Chapter 34

57.4K 2.5K 30
                                    

Tiara bangun dan berjalan dipesisir pantai bersaksikan kepekatan malam. Dia menunduk memandang pasir halus sehalus dirinya sehingga orang tidak perasan kewujudannya dalam dunia ini.

Setelah lama menangis, airmata tidak lagi mahu menitik. Satu nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan sambil mata dipejam manakala kaki masih lagi melangkah maju. Dia tidak tahu ingin menuju ke mana tetapi tetap digagahkan jua kaki untuk mengatur langkah walaupun terasa sangat berat.

"Ara..?" Kakinya terhenti kaku apabila ada satu suara memanggil namanya. Suara itu..dia amat mengenali suara itu. Wajah didongakkan memandang empunya suara. Dongak saja, matanya tepat menusuk ke dalam anak mata si dia.

Abang Fiq. Raut wajah abangnya menyapa pandangan.

"Ara, kenapa lama menghilang? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Tiara menggeleng kecil. Lelaki itu sudah tiada kaitan apa-apa lagi dengannya malah perlu dianggap orang asing.

Dia mengundur perlahan ke belakang tetapi lelaki itu makin mendekat dengan dirinya. Dia berpusing ke belakang mahu melarikan diri tetapi lengannya berjaya ditarik lelaki itu.

"Ara! Kenapa ni? Ara tak kenal abang Fiq ke?" Soal Taufiq yang pelik dengan perangai adiknya yang seperti ingin menghindarinya. Ke..dia yang tersilap orang sebenarnya? Yelah, manusia dalam dunia kan ada 7 orang yang berwajah serupa. Tak ke malu dia nanti.

Dia masih lagi tertanya-tanya kenapa adiknya lari dari rumah. Didail nombor adiknya tetapi tidak diangkat. Ditanya umi, abah dan Tasha tapi tidak dijawab. Apa yang dah terjadi?

"Lepaslah! Saya tak kenal encik pun!" Tiara meronta-ronta minta dilepaskan.

"Betulkan awak Tiara Daneesya, adik saya?" Soal Taufiq inginkan kepastian.

"Tiara Daneesya dah matilah!" Jerit Tiara lalu dengan penuh tenaganya dia memijak kaki lelaki itu seraya itu cengkaman dilepaskan.

"Ah!" Taufiq mengurut kakinya yang sakit. Berkerut dahinya menerima penangan menyengat Tiara.

Tiara mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Kakinya dibawa entah ke mana. Dia terduduk dibelakang sebuah bangunan. Tempat itu terlalu gelap dan sunyi.

Dinding bangunan dijadikan tempat untuknya bersandar. Lututnya dirapatkan ke dada. Kedua belah telinganya ditutup dengan tapak tangan. Bicara lelaki itu tadi masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya. Airmata yang baru saja kering kembali membasahi pipi.

"Tiara." Panggil seseorang.

"Pergi!" Tempiknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang suara saat itu.

"Tiara Daneesya! Balik!" Jerkah suara itu yang disangkakan abangnya.

"Tak nak! Ara tak nak balik! Ara nak tinggal dengan suami Ara! Dia tengah sakit! Dia perlukan Ara! Ara tak perlukan abang Fiq! Abang Fiq bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Ara! Dalam hidup Ara hanya ada suami Ara je! Ara cintakan dia. Abang Fiq baliklah. Tinggalkan Ara!" Tiara berkata sambil memejam rapat matanya.

"Heh! Siapa abang Fiq kau? Aku suami kaulah!" Dia membuka matanya lalu mengangkat muka memandang wajah orang yang sedang bercakap dengannya itu.

Eh?

"Kau ni malam malam pun nak menyusahkan orang juga ke kena cari kau bagai hah? Penat tahu tak kejar kau tadi. Ergh! Dah, balik!" Tiara bangun sambil mengelap airmata kemudian debu diseluar ditepuk-tepuk. Dia berjalan dibelakang suaminya.

Dia hanya ikut saja langkah suaminya kerana dia juga tidak tahu mana arah jalan untuk balik ke rumah.

Jalan punya jalan maka tibalah mereka disebuah pasar malam yang berdekatan pantai itu.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now