the blood | #10

568 94 18
                                    

"Dah la hyung... layan hyung ni sampai tahun depan pon tak habis" rungut jimin dan mendapat tatapan maut daripada namjoon.

"Okay la.. hyung cuma beritahu. Kalau tak nak dengar pon tak pe" kata namjoon

"Dah la.." kata jimin lalu berdiri membuatkan namjoon, jin, hoseok dan jungkook memandangnya

"Nak pergi mana?" Soal jungkook

"Tidur.. lebih baik dari dengar cerita merapu hyung tu" balas jimin. Padahal, yang sebenarnya bulu roma dah meremang bila dengar cerita namjoon tu..

Jimin berjalan meninggalkan sahabatnya yang lain yang tengah menatapnya dengan penuh tanda tanya

"Dia tu kenapa?" Soal hoseok hairan

"Dia geram kot sebab kita libatkan taehyung" teka jin.

Skip

Jimin berjalan menuju ke arah biliknya. Semasa perjalanan dia melintasi bilik suga

Entah kenapa, tiba tiba dia rasa nak dengar perbualan antara suga dengan V.

"Aku minta maaf"

Ucapan dari suga didalam bilik kepada V membuatkan jimin menarik nafas lega. Sekurang kurangnya dia tahu yang suga dan v dah berbaik

Jimin meneruskan perjalanan kearah bilik. Dia membuka pintu dan menghempas pintu bilik serta menguncinya

Badannya juga turut dihempas ke atas katil. Telefon pintarnya dicapai

Dia melihat kembali gambar gambar mereka sebelum kehadiran V. Sempurna. Semua tersenyum bahagia

"Wait.. siapa dia?" Soal jimin sendiri sambil zoom ke arah budak lelaki yang berdiri dibelakang mereka dan memandang tepat kearah kamera

"Biasalah tu kan?" Kata jimin berfikiran positif dan kembali melihat gambar gambar yang lain.

Budak lelaki tersebut masih ada di setiap gambar mereka

Walaupun dimana mana tempat gambar itu diambil termasuk la didalam rumah mereka

"Siapa dia?" Soal jimin hairan. "Taehyung?" Bisik jimin

"Hyung langgar budak tadi.. yang menariknya pasal budak tu, muka dia sama dengan muka taehyung masa kecil"

Kata kata daripada namjoon tiba tiba bermain difikiran jimin. "Tak kan la dia"

Tok tok tok

Jimin memandang ke arah pintu biliknya. Ada orang ketuk ke?

Tok tok tok

Sekali lagi, bunyi ketukan kedengaran dan kali ni jimin pasti yang bunyi tu bukan datang dari arah pintu. Tapi dari arah ...

"Tingkap? Serius?" Soal jimin hairan sambil memandang tingkapnya yang ditutupi langsir. Dan kelihatan bayang seorang kanak kanak lelaki sedang berdiri di luar tingkap

"Budak mana pulak ni?" Rungut jimin malas sambil berdiri untuk membuka tingkap

Wait..

Kat tingkat tu tak ada balkoni. Macam mana budak tu boleh....

Jimin menggigil ketakutan dan berusaha membuka pintu biliknya. Tapi pintu biliknya berkunci. Terlampau panik sampai tak boleh berfikir untuk buka kunci sebaliknya hanya memukul mukul pintu meminta bantuan kawan kawannya di luar

"Korang!!!!!!"

Tak.. tak ada sesiapa yang dengar pon

Jimin semakin panik apabila tingkap biliknya terbuka sendiri dan budak tersebut perlahan lahan merangkak ke arah nya

"Arhhhhhh!!!!!!''

Skip

"V kena janji jangan tinggalkan kitaorang pula" kata suga dan V menggeleng

"Mian.. tapi kali ni v tak boleh janji"

"Kenapa? Sebab aku selalu maki kau? Kau benci aku la?"

"Tak.. sebab v dapat rasakan yang V tak akan lama kat sini"

"Hyung ikut"

"Hum?" Kata kata suga membuatkan v memandangnya pelik

"Nak ikut? Pergi mana?"

"Hyung akan ikut V pergi mana mana pon asalkan tak berpisah dengan V"

V tersenyum. "Habistu yang lain?"

"Diaorang mesti ikut jugak"

"Okay.. hyung yang nak" kata v sambil tersenyum sinis. Suga yang tak tahu apa maksud senyuman v hanya mendiamkan diri. 'Jom kita mulakan. Kita dah tak banyak masa' batin v

"Arhhhhhhh!!!!!!'"

Suga dan v memandang sesama sendiri apabila mendengar jeritan tersebut

"Jimin!!!!" Jerit suga sambil berlari ke luar bilik menuju ke arah sumber suara

"Jimin buka pintu!!!!" Jerit suga dari luar sambil mengetuk ngetuk pintu jimin

"Hyung!!! Huwaa.. chim takut!!!!" Jerit jimin dari dalam

Jungkook, hoseok, namjoon dan jin yang juga mendengar jeritan jimin dengan segera berlari ke atas

"Apa dah jadi?" Soal jin panik

"Jimin..." suga berusaha menendang pintu bilik tersebut untuk menyelamatkan jimin apabila mendengar jimin dah pon menangis dalam bilik

Tiba tiba, suara jimin hilang.. tak ada lagi suara tangisan yang mereka dengar sebelum ni

"Chim?" Panggil jungkook dan sunyi.. tak ada bunyi sahutan daripada jimin

Dan membuatkan mereka semakin panik apabila tiba tiba ada darah mengalir melalui bawah pintu.

"Darah?" Soal hoseok dan wajah suga pucat serta merta

"Jimin!!! Park jimin! Tak lawak la bodoh! Bukak la pintu ni!!" Jerit suga dan dengan segera jungkook menendang pintu bilik tersebut sehingga pintu itu terbuka

Dan kelihatan jimin sedang terbaring di atas lantai dengan penuh darah yang mengalir membasahi lantai bilik tersebut.

"Jimin!!!!!!" Jin dengan segera berlari ke arah jimin yang tak sedarkan diri dan membaringkan jimin di atas riba nya

"Bangun chim!!! Please, Sape nak teman kook pergi sekolah lepas ni? Jimin bangun!!!" Kata jungkook menahan air mata sambil menggoncang goncangkan tubuh jimin yang...



















...Dah tak bernyawa





"Satu, selesai..." bisik V sambil tersenyum sinis di hadapan pintu bilik

Tbc

Sebenarnya, author tak sanggup nak buat jimin mati T^T tapi apakah daya, author terpaksa buat

Mianhae, park jimin

the blood ; bts √Where stories live. Discover now