3 Bulan Kemudian
Kami dalam perjalanan keluar dari wayang baru lepas tengok cerita Pinjamkan Hatiku dilakonankan oleh Aida Jebat dan Shaheizy Sam. Sedih gila doh cerita dia haihhh kenapa rasa macam kena ja dengan life aku hmm.
Naina yang mendengar aku mengeluh terus melihatku, "Wey kau oke dak ni", tanya Naina.
Aku yang sedang termenung hanya mendiamkan diri. Naina tidak berpuas hati terus menepuk bahuku perlaha.
"Oiyt boyfriend kau aku punya", latahku. Aku yang tersedar apa yang dicakap terus menekup mulut setelah sedar dari lamunan selepas dikacau oleh Naina.
"Apa kau kataaaa!!??", kata Naina dalam nada marah
"Ehhh silap-silap sorry-sorry tak sengaja heeee", terus aku sengehhh sambil mengangkat peace tanda 'peace no war'
"Haaa tau pun takuttttt kau... Ni aku tanya kau dari tadi ok tak lagi.. Da 3 bulan lebih kau macam ni", tanya Naina dalam nada risau.
"Hmm kau yang tepuk aku da tu nak marah-marah pulak.. Hmm ntah la Nai oke da kott" balasku dalam nada tak da mood langsung nak bercakap dengan orang.
"Wey jom aku lanja starbuck nak tak nak up mood kau balik nak tak?" Kata Naina.
"Haa ok jugak cuti-cuti ni tatau nak buat apa tambah kalau kau lanja aku on ja", balasku sambil senyum yang di buat-buat
...........❇️❇️..........
Di Starbuck
"Wey jom balik nak dak letih da nihh..?" Kata Naina
"Hmm ok" balasku. Sambil jalan mataku meliar melihat kedai baju dan kasut yang cantik dikiri kananku.
Tiba-tiba mataku terpaku pada seseorang "Mirul" kataku perlahan. Aku cuba tahan air mataku dari mengalir
Aku lihat Amirul a.k.a ex-boyfriend yang hampir jadi tunangku itu sedang berjalan berpegang tangan bersama seorang wanita seksi.
"Ya Allah sakitnya hatiku.. Tahanlah air mata jangan mengalir aku tahu kau mampu bertahan, hati kuat laa. Sakitnyaaa rasa ni.." Desis hatiku.
Aku terus mengatakan kepada Naina "Naina aku nak pergi ladies kejap tau"
"Oke" balas Naina tanpa perasan keadaanku
Aku terus jalan ke toilet dengan pantas menunduk. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang sehingga barang-barangnya terjatuh. Nasib tak banyak.
"Sorry saya tak sengaja" kataku sambil menolong lelaki itu mengutip barangnya yang secara tak sengaja aku jatuhkan.
"Tak paaa salah saya juga sebab tergesa-gesa tadi" balas lelaki tersebut.
Setelah selesai aku terus ke toilet meninggal lelaki tersebut terpinga-pinga melihat keletahku yang hanya menunduk sejak tadi.
Sesampai saja di toilet terus aku lepaskan sendu yang sudah tidak tertahan ni..
'Ya Allah sakitnya hatiku jadi sebab ni la dia minta putus dengan aku bukan sebab dia nak fokus Allahu pedih hatiku ini Ya Allah.. Sabar Ilya aku tau kau mampu jangan nangis sebab laki tolong Ilya be strong'.
Setelah berasa agak lega terus aku ke singki. Aku membelek rupaku hmm agak teruk. Setelah touch-up serba sedikit untuk menutup sembam di muka terus aku keluar
Keluar saja dari ladies terus aku call Naina.
"Babe kau ada mana??", soalku
"Aku ada kat Brand Oulet nih", ujar Naina
"On the way", terusku tutup telefon bimbitku dan terus aku berjalan keluar dari toilet menuju ke tempat dimana Naina berada.
🌟VOTE AND 💭COMMENT NEEDED💕💕🤗
#⃣ KALAU ADA CADANGAN BOLEH SUMBANG IDEA BOLEH DM KAT WATTPAD YE GUYS HEE
YOU ARE READING
DEMI CINTA KITA [HOLD ON]
RomanceBila semua berbicara melalui hati tanpa kata.. Dapatkah mereka merungkaikannya.. Apakah yang ter jadi dalam kisah kalini??? Kalau nak tahu kena teruskan baca story nih okey A/N: BTW Thanks yang mana support Yana.. I really appreciate it. Don't forge...