♡CHAPTER 1♡

107 9 9
                                    

Yenna's POV

"Yenna?Yenna!"

Aku terbangun dari lelap setelah mendengar suara rakan semejaku.

"Huh?Kenapa Leeya?"Aku menguap dan mengosok mata.Leeya sudah berdiri dan mengemas barangnya kedalam beg.

"Sekolah dah habis la.Loceng dah bunyi"Leeya jawab,memandang aku dengan sekilas lalu sambung mengemas barangnya.

Mata aku meliar sekeliling kelas.Kosong,cuma aku dan Leeya ada dalam kelas sekarang.

Aku menggosok mata sekali lagi lalu berdiri untuk mengemas.

"Mana yang lain?"Aku tanya sambil menggalas beg,Leeya dah tunggu depan pintu kelas."

"Dorang dah gerak dulu pergi perpustakaan.Kata tadi nak habiskan homework kan?"

"Oh ya la.Okey jom la.Sorry ko terpaksa tunggu aku"Aku dan Leeya mengorak langkah ke arah perpustakaan sekolah.

Perpustakaan tak jauh pun daripada kelas,blok sebelah je.Biasanya Blackpearl lepak kat cafe milik keluarga Mina,tapi sebab harini kafe tu ramai orang kami cadang lepak kat perpustakaan jela.

Bukak je pintu perpustakaan,angin sejuk dari aircond terasa.Pustakawan yang bertugas senyum tengok aku dan Leeya.Kami tunduk lepastu cari meja yang dihuni oleh member Blackpearl lain.

Tak ramai jugak pelajar yang guna library sekarang,ada beberapa je meja yang berpenghuni.

"Hah,tu dorang"Tutur Liya sambil menunjuk arah dengan kepalanya ke arah meja yang ada empat orang.Kami mendekati meja tersebut.

"Sorry lambat!"Kata aku sambil duduk dekat kerusi yang kosong.

Shuu sambil gelak menjawab "haha,takpala.Lagipun kami pun belum start buat lagi."

"Yang kau ni tergelak-gelak apahal?"Leeya tanya.

Yeri yang menahan gelak jawab "Tadi,Mina cerita.Sehun tadi berjalan depan dia dengan Sharron.Lepastu,Sharron ni fangirl tak bercover.Sehun dengar lepastu Sehun senyum kat dia"Terlepas ketawa Yeri.

"Alaaa sweetnya~"Aku dengan Leeya usik Sharron yang dah kemerahan.

"Ei korang ni tak lawakla!Malu tau tak?"Sharron separa menjerit,merajuk dengan rakan-rakannya.Semua dah gelak ramai-ramai.Bertuah jela meja kami paling hujung dan tiada student yang berdekatan.Kalau ada,konfem dah kena marah suruh diam.Perpustakaan kot.

"Hahaha-weh dahla.Tak terbuat homework ni nanti."Mina bersuara lepas melihat jam.Semua member Blackpearl membuka kerja rumah masing-masing.

~♥~Time Skip~♥~

Third person's POV

"Theres nothing holding me back"

Bunyi ringtone fon milik Leeya memecah suasana senyap.Leeya segera mengangkat panggilan tanpa melihat nama siapa yang terpapar di skrin.

"Hello?"Leeya jawab dengan suara mendatar,masih fokus dengan kerja rumahnya.Selepas beberapa saat mata Leeya terbeliak.

"Jackson?Alamak saya terlupa!"Leeya berdiri mengemas barangnya,fon di sandwich antara bahu dan telinga.Semua mata Blackpearl melihat tingkah laku Leeya.

"Aa okey,sorry ya.Saya datang sekarang"Leeya menggalas begnya dan mematikan panggilan telefon.

"Ko nak pergi mana Leeya?"Tanya Shuu.

"Aku lupa yang aku janji dengan Jackson nak balik sekali.Dia dah lama tunggu aku kat gate."Leeya beritahu dalam keadaan tergesa.

"Bye!"Tak sempat Blackpearl nak jawab,Leeya dah berlari anak tinggalkan mereka.

Meja Blackpearl senyap kembali.

"Hmm..best pulak tengok Leeya dengan boyfriend dia"Sharron memecah suasana diam.Semua tersenyum dengan ayat Sharron.

"Kan,jeles jugak tengok dorang"Shuu tersenyum.

"Haha,kita ni pulak bila lah ye"Mina ketawa kecil.Yeri mengangguk perlahan tanda setuju.

Yenna melihat rakan-rakannya.Pelik,dia tertanya kenapa mereka nak sangat bercinta?Best sangat ke bercinta?Dia tak faham.

"Kenapa korang nak sangat bercinta?"Yenna suarakan soalan didalam kepalanya dengan muka yang bingung.

"Sebab ada lelaki yang kisah pasal kita?"Sharron tak pandai nak jelaskan.

"Tapi,kan kita ada kawan baik,tak cukup ke?"Yenna masih dalam kebingungan.Satu meja diam,tak tahu macam mana nak balas balik.

"...Yenna?"Yeri panggil dengan senyap.

"Ya?"

"Kau..bukan les kan?"

"APA KO MEREPEK NI YERI?!"Terkejut Yenna mendengar.Tergelak satu meja gara-gara soalan Yeri.

"Takla,ko cakap kawan baik je cukup.Takkan la ko nak kawin dengan salah satu antara kami nanti?Eyy aku taknak"Yeri ketawa.

"Korang ni,macam la tak faham maksud aku"Yenna acah merajuk.

"Hahaha,dahla korang.Dah pukul berapa ni,jom la balik."kata Mina.Semua tengok jam,wow tak sangka dah lewat.

Kami semua mengemas barang dan tinggalkan perpustakaan.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Thats all for chapter 1~
Nak sambung panjang-panjang dah terlebih ni.Okey,tunggu chapter seterusnya ya?:D

Innocent Love(Kim Seokjin Fanfiction)Where stories live. Discover now