"Bangun sahur! Nanti kamu terlepas sahur!" kedengaran suara mama lantang memecah keheningan malam.
Aku merengus geram. "Diam la bodoh!"
Ya, kedengaran biadap. Namun siapa peduli?
Gangguan itu terhenti. Mungkin mama berkecil hati dengan aku? Namun aku tidak mahu mengambil pusing. Biarlah dia.
Ketukan dipintu pula kedengaran.
"Sahur nak, sahur... Nanti kamu terlambat. Jom bersahur?" kedengaran sayu suara mama. Mendayu.
Bertambah sayu hati aku. Ingatan aku jatuh pada arwah mama.
Mama, bila mama nak berhenti ganggu hidup saya?
YOU ARE READING
[[OG]] midnight story
Mystery / ThrillerWarning❗Ini bukan kisah disney sebelum tidur. Scary for kids :3