Kringgg!!! Jam locengku berbunyi.Aku menggeliat kecil dengan mataku yang terpisat -pisat untuk bangun daripada tidur .Aku mencapai tualaku dan masuk ke dalam bilik air . Selesai membersihkan diri aku memakai baju kurung biru muda dan kain biru gelap iaitu pakaian seragam bagi pengawas sekolah .Aku menilik mukaku di cermin dan memakai tudung pengawas sekolah yg berwarna biru itu. Aku menepek sedikit bedak di mukaku dan menyembur sedikit minyak wangi yang berbaur haruman rose itu. Aku berlalu keluar dari bilikku dan ternampak adikku yg masih tidur dalam biliknya itu "haih apalah nak jadi dengan budak sekarang" keluhku sendirian sambil menggelengkan kepala.Aku menuju ke dapur untuk menolong emakku masak sarapan pagi .Selesai menolong mama berkata "along tolong kejutkan angah ,lepastu suruh dia solat subuh sekali ",kata mama.Aku menuju ke bilik adik untuk kejutkan adikku yang tidur mati ini " Woi bangunlah ,tidur apa sampai tak bangun ni ,angah bangunlah solat subuh ",kataku " La tak bangun lagi .Woi bangun !!!jeritku di tepi telingannya dan automatiknya dia bangun lalu menuju ke bilik air ."habis suara aku baru nak bangun hissh menyusahkan betul ",bebelku sendirian .
Selesai sarapan ,aku terus menuju ke sekolah dengan berjalan kaki . Sampai sahaja di sekolah, seorang gadis menyapaku dari belakang . " Woi ,awal datang arini ada apa-apa ke ?",tanyanya .Ceritalah sikit",kata Azila seorang kawan yang penyibuk hal orang lain."Banyaklah kau aku ada apa-apa ,aku bertugaslah arini ",kataku ." Ooops sorry hihihi",kata Azila dengan wajah yang bersalah."Banyaklah sorry kau ,sorry naik lorrylah ",kataku dengan wajah yang selamba." Hissh kau ni sorry tu maksudnya mintak maaf bukan naik lorry ik",kata Azila.
"Lantak kaulah aku malas nak layan ,lebih baik aku jalankan tugas aku ini ", kataku ." Yelah -yelah aku nak pi kat Aishah jap okey bye!!!",kata Azila. Aku membuat muka tidak layan kepada Azila "Kau merajuk ke Mai ", tanya Azila apabila dia dapat mengesan raut wajahku ini.Aku menggeleng menandakan aku tidak merajuk ." Kau bohong Mai ,aku tahu kau merajuk ,janganlah merajuk tau nanti kalau aku merajuk sapa nak pujuk aku ",tanya Azila
." Silalah pujuk diri sendiri ye Cik Azila ",kata aku sambil memerhati para pelajar -pelajar masuk ke kawasan sekolah ." Woi takkanlah aku nak kena pujuk diri sendiri kut tak pernah dibuat orang ",kata Azila .Aku masih mendiamkan diri ." Woi aku cakap dengan tunggul kayu ke Manusia ", jerit Azila di tepi telingaku yang berselindung dengan tudung." Woi pekaklah nanti telinga aku ,kalau hari -hari kau menjerit di tepi telinga aku ",kataku sambil menahan rasa geram di hati
." Biarlah pekak , buat apa ada telinga tapi kalau tak dengar apa orang cakap ",perli Azila sambil menahan geram ." Hmm yelah -yelah itu semua salah aku ,janganlah marah kawanku yang cantik ini ",kataku .
" Hah apa kau nak cakap tadi tu ",tanyaku ." We ,Ni aku nak tanya pernah ke orang merajuk ,pujuk diri sendiri ?",soalnyanya dengan membuat muka hairan . "Pernah",jawabku sepatah ." Siapa ",tanyanya ." Dia ialah Azila Amylia Binti Kamil",jawabku dengan ketawa terbahak -bahak. "Huishh ,kau melampau ", kata Azila ." Aku tak melampau ,Aku cuma jawab soalan kau je tadi ,hahahaahhahhhhahaha",kataku sambil ketawa lagi. "Malaslah nak kacau kau ,aku nak pi kacau Aishah japa,Jumpa kat kelas nanti ,okey bye;", katanya sambil melambai -lambai tangan kepadaku. " Bye",jawabku sepatah lalu menyambung tugasku mengawasi pelajar yang masuk kawasan sekolah.
YOU ARE READING
Love You Mamat Poyo
Romancekisah ini mengisahkan tentang mamat yang berlagak dan sombong digelar mamat poyo oleh seorang gadis yang juga digelar sebagai pengawas gila oleh mamat poyo ini di hadapan pintu pagar sekolah . Ikuti kisah mereka dalam cerita ini✌✌✌✌???