Small World

1.9K 39 2
                                    



"Bismillahirrahmanirrahim , qunuuuuuuut" aku membaca dengan penuh confident ketika ustazah Ziana menyuruh aku membaca doa qunut.

Hampir satu kelas mentertawakan aku , aku buat muka toya. Apa aku kisah.

"ya Allah Natasha,dah 17 tahun dah tapi belum hafal doa qunut? Jadi macam mana kamu solat subuh?hmmm, duduklah." marah ustazah Ziana kepadaku, dia menggeleng-geleng kepalanya. Ustzah Ziana pandang aku lama. "esok kamu tasmik doa qunut dengan ustazah di bilik guru." Arahnya.

"orait usatzah" sengihku menunjukkan barisan gigiku yang tak berapa rata. Aku duduk dengan senang hati sebelum tudungku ditarik oleh orang belakang. Aku menoleh dan tunjuk muka tak puas hati.

"oi, masuk perut mak kau balik la. Suruh mak kau lahirkan kau balik" ejeknya. Hah kalau nak tahu, sedagher yang duduk belakang aku ni musuh tradisi aku ni. Memang kalau aku kena lahirkan semula pun, dia tetap akan jadi musuh aku.

"hahahah, kenapa tak puas hati ke? Eh , kau pikir senang ke mak aku beranakkan aku balik?" marahku sebelum menjentik kuat dahinya. Jiran belakang ku bengang, dia menampar sanggulku pula. Heh, cari pasal mamat ni. Aku ambik pen marker dalam pencil caseku dan memusingkan laju badanku kebelakang dengan niat menconteng dahinya. Yes, on point. "macam tambi bro" aku senyum senget tanda menang. Tepukan kuat di mejaku membuatkan aku dan si dia terkejut. Aku pusing ke depan perlahan-lahan. We're dead meat. Wajah ustazah Ziana dah menyinga.

"Berdiri di luar kelas, kamu berdua. SEKARANG!" marah ustazah Ziana.

Kami berdua serentak berdiri dan berjalan menuju keluar kelas, di luar kelas war kami belum habis lagi. Aku menendang kakinya, dia memijak kasutku , aku membalas denga menarik telinganya. Kan aku dah kata, typical kami ni mati hidup balik pun takkan berdamai punya.

"Kau lah manusia paling tak guna Jun" bisiknya perlahan

"kau pulak malaun paling annoying gila pernah aku jumpa" balasku, tak mahu kalah

Kami berdiri di luar sehinggalah tamat waktu kelas ustazah Ziana, nak setengah jam jugalah aku dan mamat ni berdiri.

Ok ok. Aku belum perkenalkan diri aku dan sedagher tu kan? Mari sini dengar aku berkisah. Nama aku Natasha Juniyah, kenapa namaku Juniyah? Sebab nenek aku yang kasi nama, tahu lah kan kalau orang zaman dolu-dolu. Natasha tu ayah aku yang bagi, tu Nampak class sikit. Di sekolah ni orang paanggil aku wukong. Bukan sebab aku hebat bertarung eh, ni sebab aku perangai macam monyet. Tak serupa perempuan. Tapi perangai serupa monyet pun aku ramai kawan ye. Perempuan lelaki semua aku kawan, semua aku sapu. Kalau ada kawan aku kena buli atau kena clash atau kena bash, heh. Kau berhadapan dengan aku, maju lu sini. 

Itu cerita aku, cerita si dia pula mamat annoying tu nama dia Ayman Zakri. Aku mula kenal dia time dia baru masuk kat sekolah aku. Time tu kitorang form2. Nak dijadikan cerita, dia ni rupa boleh tahan aku mengaku walaupun dia musuh tradisi aku. Pastu,orang semua pakat panggil dia lelaki edisi terhad. Puih, terhad mananya huh? Sebab dia pandai? Sebab dia anak orang kaya? Sebab dia jaguh sukan? Heh, buat apa kalau mulut macam celaka. Aku rasa semua perempuan yang admire kat dia ni banyak taik mata ni sampai mata tu tertutup. Please la pilih lelaki lain untuk dijadikan idola korang. Tapi yang aku pelik, dia jadi lanun depan aku sahaja, aku ulang depan aku sahaja. Depan orang lain berlagak macam pijak semut tak mati, pijak rumput tak renyuk. Banyak kali juga aku sedarkan kawan-kawan aku yang Ayman Zakri ni hipokrit. Tapi kawan-kawan aku pulak ceramahkan aku balik, dorang cakap aku bertuah sebab rapat dengan Ayman Zakri. Mana taknya, asal ada homework berpasangan mesti dia pilih aku, asal kena suruh pass marker pen untuk jawab solan kat whiteboard mesti dia pilih aku. Actually , itu bukan benda untuk dijelouskan ok. Itu namanya dia tengah mencari hal dengan aku.

My Dearest EnemyWhere stories live. Discover now