setelah dia sampai ke dalam bilik tidurnya air matanya mula jatuh lagi .
"ya Allah kuat kan la hati ku dan luaskan lah minda ku untuk menyelesaikan ujian yang kau berikan " ujar ariqa dalam seduan . lalu dia tenangkan hatinya seketika dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk , dia ingin melakukan solat istiqarah untuk mencari kebenaran yang sebenar .
setelah beberapa minit dia selesai solat istiqarah dia mencapai iPhone 7 nya yang terletak d atas katil lalu dia menghubungi nombor kawan baiknya , siapa lagi kalau bukan warda . tidak sampai beberapa saat warda menyambut panggilan tersebut .
"assalamualaikum beb" ujar warda . "waalaikumussalam" . "ada apa ni call aku?" . tujuan ariqa menghubungi warda adalah untuk meluah kan apa yang sedang d hadapinya kerana warda lah satu satunya tempat dia meluah kan segala apa yang dia hadapi selain dari umi dan abinya .
"beb umi dan abi aku nak kawin kan aku " ujar ariqa dengan nada yang sedikit tenang . "betul ke ni ? " . "ye takkan lah aku nak main main dengan bab kawin ni" . "kau tau ke ciri ciri lelaki yang nak d kawin kan dengan kau tu ?" . "abi aku dah kata lelaki tu kuat agama , tapi aku takut la beb macam mana kalau d sebalik keimanannya yang kukuh tu dia akan buat benda tak baik dengan aku ?" .
"tak pe beb kau husnuzon je . kau ikut je apa yang abi dan umi kau buat mana tahu dengan cara ni kehidupan kau boleh bahagia , sebab berkat dan keputusan orang tua ni ada bagus nya untuk kita ." nasihat warda kepada ariqa .
"abis tu tak kan aku nak terima je abi dan umi aku nak kawinkan aku ?" . "aku rasa baik kau terima je , tapi aku pelik knp pula umi dan abi nak bagi kawin kau ?" . tanya warda .
"diaorang nak pegi haji jadi kata abi aku dia nak aku tunaikan hajat diaorang , aku pun buat buat tenang je la aku sangka hajat tu tak seberat yg mcm aku sangka rupanya abi nak kawin kn aku " jelas ariqa dengan terus terang kepada warda .
"owhh macam tu" . "ye . aku tak sedia lagi la nak jadi bini orang beb , kau rasa aku dapat galas ke tanggungjawab aku nanti sebagai seorang isteri . dah la aku ni serba serbi tak tau pasal cinta cinta ni kan pula nak jadi bini orang " luahan ariqa jelas menampak kan yang dia tidak bersedia untuk mendiri kan rumah tangga .
"aku ni beb bukan lah pandai sangat bab rumah tangga ni hal kawin kawin ni pun aku tak hadap lagi , tapi aku rasa kau patut terima je hajat orang tua kau tu lagi pun diaorang nak pegi haji sapa la tau kot kot ada terjadi apa apa dengan umi dan abi kau , aku tak la mendoa kn benda yang tak baik untuk abi dan umi kau.
"abis tu ka nak aku terima ? " soal ariqa . "ye kau terima je aku yakin apa yang abi kau buat ni betul" . " kalau macam tu esok aku bagi kata putus sama ada aku terima atau tak" . "aku harap kau buat keputusan yang baik beb" .
"tq beb bagi kata kata semangat . aku rasa kau pun patut kawin juga sebab aku tengok kau ni lebih mendalam kalau nasihat nasihat macam ni" lalu ariqa ketawa .
"jodoh tak sampai lagi , kalau ada jodoh aku kawin la hihihih" . "aku harap cepat cepat la sampai jodoh kau supaya kau tak alone . ok la beb lama juga kita borak ni , aku nak solat zohor dulu byeee" . lalu ariqa mematikan panggilan tersebut .
------------------------------------------------
" fiq tengok calon yang abah pilih kan untuk fiq ni cantik tak ?" . "masyaallah cantik nye bah , sapa tu ?" soal afiq . "ni anak kawan abah umur dia ni baru 25 tahun , fiq nak kawin dengan dia tak ?" amboi dato aziz bukan main lagi menyoal anak nya dengan spontan ,
muka afiq menjadi merah bila abah nya sebut soal kawin maklumlah dia belum pernah bercinta dengan mana mana perempuan d luar dia kata hatinya hanya milik isterinya yang sah . dato aziz memang tahu anak nya itu suka dengan gadis tersebut . memang gadis itu manis orang nya bertudung mempunyai senyuman yang ayu . "kalau macam tu fiq nak abah pinang kan gadis ni untuk fiq ?" . "fiq tak kisah bah fiq serah kan hal ni dengan abah . lagi pun tak silap fiq hari tu fiq macam kenal dengan gadis tu , macam pernah nampak" .
"kalau macam tu esok abah pegi jumpa orang tua gadis tu" . "amboi abah asal lekas sangat ? " . "kalau lambat lambat takut nanti melepas" terhambur ketawa afiq mendengar kata kata abah nya .

YOU ARE READING
cinta ku hanya untuk mu !
Romancemengisahkan seorang gadis yang jatuh cinta buat kali pertama terhadap jejaka yang menjadi idamannya . Namun perasaan cinta itu bercampur baur dengan masalah yang menyelubungi dirinya . jom read 💕