PROLOG

323 33 22
                                    

Mata hijau itu memandang tajam ke arah mangsanya. Dia bersembunyi di sebalik pepohon besar yang merendang. Batang pemeluk pohon yang besar itu berjaya melindungi tubuhnya dari kelihatan.

Dia memerhatikan mereka yang bersandar di tepi kereta itu dengan penuh teliti. Baginya, dia tidak akan sesekali membiarkan mangsanya terlepas begitu saja. Helah yang dirancang harus digunakan sebaik mungkin.

Sekitar 4 orang mangsanya yang berada di hujung sana sedang berurusan dengan rakan pembelinya dalam menjalankan aktiviti urusan jual beli dadah.
Baru dia hendak memulakan langkah, bunyi telefon bergetar di dalam poket seluar jeans birunya yang lusuh menandakan isyarat pemanggil di hujung talian sekaligus membantutkannya. Dia menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit usang miliknya berjenama Nokia 3310 yang telah diikat dengan getah urat.

"Hmm, Apa hal?" ucapnya dengan kasar tanpa salam terlebih dahulu setelah menekan punat hijau di telefon bimbitnya.

"T...Ttaiko...di...dia...dah...terlepass".

Jelas ketakutan dan tergagap-gagap suara yang menyahut di hujung talian. Khabar yang diterima pengikutnya amat memeranjatkannya sekaligus menaikkan darahnya yang telah sedia menggelegak.

"Bodoh! Macam mana boleh terlepas?!"

Mata yang sedia merah itu terjegil-jegil mendengar bicara anak buahnya. Belum sempat dia hendak menyerang mangsanya, dia dikhabarkan berita yang tidak enak menjengah deria pendengarannya.

"Korang memang tak boleh harap! Tawanan yang seorang itupun kau tak pandai jaga ! Aku tak kira, aku nak kau dapatkan dia balik sebelum kepala korang yang aku pancung!"

Dengan amarah yang bersisa, dia memutuskan panggilan tersebut dan menghentakkan tangannya ke arah pohon tersebut.

"Bangsat! Kau takkan dapat lari dari aku lah sial. Kau belum kenal lagi aku siapa. Tunggu dan lihat sayang."ujarnya tersengih kesinisan.

**********

Kaki yang sakit akibat tidak berselipar tidak dihiraukannya lagi. Dia yang tercungap-cungap menahan nafas akibat kehabisan tenaga terus meneruskan lariannya agar dirinya tidak dapat dijejaki lagi. Sesekali, dia menoleh ke belakang untuk memastikan orang yang mengejarnya sudah tiada. Dia tidak ingin lagi kembali ke rumah usang tersebut. Dia takut akan semua yang dia hadapi kini.

Berhadapan dengan lelaki yang boleh dikatakan agak sakit mental amat menggusarkan hatinya apatah lagi lelaki itu mempunyai raut wajah yang cukup bengis.

Walaupun mempunyai mata yang cukup unik berwarna hijau, akan tetapi raut wajah yang cukup garang menggerunkan hatinya setiap kali memandang. Ditambah pakej jambang yang meliar di wajah dan pemakaian yang tidak terurus.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga menjalankan kegiatan haram seperti menculik yang dilakukan ke atasnya kini. Dia ingin kembali ke kehidupan lamanya sebelum dia diculik. Dia risaukan ibu bapanya dan dia cukup pasti sekarang ini mama dan papanya masih menjejaki dirinya. Tapi, malangnya dia terperangkap di tengah-tengah hutan yang tebal bersama dengan penculiknya. Dia sendiri tidak pasti akan keberadaannya sekarang ini. Di tengah-tengah hutan tebal seperti Hutan Amazon ini, dia hanya mampu berserah kepada Allah agar mengutuskan malaikat penyelamat untuk menyelamatkannya.

Motif penculik itu yang menculiknya sampai sekarang dia tidak mengetahuinya. Apabila ditanya, lelaki tersebut hanya merenung tajam ke arahnya dengan muka yang bengis. Setahunya, dia tidak pernah mempunyai musuh sepanjang hidupnya.

'Adakah disebabkan kejadian itu hari ?' Terfikir-fikir dia dibuatnya.

Bunyi ranting kayu yang dipijak seseorang di belakangnya itu menarik perhatiannya. Dia yang berhenti rehat seketika akibat kelelahan mulai menggeletar. Dia takut jika orang tersebut adalah pengikut kepada lelaki yang menculiknya. Dia tidak ingin lagi kembali ke neraka ciptaan lelaki itu.

Baru saja ingin melangkah pergi, dirinya dipeluk oleh seseorang dari arah belakang dengan kemas.

"Hei, lepaslah!" tegahnya yang terkejut dengan tindakan tersebut. Badannya kelihatan menggigil-gigil disebabkan takut akan situasi tersebut.

"Shhh...diam kalau kau nak hidup lama!"

Suara lelaki yang kedengaran di cuping telinganya menggetarkan hatinya. Suara itu seakan-akan penculik yang menculiknya. Dia berusaha melepaskan dirinya tetapi tidak memberi kesan langsung kepada lelaki yang bertubuh sasa itu. Lelaki tersebut masih statik di tempat yang sama malah tangan kasar itu semakin mengeratkan pelukannya. Peluh merencik di dahinya akibat ketakutan yang dilaluinya.

'Ini bukan pengikutnya tapi bapak setannya sendiri!' getus dirinya ketakutan.

Dia yakin yang lelaki di belakangnya itu adalah penculiknya. Dia tidak ingin lagi masuk ke perangkap lelaki itu lagi. Menjadi mangsa nafsu buas lelaki itu, dia cuba hindari dirinya sedaya upaya. Dia takut. Dia ingin bebas dari semua ini. Dari dunia yang diciptakan oleh lelaki kejam ini. Dengan sekuat tenaga dia menarik tangan kasar lelaki itu dan menggigitnya, Kemudian, dia menoleh ke belakang dan memijak kaki lelaki tersebut.

"Arghh...Bangsat! Berani kau gigit tangan dan pijak kaki aku!"

Lelaki tersebut yang tak terduga akan tindakan gadis itu meronta-ronta kesakitan akibat digigit tangannya dan dipijak kakinya.

'Boleh tahan tajam jugak gigi dia sampai berbekas tangan aku dikerjakannya'marahnya dalam hati. Hati yang panas seakan-akan meletup dengan tindakan gadis itu.

Tanpa menghiraukan jeritan lelaki itu, dia melarikan diri tetapi malangnya, rambut panjangnya ditarik dari arah belakang.

"S...Ss...Ssakit"ujarnya. Kesakitan yang dirasai kian mencengkam apabila terasa kulit rambutnya seperti ditarik sekali oleh lelaki itu. Rasa macam nak tercabut aja kepalanya dengan tindakan ganas lelaki itu.

"Kau nak lari kemana, sayang? Kau jangan berangan boleh lari dari aku. Kalau tak sia-sia jelah kepala orang aku yang aku dah pancung. Bodoh! Kerja senang macam ni pun tak boleh buat!"sinis muka lelaki itu berkata. Kegagalan anak buahnya menangkap gadis itu menyebabkan kepalanya telah dipenggal dengan begitu kejam sekali olehnya.

Tidak cukup dengan itu, pinggangnya dipeluk sekali lagi oleh lelaki itu seterusnya mukanya ditampar. Sekali tamparan dia melurut jatuh di hadapan lelaki tersebut. Cecair merah pekat yang melikat keluar dari celah bibirnya dikesat sekilas walaupun perit yang amat. Raut muka yang bengis dan mata hijau yang kelihatan merah seperti saga itu amat menakutkannya. Dia tahu dia telah menaikkan darah lelaki itu dan dia cukup tahu hukuman yang bakal diterima akibat tindakan berani matinya yang melarikan diri dari lelaki itu. Badan yang sedia menggigil-gigil itu kelihatan semakin lemah.

"T...Ttolong...lepaskan...saya, Sa...saya...me..merayu..."rayunya yang kelihatan semakin tak berdaya.

"Kau tahu kepantangan aku bagi orang yang tak dengar kata macam kau ni kan ? Kau fikir senang-senang je ke kau boleh lepas dari aku! Ini hutan tempat tinggal aku! Kau jangan ingat senang-senang kau boleh lolos!"

Tanpa melengah masa, lelaki itu terus mengangkatnya dan meletakkannya di bahu bidang lelaki itu dan membawanya pulang semula ke dunia ciptaan lelaki tersebut.

HEARTLESS!Where stories live. Discover now