bab1(tragedi suara sumbang)

312 1 0
                                    


Telephonenya hanya ditatapi daripada tadi,matanya dari tadi melihat gambar gambar di media social(instagram) satu satu ditatap .

"haih Sweetnya diaorang ni"Arissa hanya tersenyum seorang diri daripada tadi hanya menghadap phone saja.

Entah daripada mana emaknya muncul tiba tiba sahaja bersuara,"takpayah nak sweet sangat lah dah lah pergi tolong basuh kereta ayah sana"tegas emaknya.

"ibu kita hidup ni kita kena rilex,oke"Arissa tersenyum sambil melampirkan sebaris gigi.Ibunya apalagi piak, telinganya dipusing manja."adoi"tersenget senget kepalanya untuk melepaskan diri.

"tula mama suruh kerja,malas"Ibunya hanya menggeleng kepala dah berpuluh puluh kali menasihati tapi telinga Arissa bagai penuh tahi telinga,kerja pun terlampau memilih.

"kalau macam tu Arissa nak jadi princess la ma,boleh tak ma?"Arissa tergelak kecil.

"muka macam ni?hm tak layak tak layak,dah pergi buat kerja!"Ibunya menolak lembut lengan milik Arissa.

Arissa meghempaskan phone di katilnya dan membuat muka tidak puas hati.Tidak boleh buat apa lah,takut sahaja dia dimarahi bapanya yang garang seperti singa itu.

Tudung hitam dicapai dan disarung di kepala,terus sahaja matanya mencari bahan bahan membasuh kereta aha macam nak buat apa je.

..

Kereta bapanya dicuci,disental,disabunkan segalanya dilakukan.Suasana di perumahannya agak senyap sahaja mungkin semua orang tidur agaknya, selalunya kanak kanak kecil akan berlari lari dihadapan rumahnya buat memekak sahaja.

Matanya memerhati ke kiri dan ke kanan terus sahaja dia menyanyi dengan tersenyum.Kalau boleh suaranya nak lebih kuat lagi , ya la selalunya budak budak yang buat bising so turn aku lak ah buat bising.Tak adil la kalau diaorang je yang buat bising.

Tengah asyik dia menyanyi badannya dipusingkan untuk mengambil kain kotor tiba tiba sahaja matanya terarah pada jirannya.Entah bila pula ada sorang mamat ni duk perati je dari tadi waktu aku menyanyi.

"Malunya!!!!"Arissa terus berlari masuk ke dalam rumah."ish menyampah betul lah apa yang aku nak buat semua nak pandang, jolok matanya baru tahu"bebel Arissa seorang diri.

"Sejak bila pulak Mak cik Leha ni ada anak bujang ,setahu aku anak dia kecik lagi sejak bila pulak budak tu membesar"bebel Arissa sambil menutup mukanya ,memang memalukan duh.

Suami sebelah rumahWhere stories live. Discover now