Kuala Lumpur, Tahun 1995
Kartina : "Bang cepat bang sini"
Zamri : "Macam mana polis boleh tahu yang kita ada dekat kawasan tu?"
Kartina : "Manalah Tina tahu bang, mungkin ada orang yang report tak?"
Zamri : "Hish siapa punya kerja la ni, aku rasa ni mesti kerja si Kamal sebab dia tahu yang kita lagi ramai customer dari dia"
Kartina : "Halah pedulikan la si Kamal tu bang sekarang ni kita kena keluar dari KL ni sebab polis dah cari kita bang!"
Zamri dan Kartina terus berlari menuju ke kenderaan mereka iaitu Proton Saga nombor pendaftran WBL 5520 yang terletak di kawasan semak bangunan tinggal. Ketika sedang mereka hampir ke kereta, tiba-tiba Kartina terdengar suara bayi menangis di kawasan semak tersebut.
Mereka berdua cuba untuk mencari dan akhirnya menjumpai dimana datangnya suara tangisan bayi tersebut. Kartina membuka kotak yang terletak betul-betul dekat dengan kereta mereka dan apabila mereka membuka kotak tersebut, mereka terkejut melihat seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan lengkap dengan tali pusat, uri dan ditinggalkan didalam kotak bersama kain batik lama.
Tanpa memikir panjang, Zamri dan Kartina mengambil bayi tersebut bersama mereka dan terus melarikan diri keluar dari Kuala Lumpur.
Kartina : "Bang kita nak buat apa dengan budak ni bang?"
Zamri : "Taktahulah aku Tina, yang aku tahu budak ni nanti mesti menyusahkan aku je nanti"
Kartina : " Tapikan bang, kita dah lama nak anak kan bang, sejak kita.."
Tiba-tiba Kartina termenung dan airmatanya jatuh ke riba.
Apa yang ada dalam kepala Kartina sehingga kan dia boleh menitiskan airmata tanpa dia sedari?
Apa yang terjadi sebelum itu?
Zamri perasan yang isterinya tiba-tiba terdiam dan menangis, tapi dia tidak mahu mengganggu Kartina sebab dia tahu apa yang Kartina alami sebelum ini boleh mengubah hidupnya 360 darjah.
Zamri melihat wajah Kartina dan rasa bersalah itu muncul dengan tiba-tiba. Namun kalau ikutkan hati Zamri dia tidak mahu langsung dan tidak ada hati langsung dengan bayi yang baru dipungutnya itu.
Zamri : "Baiklah, aku bagi kau jaga budak ni tapi kau kena ingat yang aku takkan pernah anggap budak ni macam anak aku sendiri."
Kartina terus mengesat airmatanya dan terus mengalihkan pandangan kearah Zamri.
Kartina : " Betul ke ni bang? Betul abang bagi Tina jaga budak ni?"
Zamri : "Hmm"-dengus zamri sambil mengangguk kepalanya perlahan-lahan
Kartina : " Mama nak panggil anak mama Adam,sebab itu impian mama "
Kartina memandang wajah Adam yang suci membuatkan dia mengukir senyuman yang tidak pernah dia ukirkan sebelum ini. Kehadiran Adam dengan tiba-tiba mengubah hidupnya serta merta.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*16 HARI SEBELUM KEJADIAN*
Hari Pertama :
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Aina yang sarat mengandung masih menunggu suaminya pulang kerumah kerana dia khuatir jikalau suami
YOU ARE READING
Cinta Adam
RomanceMengisahkan tentang Adam seorang anak luar nikah yang dibuang, namun dipungut oleh Zamri dan Kartina iaitu pasangan pengedar dadah yang dikehendaki polis tetapi dapat melarikan diri dan bersembunyi. Mereka berpindah ke Kedah untuk tujuan bersembunyi...