rumah

510 21 0
                                    

Sudah seminggu aira dan azim tinggal di rumah haji isa dan isteri. Hari ini die perlu balik ke kuala lumpur

"Mak ayah kitorang pergi dulu ye" kata aira dan terus menyalam tangan mak dan ayahnya.

Azim pon membuat perkara yang sama. "Ha ye lah baik baik jalan tu" pesan haji isa

"Ok" mereka masuk kedalam kereta bmw milik azim. Dan kereta laju meluncur keluar dari perkarangan rumah haji isa dan isteri

Dalam perjalanan aira hanya menghadap telefon. Ye lah dah bosan sangat. Nak harapkan azim layan huh hampeh

"Kau chat dengan sape sambil tersengih sengih" aira memandang azim. "Adalah" saja die mahu sakitkan hati azim

"Bak sini" azim merampas. "Kalau macam tu lah jawapan kau baik tak payah main telefon" azim menyimpan telefonnya

"Alah awak ni" aira memeluk tubuh. 'Ishh die ni dah lah bosan tak de teman nak berbual'desis hatinya geram

Tidak lama kemudian aira dibuai mimpi. Mereka sudah pon sampai di sebuah rumah yang bukan milik daddynya

Azim hanya memerhati pada aira. "Woi bangun" kata azim sambil menepuk kasar. Aira tersedar

"Eh dah sampai eh" kata aira mamai. Aira keluar dan die perasan. "Eh ni rumah sapa?" tanya aira

"Ni rumah kita lah rumah siapa lagi" balas azim. "Mak ai besar nya sampai 3 tingkat tapi kita berdua je dalam rumah ni"

Balas aira sambil melihat rumah itu. Rumah azim sama cantik dengan rumah family nya.

"Ada ramai pembantu dalam rumah ni bodyguard pon ada" balas azim. "Dah jom masuk kau nak tunggu sampai bila dekat luar"

Azim.mengangkat beg bagasi milik aira dan azim. Masuk sahaja aira sudah terlopong. "Cantiknya" kata aira teruja

Masuk sahaja dibilik aira melihat setiap sudut. "Wuishh besar jugak bilik ni" kata aira sambil tersenyum

"Kalau kau nak makan ke ape ke suruh mak jah buatkan..kalau ada apa apa panggil aku"

Kata azim. Aira mengangguk tanda faham. "Dah aku nak keluar jumpa kawan" aira mengangguk lagi

Mula lah sesi berpusing pusing satu rumah. Banyak tempat best. "Ade kolam renang" kata aira teruja

Selepas penat berpusing pusing aira terus menuju ke kolam renang semula. Die mencelupkan kaki nya dalam air

"Wahh tenang nya dekat sini" kata aira sambil menghirup udara segar. "Eh aku nak buat apa dah lah telefon aku kena rampas"

Bila terkenang kan agenda tadi aira menjadi geram dengan suaminya. "Terpaksalah aku main air"

Aira menyepak nyepak air. Tiba tiba die menyepak air itu kuat menyebab kan kena die dan seseorang

"Woii basah lah" marah azim. "Ehh awak maaf saya tak perasan" kata aira meminta maaf.

"Banyak lah kau maaf" azim terus menolak aira jatuh kedalam kolam renang. "Awak!!" marah aira

Azim ketawa jahat. "Padan muka kau" ejek azim. Aira membuat muka cemberut "meh aku tolong"

Azim menghulurkan tangannya. Tiba tiba idea jahat mula muncul di fikiran aira. Die menarik azim sehingga jatuh ke dalam kolam

"Weii!!" marah azim. "Hahahah kan dah padan muka" ejek aira sambil tersenyum bangga. Bijak bijak

Azim memukul air sehingga terpercik di muka aira. Aira memandang azim geram. "Ape ni" mula lah agenda percik memercikkan air sesama sendiri

Pembantu rumah hanya melihat gelagat mereka sambil tersenyum. Comel sungguh anak majikan nya

Mereka naik dan mencapai tuala yang diberi oleh bibik. "Kau nak ikut tak gi makan?" tanya azim

'Apahal mamat ni baik sangat dengan aku'desis hati nya. "Nak pergi mana?" soalan dibalas soalan

"Nak pergi jumpa kawan kau teman aku" balas azim. "Hrmmm malas nye" omel aira. "Ha?"

"Eh boleh boleh" jawab aira pantas. Kalau die jawab tak nak ikut mesti kena pelangkug

"Dah jom" azim bangun dan menarik aira berdiri. Mereka bersiap dan terus keluar rumah
....

love you mr arrogant✔Where stories live. Discover now