bab2(cair)

203 1 0
                                    

"Arissa! pergi sidai baju!"Ibunya membuka tombol pintu bilik anaknya itu alangkah terkejutnya dia melihat anaknya masih tidur lena lagi bagaikan bayi yang nyenyak tidur.

"amboi, dah pukul berapa sekarang ni ya?"tegas maknya sambil menolak nolak lengan anaknya itu.Segera sahaja Arissa mencari cari telefon bimbitnya."em dah pukul 9 ibu"matanya cuba membuka sedikit demi sedikit.

"dah tu ?sidai baju cepat!"berkerut dahi ibunya.Terus sahaja Arissa terbangun."Apa mak sidai baju?"pelik sahaja ibunya melihat anaknya itu saja lah tu nak mengelak.

"apa masaalahnya macam tak biasa pulak budak ni haih"hairan ibunya sambil menyusun nyusun baju anak kesayangannya itu.

"mak!bahaya mak nanti ada orang yang asyik duk perati je Arissa ni, macam mana?"teringat peristiwa yang berlaku semalam.

"tak payah nak mengarutlah kak oi,tak ada siapa lah yang nak tergoda dengan orang pemalas macam awak ni"perli ibunya.Arissa hanya memandang serong suka sangat ibunya memerli.

"eh,berlambak lah orang yang nak dekat Rissa ni cuma prinsip Arissa satu je,kalau Arissa tak suka Arissa tendang je ,eheh hebat kan anak mak ni"Arissa tersenyum senget.

"aii budak ni bebel aje,dah lah sidai baju sana!"pantas sahaja Arissa bangun takut sahaja dia dicubit manja oleh ibunya.

..

Arissa yang dari tadi memandang kekiri
dan ke kanan takut sahaja ada mata yang memerhatinya dah macam perogol bersiri dah.

Cepat sahaja dia menyidai baju di ampaian.Terdengar Arissa bunyi pintu jirannya dibuka."nak pergi kerja agaknya"bisik hatinya.

Entah kenapa matanya nak sangat melihat wajah mamat yang menghendap suaranya semalam, sudah lah suaranya tidak sedap bagai seruling tersekat di kerongkong.

Sedikit demi sedikit matanya dialihkan kearah wajah mamat yang sedang mengikat tali kasut,tak sangka pulak mamat tu pun pandang aku jugak.

Perhati punya perhati tiba tiba dia senyum ke arah aku,amboi ada lesung pipit rupanya.. dalam pulak tu haih dah lah putih , handsome!.Argh meltingg..rungut hatinya.

Terus Arissa mengalihkan pandangan."emm handsomenya"Arissa termenung jauh sehingga kerja yang disuruh ibunya tergantung seketika.

"Amboi makcik Rissa ni dah sidai baju ke belum?"perli ibunya yang memerhatikannya di sudut tingkap.Terkejut Arissa sampai terjatuh sambil terduduk.

"iya adik nak buat ni"jelas Arissa yang menyapu nyapu punggungnya dan segera bangkit dari lantai.

Suami sebelah rumahWhere stories live. Discover now