39

1K 41 17
                                    


Awak-awak yang rajin pollow crite kite ni, terima kasih sangat2. Saya suka awak semua komen. Kalau ada kurang, tegurlah. Saya manusia yg ada kurang. Maaf yg mana saya terkasar. Salam ramadhan dari seketul penulis kecil ini >.<

__________________________________

Adrian's POV

Hana kelihatan gembira. Baru-baru ni dia jadi popular kerana kes dia hilang hari tu. Sehingga kini, dia masih lagi tak nak beritahu aku siapa yang menculiknya.

"Ad! Bola!" jerit Ahmad.

Aku pantas mengelak.

"Ad, ni bola tampar. Kenapa kau elak?" tanya Kamil.

Mereka menggelakkan aku.

"Perempuan kau ada aja tu, tak hilang. Asyiklah nak dipandangnya. Takut sangat," kata Hakim.

Mereka mentertawakan aku.

"Hana! Sini sekejap!" Ahmad memanggil Hana.

Entah kenapa aku jadi gelabah.

"Kenapa kau panggil dia?" tanyaku.

Ahmad tidak mengendahkan aku.

"Kenapa?" tanya Hana.

"Boleh tak kalau kau duduk tepi tu. Jangan main jauh-jauh, takut hilang," kata Ahmad.

Hana memandang Ahmad dengan pandangan yang pelik.

"Kau dah nampak bayang-bayang ajal ke? Tiba-tiba baik dengan aku ni," kata Hana.

"Sebenarnya, Ad yang nak cakap macam tu. Dari tadi dia asyik pandang kau aja," kata Kamil.

Hana memandang aku.

"Ian, lain kali benda-benda personal macam ni janganlah buat dekat public," katanya.

"Apa maksud kau dengan benda personal tu?!" aku berkata dengan geram.

Hana tertawa diikuti mereka yang lain. Aku gembira kerana semuanya telah kembali ke asal. Cuma satu sahaja. Perasaan Hana pada aku dan perasaan aku padanya.

___________________________

Adrian's POV

Aku memandang Hana yang sedang makan. Dia suka makan menggunakan sudu. Tidak kira sama ada makan nasi, ayam goreng atau pun mee. Kadang-kadang aku tak faham macam mana dia boleh guna sudu sahaja. Makan ikan pun guna sudu. Agaknya kalau kahwin dengan dia, tak perlu beli garfu.

"Ian," Hana memandang aku.

Aku termalu sendiri kerana berfikir macam tu.

"Hmm?" aku kembali fokus pada makanan.

"Aku tak sukalah makan dengan kau," katanya.

Pantas aku memandang Hana.

"Kenapa?" tanyaku.

"Semua orang tengok kita," katanya.

"Itu sebab kau popular baru-baru ni," katanya.

Hana tersengih-sengih.

"Jadi, macam nilah perasaan jadi cantik. Sentiasa jadi tumpuan," katanya.

"Ee. Perasannya," dengkiku.

Hana menjelingku.

"Hoi! Berdua-duaan," tegur Ahmad.

Ahmad sahaja yang suka dengki kami di tempat awam macam ni.

"Kau butakah? Yang lalu lalang ramai-ramai tu apa? Kambing?" marah Hana.

Hana pula paling pantang orang mengusik.

"Embekk!!" Ahmad membuat bunyi kambing.

Aku dan Kamil tergelak.

"Kau jangan Ahmad. Nanti Hana baling meja makan dekat kau," kata Kamil.

Kamil masih lagi si tenang dan si matang antara kami. Segalanya kembali seperti biasa. Aku tahu tu dan aku tetap nak kata macam tu.

"Kenapa kau tengok Hana macam tu?" tanya Kamil.

Aku tersentak.

"Kau okay tak? Dari main bola tampar tadi. Hana dah depan mata ni," kata Ahmad.

"Pandang aja, bukan luak," kataku.

Aku cuba mengawal apa yang aku rasa.

"Biasalah Ahmad. Rindu tak hilang lagi," dengki Kamil.

"Diam," kataku.

"Ian," panggil Hana.

"Hhmm?" jawabku.

"Ada apa-apakah yang kau nak cakap dengan aku?" tanya dia.

Pantas aku memandang Hana. Aku menggeleng.

"Makanlah," kataku.

"Hana, Adrian, aku nak tanya ni," kata Ahmad.

"Jangan, aku tak nak dengar soalan mengarut kau," kata Hana.

"Kau orang ni memang sehati sejiwa atau ada sixth sense?" kata Ahmad.

"Kenapa kau tanya macam tu?" kataku.

"Kadang-kadang, dari body language aja korang dah boleh baca. Bukan aku tak perasan. Kadang-kadang, kau orang pandang sesama sendiri then angguk. Aku macam, hati kau orang ni cakap benda yang sama ke?" tanya Kamil pula.

"Kan?! Ada sekali tu Ad just 'Hana!'. Macam itu aja, then korang balas pandang lama. Tiba-tiba Hana nangis," kata Ahmad pula.

Aku hanya diam.

"Ouh! Macam ni, kalau dia buat muka macam ni. Maksudnya dia marah. kalau muka macam ni, adalah tu aku buat salah. Kalau yang macam ni, sebab aku tak dengar cakap," kata Hana sambil mengherotkan muka.

"Tak akanlah muka aku seteruk tu," kataku.

"Macam mana kau boleh baca Hana? Aku tengok muka dia marah sama aja, tak bertukar-tukar macam tu," kata Kamil.

"Orang kalau memang niat dia dah salah, memang macam tu," kataku.

Hana mengejek kata-kataku.

"Kau orang ni sejak kecil memang tak pernah pisah lama-lama ke?" tanya Kamil.

Aku dan Hana menggeleng.

"Jadi, kau orang selalulah nampak muka teruk each other lepas bangun pagi?" tanya Ahmad.

"Kalau Hana bangun pagi, mesti ada air liur basi," kataku.

"Daripada kau, mengigau. Tiba-tiba tengah tidur, tapi ketawa. Seram tahu tak?!" kata Hana dengan kuat.

"Kau tu, dahlah suka pakai baju aku!" marahku semula.

"Eleh! Kau tu pula suka simpan baju aku. Pervert!" katanya semula.

"Bukan salah aku! Mama yang salah letak baju kau dalam almari aku! Lepas tu kalau kau nak ambil balik, pakai ceroboh aja bilik aku!" marahku.

"Mana ada aku ceroboh! Kalau aku ceroboh pun, kenapa? Kau takut ke? Aku dah agak, kau simpan perempuan dalam almari," ejeknya.

"Kau seorang sahaja perempuan yang aku simpan dalam almari!....." aku terdiam.

Semua orang memandang kami. Habis reputasi aku!

"Kau simpan Hana dalam almari?"

"Tidak!"

"Ya! Dia tolak aku macam ni. Kebush! Lepas tu dia kunci almari," kata Hana.

"Kau yang kunci aku dekat dalam bilik," kataku dengan perlahan kerana malu apabila banyak mata yang memandang.

"Hahahahahahahah! Bila dekat asyik gaduh. Tak ada mencari pula," kata Ahmad.

Aku dah Hana sama-sama terdiam.

Sebab & TapiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang