PROLOG

190 36 13
                                    

"Kita minta tolong SOTC"

"SOTC?"

"Ya, S-O-T-C"

"Apa tu?"

"Spirit of The Coin"

Adam terkedu. Berdebar-debar jantungnya apabila Aiman kelihatan sibuk menyelongkar dan mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawa. Pantas tangan Adam menahan apabila papan yang penuh dengan tulisan cuba dikeluarkan Aiman.

"Kau dah kenapa ni?" Soal Aiman pelik.

"Man.... k-kau biar benar.... " soal Adam tersekat-sekat. Dinginnya sejuk penghawa dingin tak berjaya menghalang dari peluh merenik di dahi Adam yang kepucatan.

"Benarlah ni. Asal?" Soal Aiman makin pelik. Lalu pandangan tak percaya dihantar Adam ke wajah sahabatnya.

Biar benar Aiman ni..... Syaitan mana yang telah merasuk dia?

"Aiman, benda ni bahaya tau... A-ku tahu kau nak..... ba-las dendam, tapi ni bukan caranya.... k-kau sedar tak k-kita kat mana sekarang ni....?"

"Sedarlah. Rumah aku. Pastu?"

"Dan hanya ada kita berdua je dalam rumah ni!"

"Pastu?" Soal Aiman yang masih tak faham. Adam menggelengkan kepalanya. Bingkas dia berdiri lalu laptop yang terbuka ditutup seraya disumbat dalam beg. Pandangan pelik kawannya diabaikan.

"Lantaklah apa jadi pun. Kena buang Universiti pun aku tak kesah asalkan aku tak terlibat dengan permainan syaitan ni!!!" Tekad Adam lalu langkah diatur laju ke pintu bilik Aiman. Malangnya, pintu tiba-tiba ditutup tanpa ada sesiapa menolak, walaupun angin.

Jantung Adam mula berdegup laju. Terketar-ketar lelaki itu cuba mendirikan diri yang mula goyah.

"Man... pin-tu k-kau ter-tu...."

"Ya, aku tahu"

Suara garau, kasar dan dalam yang bercampur membuatkan Adam menoleh. Suara itu bukan milik kawannya!!!

Berpaling, sebelum dia terkaku. Satu susuk tubuh setinggi 2 kali gandanya berdiri dengan mata merah tajam memandangnya. Satu senyuman menyeringai terhasil sebelum air liur bercampur nanah menitik dari celah-celah gigi yang rosak dan daging yang mulai membusuk.

Tubuh Aiman bertukar 100%.
Kepada tubuh belaannya.

"Maafkan aku, tapi tuan aku tak bagi aku makan. Dan.... aku terlalu......

"... la-par.."

"ARGHHH!!!!"

___________________

"The number you have dial, is not in service"

"Mana pulak Adam ni..."

Tergaru-garu kepala Aiman sambil matanya menilik telefon. Hampir 10 panggil dibuat namun semuanya hanya masuk ke peti simpanan suara. Pandangan diliarkan ke sekeliling, berharap agar ada kereta yang akan menumpangkannya. Motor ni pulak buat hal waktu-waktu macam ni...

Bagaikan orang tidur disorong bantal, cahaya kenderaan yang tidak berjaya dikenal pasti menyapa mata Aiman. Lalu, kereta yang melintas itu segera ditahannya.

"Eh, Adam?" Soal Aiman terkejut.

"Kau pergi mana?! Aku cari kau kat rumah takde!" Marah 'Adam' dengan wajahnya yang bengang. Aiman perlahan-lahan tersengih lalu dia memboloskan tubuh ke dalam kereta.

"Sorrylah, motor aku buat hal. Ha jomlah. Kata nak lepak rumah aku kan?"

Kereta dipandu 'Adam' ke rumah sahabatnya. Dari jauh dia memandang Aiman yang membuka kunci rumah.

Sebelum dia menyeringai sebalik taring.

Maafkan saya tuan..... kikikikikiiii....

___________________

Hanya kerana dendam kesumat, sekeping papan penuh huruf dicari oleh manusia yang mana tanpa mereka sedar.......
N

yawa sendiri adalah penutup perjanjian.

__________________

First try Paranormal. Jadi... jadi tak? Hahaha. Oh yeah, Triplet aku delete sebab idea dah ke mana tah. Almaklumlah, aku bukan aktif oren mana. Takde benda nak cek. Biasalah, tak sefamous korang :p

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOTCWhere stories live. Discover now