-- ☆ --
Areum memasuki pintu Bilik Fotografi. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 Malam, itu bermakna Areum terlewat 5 minit dari waktu yang ditetapkan.
Dan kelab Fotografi dan Multimedia amat terkenal dengan prinsip
' selagi tidak lengkap, sesuatu tidak akan dimulakan '
Semua ahli kelab fotografi dan media melihat dia dengan menyampah. Sudahlah lambat, tersengih-sengih pula tu.
"Lee Areum, apahal kau lambat?" Ujar si pengerusi, Joo Hyuk.
"Mianhae, saya ada hal.. " tipu Areum, walhal dia baru sahaja bangun dari tidur.
Joo Hyuk mengangguk dan menyuruh Areum duduk di kerusi yang disediakan.
"Baiklah, maaf menganggu semua tapi saya panggil anda semua pada malam ini untuk bincangkan tentang satu artikel yang ahli kelab kita tulis.."
Joo Hyuk mengeluh nafas yang berat, kekecawaan jelas terpancar dari air muka Joo Hyuk.
"..siapa yang tulis artikel ni!? Tahu tak guru penasihat kelab ni dan saya tanggung malu! Apa kamu semua gila ke!? Ada ke patut tulis artikel tentang benda keji yang pengetua tu buat. Saya taknaklah malukan dia tapi saya nak orang tu keluar sekarang juga"
Si-Ho menolak Areum, membuatkan Areum menjeling Si-Ho.
"Kau yang buatkan artikel tu.. bangunlah" bisik Si-Ho. Areum menggetap gigi "kau punya gambar kan? Bangunlah jugak"
"Areum! Si-Ho! Bangunlah, macamlah kelab ni tak tahu, semua ni angkara korang" jerit seorang senior kelab dari belakang mereka berdua.
Areum dan Si-Ho bangun, menunduk muka ke bawah. "Esok pagi, pergi bilik Pengetua. Jangan lambat"
Areum dan Si-Ho mengangguk, tidak berani untuk melihat muka bengis Joo Hyuk. Senior dan Junior kelab sudah mula berbisik tentang mereka berdua
Ah kalau aku tahu, aku tak kejutkan Areum, takdelah aku kena hadap benda ni fikir Si-Ho.
"Okay, baiklah. Terima kasih kerana beri kerjasama.. Bersurai"
-----
"Awak berdua digantung 2 bulan dari hadir ke kolej dan sebagai tambahan, awak 'direhatkan' dari kelab fotografi dan media buat selamanya. Saya harap, hukuman ini akan buat awak sedar akan kesalahan yang telah dibuat" Ujar penolong kanan hal ehwal murid yang berdiri disebelah pengetua.
Si-Ho menahan geram di dada, kalau boleh mahu sahaja dia tumbuk muka syaitan yang bertopengkan pengetua sekarang. Areum yang menyedari kehendak kawannya itu cuba untuk menenangkan Si-Ho.
"Apa ni?! Saya--" Si-Ho bangun dan cuba untuk memukul si pengetua namun lengannya ditarik oleh Areum terlebih dahulu.
"Si-Ho.. dahlah" kata Areum, dia sudah malu didepan pengetua dan penolong kanan. Cukuplah dengan apa yang mereka berdua lakukan, dia tak mahu perkara lebih teruk berlaku
Areum pun sudah tidak tahu bagaimana mahu katakan perkara ini kepada ibu bapa dia. Silap hari bulan, ibu bapa Areum menghalau dirinya dari rumah. Gosh.
"Saya dah minta En. Seunghyub, penolong kanan kita, telefon ibu bapa awak. Jadi awak berdua boleh kemas barang lepas ni. Selamat bercuti" kata pengetua, tersenyum sinis sambil melambaikan tangan.
En.Seunghyub tersenyum bangga, membetulkan blazer dengan penuh angkuh. Areum dan Si-Ho melihat mereka berdua dengan penuh jijik.
Kalau mereka berdua ada kuasa ke atas dua orang tua itu, pastinya pengetua itu bakal dipecat. Tak sedar diri, gunakan duit yuran kolej untuk bersuka ria.
YOU ARE READING
Artikel | Nam JooHyuk
FanfictionPengetua yang tua, bongkak dan tak sedar diri. Guna duit yuran pelajar untuk bersuka ria, suka berjudi. Dah tua, tak sedar diri. Pengerusi dingin dan sejuk hati bila di pandang tapi bila dia bercakap, aku gerenti kau akan cakap macam "annoying sia...