Bab 2

27 1 0
                                    

Derap tapak kaki Widelia kedengaran oleh Syafie, ketua pengawas yang sedang bertugas di depan pintu pagar sekolah. Syafie adalah ketua pengawas yang dikenali ramai dan agak garang sikapnya.

"Awak lewat seminit! " suara garau Syafie membuatkan kawan disebelahnya iaitu Farhan terkejut dan terjatuh pen yang dipegang olehnya.

"Seminit je.Itu pun nak bising" mata Widelia dijelingkan kepada Syafie.

"Walaupun seminit, awak tetap tidak menepati masa" kata Syafie

"Tak menepati masa awak cakap? Ke jam tangan awak tu yang tak menepati masa? Jam tangan saya menunjukkan sekarang dah pukul 6.55 pagi. So saya boleh masuk dalam kan. "
Widelia mengilaskan jam tangannya dan diajukan pada muka Syafie.

"Eh ape pula jam tangan saya awak salahkan. Awak punya jam tu yang lembap. Dah la warna pink" terukirnya sengihan kutuk Syafie

"Eleh, suka hati saya la nak pakai jam warna apa pun, ada awak kesah" Widelia mula buat muka menyampah.

"Eh, awak tu yang....... " tidak sempat Syafie berkata apa-apa Farhan menyampuk

"Astaghfirullah hala'zimm. Korang berdua ni  tak habis lagi ke nak gaduh. Dah dah. Sekarang ni tak payah nak salahkan sesiapa, sebab awak berdua ni dah pun terlambat nak masuk dalam dewan. "

Syafie dan Widelia masing² memandang jam tangan mereka.

"Ya Allah. Farhan, asal kau tak cakap di tadi. " terlopong mulut Syafie

"Macam mana aku nak cakap, korang ni asyik nak membentak je tak habis². Aku nak cakap pun susah.

"Ish, tengok dah lambat. Ni disebabkan salah korang berdua! " Widelia menunding jari pada mereka berdua lantas berlalu masuk dengan pantas menembusi pintu pagar.

"Salah kami pulak" Farhan menyahut.
"Entah, dia tu yang salah, byk bebel" Syafie buat memek mulut dri belakang setelah Widelia berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Banyak lah kau, kau tu yang salah Syaf. Kalau kau bagi budak tu masuk tadi, kompem kita takkan lambat"
kini giliran Farhan pula berlalu pergi meninggalkan Syafie seorang diri.

"Semuanya salah aku" Syafie menghembuskan nafas sedalam dalamnya dan hembus.

▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤▤

Loceng telah pun berbunyi menandakan waktu rehat sedang pun bermula. Cikgu Rahimah sudah pun berlalu pergi meninggalkan kelas mereka. Widelia dan Fina terus keluar dari pintu kelas untuk menuju ke kantin.

"Wey Fin , aku sakit perut la. Aku nak pergi tandas sekejap. Kau tunggu dekat depan pondok tu, nanti aku sampai. Sekejapp je. " Widelia berlari anak pergi menuju ke tandas dan...............

Gedebukk!!! 

"Aduhh, masa ni lah nak langgar orang nya.Sorry eh saya tak sengaja, awak ok tak? Eh, awak rupanya" dengan perlahan Widelia bangun dan mendekati lelaki tersebut

"Habistu , tak kan la lembu pulak. Mana saya punya al-quran kecil tadi? " muka Syafie tercari-cari al-quran kecil di atas lantai.

"Al-quran? Bila masa awak pegang Al-quran saya tak nampak pun. " Widelia bermuka pelik pada Syafie.

"Memang la awak tak nampak. Awak tu yang main langgar je saya tadi. " Syafie masih mencari buku nya itu.

"Haa! Itu pun dia buku awak, kejap saya ambil. " Widelia mencapai buku al-quran milik Syafie itu, lagi sejengkal sahaja buku itu nak masuk ke dalam longkang.

"Nah, ni al-quran awak. Saya minta maaf disebabkan saya awak terjatuh tadi dan al-quran tu hampir² nak masuk longkang. " Widelia menghulurkan al-quran kecil itu kepada Syafie dan al-quran itu disambut oleh Syafie

"Tak apalah dah nak jadi nak buat macam mana. " balas Syafie sambil al-quran itu dia gosok-gosokkan dengan tangannya kerana habuk lantai tadi.

"Errmm. Awak tak pergi makan ke? " tanya Widelia sambil matanya merenung ke arah al-quran yang dipegang oleh Syafie.

"Tak" balas Syafie

"Kenapa awak tak makan? Ke saya dah terlewatkan masa awak tadi? Saya minta maaf sangat-sangat." laju Widelia berkata

"Ish tak de lah. Saya pergi surau baca Al-quran ni tadi. Lepastu saya nak pergi ke kelas ambil buku agama. Tak pasal-pasal air wudhuk saya dah batal sebab terlanggar awak tadi"
kata Syafie dengan penerangan jelas nya

"Ouhh, maaf la. Awak memang setiap hari baca Al-quran ke waktu rehat? " tanya Widelia

Syafie hanya mengangguk

"Ouh.. Eh Alamak..!  Awak saya pergi dulu eh Fina dah tunggu lama kat pondok tuu tadi.Bye " Widelia terus berlari ke arah pondok itu semula dan dia tidak jadi untuk pergi ke tandas.

Syafie hanya mengangguk. Pinggang yang dipegangnya terasa agak sakit akibat terjatuh tadi.  "Haih, macam² lah budak ni. Tak habis² jumpa dengan dia. Tapi cantik jugak dia.Muka berseri,tudung labuh" kata Syafie dalam hati

"Ishh lama betul lah Wid ni. Pergi tandas ke buat tandas" Fina asyik mengerling jam tangannya.

"Finaa! Sorry lambat tadi aku ada problem sikit dengan senior f5 tuu. " kata Widelia sambil tercungap-cungap di pondok tu.

"Senior f5? Siapa? " tanya Fina pelik

"Senior f5,ketua pengawas. Aku terlanggar dengan dia tadi masa aku nak pergi tandas. Dia terjengul disebalik tiang tu, aku pun terlanggar la. " kata Widelia jujur.

"Weyy, serius la budak Syafie tu? " tanya Fina dengan terkejut

"Entah, aku tak tau pun nama dia, yang aku tau dia ketua pengawas" Widelia juga turut pelik dengan Fina.

"Kau tau tak ketua pengawas tu.........."








*haiii semua... Klau rse Best cite nii boleh vote dan komen yaa...*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now