° chapter 1 °

70 14 21
                                    


Embun pagi mengalir pelan di permukaan tingkap yang sejuk itu tatkala hujan pada malam semalam. Suasana di rumah sederhana itu agak kedengaran hening. Hanya bunyi serangga kecil yang didengari.

Kring! Kring! Kr-

Jam penggera yang mengacau lenanya lekas dimatikan. Dia merengus kasar. Dia bingkas bangun, duduk di atas katil yang tidak berapa empuk itu dan mengusutkan rambutnya sambil mengerutkan matanya berulang kali.

Tok! Tok! Tok!

Tok! Tok! Tok!

" Haish, siapa pulak-", dia mengangkat punggung dan menuju ke pintu bilik seraya menguak daun pintu melihat gerangan siapakah yang berani mengganggu tidurnya.

Tersembul satu wajah di sebalik pintu.

" Kau tak reti bangun awal ke? Semua orang tengah tunggu kau untuk bersarapan", ujar Heejung dengan muka tak puas hati.

" Ugh , so ?", Kumiko namun mesra dipanggil Miko kelihatan bengang dengan air muka Heejung yang jelas sedang tidak puas hati dengannya.

Sebenarnya dia tak hamak pun nak panggil Miko ni bangun tapi disebabkan dia memikirkan mereka dalah rakan serumah , dia kenalah ambil berat tentang ahli rumah ini.

Keadaan lama menyepi di antara mereka berdua. Tak ada sebarang jawapan yang keluar dari mulut masing masing. Heejung akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke tingkat bawah menyertai yang lain tanpa menghiraukan Miko.

Dan seraya itu jugalah, terdengar suara bebelan Soonjung, " Tengok tulah. Kita cuba nak satukan semua orang dalam rumah ni, ada pulak yang tak bertolak ansur, ugh! ", suaranya sengaja dikuatkan.

Suara tersebut dapat didengari oleh Miko dari tingkat atas. Dengan rasa menyampahnya, Miko terus melangkah menuruni anak tangga ke ruang makan.

" Aku nak buat satu pengumuman"

Semua mata memandang ke arah Miko yang berdiri di hadapan pintu ruang makan dan masih lagi lengkap berpakaian pajama.

" Aku.Tak.Nak.Makan. Sekian"

Miko mengatur langkah laju ke arah ruang tamu dan merebahkan dirinya ke atas sofa sambil menekup mukanya dengan bantal dan mula menyambung tidurnya.

Sebal dengan rakan serumahnya yang tak faham bahasa.

Kedengaran bunyi kerusi ditolak menandakan seseorang sedang berdiri dari duduk di meja makan. Malas mahu melayan teman serumah yang langsung tak nak bermesra.

" Sudahlah! Naik menyampah pulak aku dengan perangai korang ni ", Sarang naik ke biliknya dan menghempaskan pintu kamarnya dengan kuat.

Semua ahli rumah tersebut diam. Ada yang menggeleng, ada yang makan secara selamba, ada yang menguis pinggan kosong dan ada yang mengeluh. Entah kenapa mereka semua tak serasi .

" Aku nak keluar. Nak beli barang dapur " Sarang tiba-tiba muncul di tangga setelah lama mendiamkan diri di biliknya sejak kejadian di ruang makan tadi. Matanya memandang ahlu yang lain sebelum mengambil kunci kereta.

" Aku ikut. ", Ami bersuara. Sarang hanya mengangguk.

Dan mereka berdua keluar dari rumah. Bunyi enjin kereta berderum meninggalkan rumah tersebut.

••

Kedengaran ada pesanan ringkas masuk dari telefon pintar Ahnri. Pada mulanya dia merungut kerana ia menganggu dirinya mahu membaca buku novel yang dipinjam pada Heeji.

From: Ami

Wei, cepat tutup semua tingkap and pintu rumah wei

Ahnri mengangkat kening tanda pelik. Dia membalas dengan perasaan hairan yang membuak buak

To : Ami

Asal?

Ting. Pesanannya berbalas tak sampai seminit.

From : Ami

Nanti kami cerita kat rumah

Ahnri termangu. Dirinya seakan akan kosong. Tapi diikutkan juga pesanan sahabatnya

Lalu, Ahnri segera meminta tolong Maya dan Heeji untuk menolongnya menutup tingkap dan mengunci pintu pintu yang ada . Usai menutup dan mengunci , dia menunduk sedikit dan berterima kasih pada Maya dan Heeji.

Dia duduk di sofa dengan persoalan yang asyik bermain pada benak di mindanya.

 •WoodLand•Where stories live. Discover now