100

10 0 0
                                    




Yoon Gi menutup dairy lama isterinya. Banyak cerita yang terkandung didalam buku tersebut. Tetapi cerita sedih lebih banyak daripada cerita gembira. Tetapi kini dia berjanji dia akan buat isterinya sebagai manusia yang paling gembira sekali di dunia.

Pintu bilik mereka diketuk oleh isterinya sebelum dia masuk kedalam bilik mereka. " awak tengah baca buku apa tu Yoon Gi? " soal isterinya kepada dirinya. Yonngi tersenyum nipis. " baca kenangan lama kita.. Awak sini kejap" panggil Yoon Gi. Isterinya menghampiri dirinya dan secara tiba tiba Yoongi mendudukan isterinya diatas ribanya, pinggang gadis itu dipeluk erat manakala kepalanya direhatkan pada bahu isterinya.

" Yoongi, awak tidak apa apa kan? "Soal isterinya tiba tiba, bukan apa, dia cuma terkejut dengan tindakan Yoon Gi, tiba tiba sahaja memeluknya dengan cara sebegini. " maafkan saya.. " kata Yoon Gi perlahan. Isterinya ketawa kecil. " kenapa awak minta maaf ni Yoon Gi? Awak ada salah makan ubat ke? Awak demam ke? Nak saya belikan ubat? " tanya isteri Yoon Gi. Yoongi ketawa kecil melihat gelagat isterinya yang sudah cuak itu. Isterinya mencintainya lebih daripada dirinya sendiri.

" awak ni memang cepat takutkan? " ujar Yoongi, dia mencium pipi kanan isteronya sekilas menyebabkan isterinya diam kerana terkejut. " Yoongi! Awak jangan main main, awak ni Yoongi kan? Betulkan!? " kata isterinya dengan wajah cuak, badannya sudah cuak kerana takut.

Dairy - Cik Chubby. °hiatusWhere stories live. Discover now