Titt titt titt (kat hospital)
Jihyun mengeluh perlahan.
Dia memegang erat tangan adiknya.
Air mata nya jatuh.
Dia juga sedih dengan pemergian kembarnya.
Kembarnya sering menemaninya...Jimin lah yang sentiasa memberikan kata kata semangat padanya.Sekarang,dia merasakan semuanya kosong.Tiada lagi suara Jimin yang selalu bergurau dengan nya.Semuanya hanya tinggal kenangan.
Telefon dibuka,air matanya semakin laju keluar bila melihat wallpaper telefonnya.
Gambar Jimin dan dirinya sedang berdiri dihadapan Sekolah lamanya.
Jihyun menutup mukanya,dia merindui Jimin.
Dan Jungkook,yang senyap senyap menjadi kawan baiknya.Jungkook selalu memberitahunya bahawa dia sukakan Jina.
"Jina cantik,comel,baik,pandai,sebabtu kook suka dia.And dia berjaya curi hati kook"
Kata kata Jungkook mula masuk kedalam minda Jihyun.
Jun hanya mampu berdiam diri.
Jun mengalihkan pandangan pada pasu bunga.
Jimin,juga kawan baiknya.
Jun menitiskan air matanya juga.
Dia rindukan masa dulu.Masa dimana dia melihat Jina tersenyum riang,Jimin membuat muka comel dan Jungkook yang selalu minta biskut pada dia.
Jihyun apa kurang nya,lelaki itu sering bersama dengan nya tidak kira susah atau senang.