek yang berada disebelah kiri ku.Tapi!
Apabila aku memandang aku begitu terkejut! Nenek yang berada disebelah aku tadi sudah tak ada dia hilang tilang tiba begitu saja aku tergamam dan tiba tiba diri aku menjadi ghaib !
Hanya aku seorang dapat melihat diri aku sendiri aku jadi mengelabah dan terpinga2 rasa takut membuak buak di hati ni.
Aku cuba menenangkan diri ni aku berjalan dengan berkaki ayamku ini dari jauh aku melihat kawan aku dan ibunya.
Aku cuba bercakap dengannya tapi tak ada tindak balas darinya.
sedaya upaya aku cuba dan cuba berbisik dan bercakap padanya dan berharap dia mendengar...
Akhirnya !.... dia dengar.
"Ikut aku" kata kawan aku itu dan kami naik kereta aku duduk ditempat duduk belakang dan dalam perjalanan untuk pergi kesuatu tempat tiba tiba aku ternampak sesuatu di padang hijau yang luas itu.
Bulan di bumi hampir ingin menyentuh permukaan tanah bumi ini.
bulan yang berada di padang hijau yang cantik itu nampak sangat bercahaya kelilingnya hitam ditengahnya putih bercahaya dan di kelilingi batu kristal yang banyak sangat sangat seperti batu kristal yang diberi oleh puteri bunian semalam.
Banyak sangat sangat batu kristal itu mengelilingi bulan itu.
Batu kristal itu berwarna merah dan biru.
Jika semalam puteri bunian hanya memberi 1 batu kristal bewarna merah dan 1 bewarna biru tapi kali ini aku melihat mungkin berpuluh ribu atau ratusan ribu atau juga jutaan batu kristal berwarna merah dan biru mengelilingi bulan itu.
Aku akan melukisnya nnti.
Bulan itu seperti memanggil aku tapi aku tak pergi hanya melihat dan terdiam lalu kawan aku dan ibunya meneruskan perjalanan dari berhentinya kereta tadi.
Sampainya kami disuatu tempat iaitu warung kampung apabila tiba disana semua manusia tidak dapat melihat aku dan tiba2 aku melihat papa...
Papa berjubah putih dan berserban putih baru lepas beli makan aku cuba menegur papa tapi malangnya papa tak dengar panggilan aku.
Lalu aku tersedar dari mimpi ha ni lah pengalaman pelik pelik yang aku lalui walaupun ini mimpi tapi aku terasa begitu nyata dan sangat nyata.
selamat sejahtera semua..😊
YOU ARE READING
Bertemu Puteri bunian
Spiritualpada tahun 2013 aku berumur 18 tahun aku bertemu puteri bunian dialam mimpi kaki ku berpijak ditanah seolah olah nyata dua hari berturut turut aku bermimpi sesuatu yang aneh jauh dari pengetahuan hidupku . keluargaku langsung tidak tahu ini semua ke...