BAB 4

407 30 11
                                    

“So, Mia…Bila Hariz landing?”

Tanya Zati semasa mereka sedang mengenakan pencuci mulut di sebuah restoran di Pavillion itu. Mereka baru sahaja sudah selesai menjalani spa treatment sebagai hadiah hari jadi untuk Julia. Terasa segar seluruh badan dan muka bila menjalani facial face and body di spa tersebut.

Spa itu memberikan layanan first class kepada mereka. Berpatutanlah dengan harga yang dikenakan. Tidak sia-sia mereka mencuba dan membayarnya.

“Next week maybe.. Lagipun Hariz fly jauh sangat sekarang ni…Ke Korea uolsss…Aku pun dah lama tak holiday ke Korea” ujarnya dengan mata yang terkelip-kelip. Ditambah pula dengan kelazatan dessert yang dirasai kini iaitu dessert kesukaannya, Pavlova.

“Aku dah tak sabar nak tunggu hadiah apa pulak kali ni dia nak bagi” tambah Mia dengan riak teruja menantikan hadiah dari tunang tersayangnya. Setiap kali balik dari fly, Hariz wajib akan membelikannya hadiah. Tak kisahlah barang yang dia sudah ada seperti beg tangan berjenama Gucci ataupun minyak wangi kegemarannya, Enchaunter Paris.

Tengku Hariz Tengku Iswadi, nama sebenar tunangnya yang merupakan seorang pilot. Tambahan pula keturunan Tengku pulak. Hmm, memang menjadi idamannya sejak dulu lagi bersuamikan keturunan kerabat diraja. Pekerjaannya menuntut mereka berjauhan dalam jarak yang jauh dan jangka masa yang lama.

Pertunangan yang diikat lebih 2 tahun yang lalu setelah Mia baru sahaja selesai menamatkan ijazahnya dalam bidang produk kecantikan yang dimilikinya hari ini.

Selama bertunang lebih 2 tahun, Mia yang sudah bersedia untuk memegang status sebagai isteri hanya menunggu Hariz menghabiskan kursusnya dahulu selama 6 bulan. Perkahwinan mereka ditangguhkan atas dasar kursus yang Hariz duduki sekarang ini tidak membenarkannya bernikah lagi sampai kursus berakhir. Atas dasar itulah, pihak pengurusannya mengambil orang yang masih bujang mengikuti kursus tersebut. Jadi, Mia hanya perlu bersabar 2 bulan lagi untuk Hariz menghabiskan kursusnya itu. Setelah itu, mereka akan bernikah.

“Kau tak takut ke kalau-kalau Hariz tu curang? Yelah, pilot kan? Risiko untuk berlaku curang tu sangatlah tinggi. Lagi-lagi setiap hari digoda dengan pramugari-pramugari yang jelita. Nak-nak pula digoda dengan penumpangnya sendiri. Lagipun abang tunang kau tu kan hensem bergaya. Urgh, ngeri Mia bila difikirkan!” sadis sekali jangkaan Zati mengenai tunang Mia, Hariz dengan tangan yang sengaja digoyang-goyangkannya tanda ketakutan manakala Julia hanya tersengih sinis.

“Kau nak takutkan aku pulak ye? Berani Hariz nak main kayu tiga di belakang aku. Apa aku ni tak cukup cantik ke? Tak cukup jelita ke untuknya?!” bentak Mia yang kelihatan marah dengan kenyataan Zati itu. Tak pasal-pasal hilang seleranya untuk menjamah dessert favouritenya sehingga habis.

“Tak adalah sampai macam tu. Aku just nak ingatkan je. Saje ingatkan kau supaya ambil langkah berjaga-jaga. Takdelah nanti bila kecewa teruk macam apa. Kau tu bukan tak cantik. Tapi, terlebih cantik, terlebih seksi pulak tu. Tengoklah bila kau masuk restoran tadi, sampai nak tercabut mata-mata yang memandang sampaikan aku pun jealous. Kalau si Hariz tu cari yang lain jugak, memang mata dia ada masalah rabun la agaknya” ujar Zati dengan ikhlas lalu menyuap dessert ke mulutnya bertujuan untuk mengambil hati kawannya yang panas sekejap tadi disebabkannya.

“Yes…You’re right dear…”sokong Julia lalu mencapai Mango shakenya itu dan menghirupnya untuk melegakan tekaknya yang kering itu.

Yelah, mana-mana perempuan pun mana ada yang nak kekasih hatinya berlaku curang. Lagi-lagi yang sudah bergelar tunang macam si Mia ni. Tapi apa yang diucapkannya memang betul.

Setiap kali berjalan ke mana-mana, akan ada mata yang memandang Mia macam nak terkeluar biji mata. Mana taknya, dah kawannya seksi yang amat.

Dengan hanya dikenakan dress hitam pendek paras paha dan bertali halus. Kau rasa? Dah macam dress untuk si suami bagi malam pertama sahaja untuk wanita di luar sana. Mia ni boleh dikatakan agak berani memakai pakaian sedemikian. Kalau dia memang taklah nak pakai macam tu. Habis kurang pun dia pakai dress melebihi paras lututnya. Agak terancam bila banyak mata memandang ke arahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HEARTLESS!Where stories live. Discover now