[[ 14 ]]

17 5 0
                                    

Tanganku ditarik kasar oleh Jihee. Wajahnya tiada secalit senyuman.

Pandang sekali pun sudah tahu yang dia marah.

Tbh, dia cengkam tangan aku kuat sangat.

Dia terus - terusan menarik tanganku sampai ke perhentian bas.

Dia berhenti. Perlahan - lahan genggaman di tanganku melonggar.

Kami diam dalam posisi dia di depanku membelakangi aku.

" Aku dah kata yang kat luar ni bahaya. Kenapa kau degil sangat ? " Suaranya mendatar.

Aku diam.

" Kalau aku tak datang tadi, kalau aku tak ikut kau tadi, macam mana kalau kau betul - betul kena rogol ? Apa aku nak cakap kat eomna nanti ? Apa aku nak cakap kat diri aku nanti ? Kau tak fikir ke apa perasaan eomma nanti ? Kau tak fikir ke perasaan mendiang appa kau ? Kau tak fikir ke perasaan aku ? Eomma akan marah aku sebab tak jaga kau. Eomma akan sedih sebab kau hilang dara sebelum kahwin. Eomma akan kecewa sebab kau dah bagi dia cucu masa kau tengah belajar. Kau tak fikir ke ? Mana otak kau ? Kenapa kau degil sangat ? Tak boleh ke kau mengalah sekali ? Tak boleh ke kau dengar nasihat orang walau sekali ? Tak boleh ke kau kawal marah kau tu ? "

" Aku tau kau benci aku tapi jangan sampai marahkan eomma. Eomma tak salah apa - apa. Kau marah eomma sebab jaga aku. Kau marah eomma sebab kahwin dengan appa aku. Kau tau tak apa rasanya kalau takda eomma ? "

" Sejak aku kecil, eomma aku dah takda dan appa aku pula tinggalkan aku dengan eomma kau. Selama ni aku hidup tanpa eomma dan appa kandung aku. Kau tau apa aku rasa ? Tak. Kau tak tahu. Yang kau tahu, maki aku, kutuk appa aku, marah eomma, bencikan aku. "

" Kau tak pernah nak matang Hao Byeol In. Cubalah berubah untuk sekali je demi eomma. Kau fikir eomma tak sedih ke tengok kita selalu gaduh ? Ya aku tau eomma tak pernah tunjuk tapi...kau tak fikir ke apa perasaan dia ? "

" Kenapa kau bodoh sana Byeol In ? Kenapa kau childish sangat ? " Suaranya bergetar.

Aku cuba menahan air mataku. Perlahan - lahan aku mendekatinya.

" Mi..mianhae. Jeongmal mianhae, unnie. Nae, aku tau aku jahat, aku childish, tapi tu sebab aku cemburu. Eomma macam sayangkan kau lebih dari sayangkan aku padahal aku ni anak kandung dia. Aku benci kau sebab aku cemburu dan aku marah kat appa kau sebab tinggalkan kita. "

Aku memeluknya dari belakang. Aku menangis di situ.

Aku dengar dia teresak kecil.

Kenapa baru sekarang aku sedar tentang perkara ni ?

Kenapa aku bodoh sangat ?

Childishnya aku.

®®®®®

Selepas habis menangis tadi, kami berniat untuk balik ke rumah.

" Kita nak naik bas ke ? " Aku menyoal. Hurm...beg aku masih kat rumah Joona unnie. Haih.

" Jalan kaki je lah. Dekat je pun. " Dia berkata tanpa nada.

Ya dia memang selalu acah swag.

Aku nampak lampu menunjukkan warna hijau.

Aku mula melintas tapi tiba - tiba ada cahaya terang yang meluru ke arahku. Badanku automatik menjadi kaku.

" IN !!!! " 



^^

[C] Swag Sister Where stories live. Discover now