Aku pantang dengan spesis manusia macam ni. Hidup ni memang nak judge orang je eh? Tak berbaloi. Manusia pun ada perasaan lah weh. Biar aku bagi clorox. Brainwash sikit punya fikiran. Bila muslimah itu salah dalam langkahnya, janganlah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa. "Pakai tudung labuh je lebih" "Tutup semua konon. Padahal" "Pehh. Pakai serban perangai lebih dari abang gangster." "Bajet alim je tu sarung jubah, pakai tudung labuh bagai." Mulut manusia memang payah diam. Tudung labuh itu tak berdosa. Serban kopiah itu pun tak berdosa. Tudung itu amanah Allah padanya. Serban itu sunnah. Tudung labuh atau serban itu tak bersalah atas dosa yang dia buat. Jika dia berdosa, salahkan diri dia. Bukan tudung dikepala. Tolong, jangan salahkan imej yang dia bawa. Kerana itu soal akhlaknya. Imej yang dia bawa itu sempurna. Cuma dia yang tidak pernah sempurna. Dia yang tak lari dari berbuat dosa. Janganlah dianggap dia sempurna tanpa cela. Jangan expect terlalu tinggi. Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya. Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya. Cuba belajar menerima mereka. Jika kau tak nak terima perubahan dia, janganlah kau hina kutuk imej yang dia bawa. Sebab dia tengah usaha jaga amanah Allah padanya. Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa. Dan untukmu muslimah, jangan gentar bila ada yang mengeji. Mencaci. Memaki. Dugaan. Ujian. Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu. Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu. Ingat satu, penilaian itu semua Allah yang tahu. Kita tak tahu. Mereka juga tak tahu. Sebab mereka juga manusia sepertimu. Dorang tu pun makan nasi juga. Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah. Bukan alasan untuk kamu rebah. Ini namanya medan. Medan perjuangan menuju Jannah. Menuju redha Allah.
By: intanaida
#intansharing