BAB 2

953 85 23
                                    

Hari pertama persekolahan selepas cuti sebulan agak membosankan. Takda lah bosan mana sebab Aria dan Efzan ada bawa Elvin serta Noah ke Italy . Lagipun itukan tempat kelahiran Elvin.

" Ma , along pergi dulu. Ze'o dah tunggu dekat luar. " Elvin menyalami Aria. Nak salam Efzan , dia dah keluar awal-awal sebab meeting .

" Kirim salam dekat Ze'o. Jangan berjemur lama sangat. Awak tu bukannya boleh. Nanti mulalah kulit memerah. " Aria sudah mula membebel. Bukan apa , lagipun Elvin memang tak dengar cakap. Degil ! Sama macam Efzan.

Dah kalau tuang kuah dalam nasi , berenang juga nasi tu. Lantak pi lah.

" Ala mama ni. Along kan lelaki. Kenalah lasak sikit ." Elvin memuncung.

" Tak salah nak lasak tapi kesihatan tu jaga. Dah pergi. Kesian Ze'o tunggu. Eh Ewin mana? "

" Dia tengah siap. Evin pergi dulu . "

Kakinya laju memasuki kereta yang dipandu oleh driver Ze'o. Mamat ni pun boleh tahan kaya cuma perangai tak berapa nak betul sikit. Tahu tahu sajalah macam mana. Permata Highschool dituju. Baguslah. Cepat sikit sampai lagi bagus.

" Elvin ! Lama tak jumpa kau . Rindunya. " Ze'o membuat gaya seperti mahu memeluk Elvin. Euw , gay detected.

" Kita baru jumpa semalam , kelmarin dan minggu lepas taguna . "

Keadaan mula sunyi. Hanya kedengaran radio Era di pagi hari. Pak Mail pun hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur dengan hal anak majikannya.

" Wei, mama aku kirim salam. " Elvin bersandar pada sofa penumpang. Lega sikit tulang belakang. Takdalah sakit mana nanti.

" Waalaikumussalam. Nanti kata dekat mama,  aku rindu. "

" Mama aku taguna. Bukan mama kau ." Elvin menjeling. Dah ada mama sendiri ada hati nak dekat mama orang lain.  Penyibuk !

Sharing is caring. " Ze'o mencebik. Suka hati dialah nak panggil mama Elvin apa. Kalau panggil sayang dah sah lah kena tumbuk dengan uncle Efzan yang sememangnya kuat cemburu.

" Eh kepala hotak kaulah . "



............



Kelas 5 Xander dituju. Seperti biasa buku sastera dikeluarkan . Awal-awal lagi dalam group whatapps Sir dah kasi jadual. Siapa tak on habislah kena denda. Denda dia bukan biasa biasa. Denda dia menambahkan ilmu.

" Senior Elvin ! Senior Ze'o ! "

" Shut up bitches. He's mine. "

" Hantu tepung handsome ! "

Elvin menggelengkan kepala. Acap kali dia dengar tentang Hantu Tepung handsome. Tak boleh ke kasi nama gelaran yang elok sikit ? White prince ke adalah dia bahagia sikit. Ini tidak.

Memang menurun betul dari Efzan ke anaknya, Elvin. Dua-dua hantu tepung!

" Pft , kau dengar dia panggil kau apa? Hantu tepung dude ! "  Ze'o mula terbahak-bahak. Apa yang kelakar pun tak tahulah.

Pelajaran dimulakan seperti biasa. Perkara biasa yang dialami oleh remaja di luar sana. School? Sucks . Kebebasan. Itu matlamat remaja zaman sekarang. Tamat saja sesi persekolahan, Elvin dan Ze'o menuju ke loker masing masing.

" Vin , aku rasa sunyi lah. "  Elvin hanya mengendahkannya. Lebih baik cepat sebelum coach marah. Habis reputasinya sebagai pelajar yang menepati masa.

" Woi , kau dengar ke tak ? " Ze'o menolak bahu Elvin sedikit . Eh tak , banyak sebenarnya. Elvin menjeling. Suka hati mak cik dia je nak tolak bahu orang. Hei, papa bayar zakat tahu tak.

" Aku dengarlah. Jangan kacau aku. " Elvin menutup pintu loker . Gelanggang futsal dituju. Elvin dan Ze'o berjalan di koridor sebelum Elvin berhenti.

' That girl. ' Getus hatinya. Gadis yang dijumpanya semasa di kedai haritu. Sifat ingin tahu semakin membuak buak. Gadis yang tingginya lebih kurang 146 cm. Berapa eh umur dia ?

" Kau ni nak berhenti agak-agak lah. Dah la tengah jalan. Kau tengok apa tu ? " Soalan Ze'o tidak di jawab. Matanya masih lagi memerhati figura yang menarik minatnya.

Ze'o pula cuba melihat siapa yang berjaya menghentikan masa sahabat dunia nerakanya. Ting ! Gadis pendek tu ? Pft ! 

" Kau tengok apa? Jangan macam macam Ze'o. Dah jom ." Elvin menarik badan Ze'o keluar dari koridor. Mata Ze'o bukannya betul sangat.

Habis nanti semua disebatnya ! Nasiblah belum pegang title Playboy lagi. Kalau tak , habislah ! Membe tak membe , kepala lu wa sailang. Wah , boleh jadi artis dah ni.

" Eh eh ! Aku nak tengok je . Vin! Jangan tarik baju aku lah ! "

" Diam taguna. "




.........




" Zahra , abang nak tanya sikit boleh tak ? " Kini , keluarga Elvin berada di kediaman Zafran , abang kepada Efzan iaitu papa Elvin .

" Abang nak tanya apa ? " soal Zahra pelik. Sebelum ini , mana pernah abang saudaranya bertanyakan apa apa sampai berbisik macam ni sekali. Ini apa kes pula ?

" Zahra kenal tak budak junior ke sebaya Zahra ke yang pendek , lepastu macam pendiam then kira macam tak bergaul lah . "  Bersungguh betul Elvin bertanya. Dia harus tahu ! Sifatnya yang ingin tahu semakin membuak buak.

" Zahra rasa Zahra kenal. Dia sama umur dengan Zahra. Cuma Zahra tak kenal dia sebab lain kelas. Mungkin  Wei Lin... eh Syaz kenal sebab dia sama kelas ."

Tanpa berlengah , Elvin terus saja ke arah Syazwan yang elok bermain game bersama Noah. Mentang mentanglah Zafran dulu pengumpul tegar X-box , habis dipulunnya.

" Syaz ! Aku nak tanya sikit ni. "

" Ha tanya lah. "

Elvin mengulangi soalannya balik kepada Syazwan. Berkerut kerut dahi lelaki yang berumur 16 tahun itu . Pelik dengan sikap abang saudaranya. Dah buang tebiat ke apa ?

" Oh kenal.  " Pendek saja jawapan Syazwan. Saja nak mengenakan Elvin yang kelihatan resah itu .

" Cerita jap pasal dia. "

" Eh nak buat apa ? Kau jangan Vin. Dia budak baik. Tak baik nak prank kan dia or do something bad. " Tahu sangat dengan perangai abang saudaranya itu  . Kalau tak menyakat , memang tak sah !

" Just tell me about her dude ! " Bengang mungkin dengan sikap Syazwan yang terlalu berahsia.

" Actually , aku tak tahu sangat pasal dia even dah lama sekelas dengan dia. But I know that yang dia jenis pendiam. Tak suka bersuara. Kalau orang tanya pun mesti dia tulis dekat sticky note. Then nama dia I don't know. But people do call her as Sara. "  Elvin diam. Tak tahu nak balas apa. Kenapa gadis itu terlalu berahsia? Bisu kah? Atau pemalu? Atau kerana suaranya emas ?

' Sara... ' Getus hatinya. Elvin seakan akan tertarik. Gadis misteri yang berjaya memikat pandangan Elvin. Mungkin sebelum ini dia tidak memandang mana mana perempuan. Tetapi , kali ini dia ada. Gadis misteri sebagai favourite viewnya.

Kini , laman Instagram dibuka. Cuba mencari si gadis misteri. Ditaipnya Sara tetapi orang lain yang dijumpa. Haruskah dia meminta Zheo yang sememangnya pandai menggodam sistem ? Atau dia berusaha tangga kejayaan walaupun tak nampak tangga tu dekat mana ?

Musuh Jadi Partner In Crime 2.0Where stories live. Discover now