Sikap-sikap mulia Rasulullah Saw.

6.1K 34 0
                                    

Sebelum menampilkan cerita nabi Muhammad. Ada baiknya mengetahui beberapa kebiasaan nabi Muhammad yang luar biasa. Berikut ini beberapa diantaranya :

Pertama, setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.

Kedua, pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.

Ketiga, setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.

Keempat, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.

Kelima, setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.

Keenam, Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.

Ketujuh, Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu memuliakan setiap orang yang datang untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang Beliau membentangkan rida’ untuk para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau akan memaksanya sampai mau.

Kedelapan, Beliau tidak pernah menjulurkan kedua kaki Beliau saat sedang duduk bersama para sahabat.

Kesembilan, jika ada seseorang yang berbisik kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan atau menjauhkan kepala Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan kepalanya dari Beliau. 

Kesepuluh, jika Rasulullah s.a.w. tidak melihat salah satu sahabatnya selama tiga hari, maka Beliau akan menanyakannya. Jika ia memang sedang tiada, maka Beliau akan mendoakannya, dan jika ia berada di rumah, Beliau akan mengunjungi dan jika ia sakit, Beliau akan menziarahinya.

Kesebelas, Beliau juga tidak segan-segan untuk meminta izin kepada budak kecil. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ditawarkan kepada Beliau segelas air, kemudian Beliau meminumnya. Waktu itu terdapat seorang budak kecil yang sedang duduk di samping kanan Beliau, manakala di samping kiri Beliau telah duduk orang-orang yang sudah tua. Beliau berkata kepada budak kecil tersebut: “Wahai budak kecil, apakah kamu mengizinkan kepadaku untuk memberikan gelas ini kepada para orang tua tersebut?”Budak kecill tersebut menjawab: “Wahai Rasulullah, saya tidak akan memberikan kelebihan air yang baginda minum kepada orang lain.” Beliau pun menyerahkan gelas tersebut kepada budak kecil tersebut.

---

Bagaimana ? sudahkah kita mencoba untuk meniru dan mengikuti sikap-sikap mulia beliau ? 

Kisah dan kemuliaan nabi Muhammad SawTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang