Chapter 17

2.3K 150 22
                                    

"HILANG ingatan? Dah Empat tahun?? Maknanya empat tahun ni Farish langsung tak ingat dengan keluarga Farish?? Habis tu, Irma macam mana? Farish nak jumpa dia! Farish rindu sangat dekat dia!"

Setelah dua minggu Farish sembuh dari amnesia, keceriaan jelas terpancar di wajah Dato' Radzi Izham. Dia bersyukur kerana dipertemukan semula dengan anak sulungnya, Farish. Selain dari itu juga dia berasa sangat gembira, impiannya untuk bergelar atok dan memiliki cucu juga sudah menjadi kenyataan. Juga kejutan ketiga untuknya adalah ayah mertua Farish, Encik Wildan merupakan sahabat baiknya semasa di bangku sekolah lagi.

Encik Wildan harus balik ke Cameron Highland hari ini.

Daniel Rafeeq juga harus berpindah ke Cameron Highland, oleh kerana minatnya pada bidang pengurusan perhotelan sangat mendalam, dia berbincang dengan Dato' Radzi Izham dan abangnya, Farish untuk menyerahkan jawatan CEO Mahligai Sakti Holdings kepada abangnya Farish, manakala urusan Hotel The King yang terletak di Cameron Highland itu diserahkan padanya.

Persetujuan telah dimaterai antara Farish dan juga papanya, Dato' Radzi Izham dan disaksikan oleh Encik Wildan dan juga Datin Amie Hamiza.

"Wildan, nanti kalau ada masa, rajin-rajinlah jenguk kami di sini. Pintu rumah ni sentiasa terbuka." Dato' Radzi Izham berkata kepada besannya yang juga merupakan sahabat baiknya itu.

"Insyaallah Radzi..." jawab Encik Wildan seraya bersalaman dengan Dato' Radzi Izham.

"Papa jangan risau, nanti bila Daniel free aje, Daniel akan bawa Uncle Wildan ni balik sini." Daniel Rafeeq mencelah.

"Betul tu ayah. Rumah ni sentiasa terbuka untuk ayah, lagipun nanti tercari-carilah cucu ayah ni kan?" Farish pula menyampuk sambil bersalaman dengan ayah mertuanya.

"Atok. Nanti atok mesti datang jumpa Danish ye atok?" Danish Rayyan pula menyampuk seraya memeluk kaki atokya, Encik Wildan.

"Amboi cucu atok ni. Baiklah, nanti atok akan datang jumpa Danish lagi... okey? Jangan nakal-nakal tau? Dengar cakap papa, atok dan nenek!"

"Okey atok!" jawab Danish Rayyan seraya menyalami atoknya dan mencium pergelangan tangan atoknya, Encik Wildan.


"SELAMAT kembali diucapkan kepada Encik Bos kita yang juga merupakan CEO kita yang baru. Tuan Ahmad Farish Adrian bin Dato' Radzi Izham!" Aryan Syah melaungkan ucapan kepada Farish sebaik sahaja Farish menapak kakinya memasuki pejabat Mahligai Sakti Holdings.

Pagi itu kesemua kakitangan Mahligai Sakti Holdings mengucapkan selamat kembali dan selamat datang kepada Farish.

"Huh, terasa macam diri ni jadi seorang YB pulak pagi ni, ini kau punya pasallah ni, Aryan! Terjerit... terlolong semasa aku masuk office ni tadi." Farish membebel seraya melabuhkan duduk di kerusi dan melonggarkan tali lehernya itu.

"Alah bos... bos kan dah lama tidak masuk office ni. Empat tahun, lama tu!" ujar Aryan Syah sambil tersengih macam kerang busuk di hadapan Farish.

"Helo... aku dah cakap, kan? Jangan panggil aku boslah. Ni, air aku mana?" soal Farish kepada Aryan Syah, pembantu peibadinya itu.

Aryan Syah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian dia tersengih. "Err... kau nak air apa ek?"

Farish merenung Aryan Syah lama. Kening kirinya dijongketkan ke atas. "Kau dah lupa ke minuman favorite aku?"

Aryan Syah masih menggaru kepalanya yang tak gatal langsung itu. "Helo... aku dah lupalah... Sorry, lagipun kau kan dah lama tak masuk office dan aku jugak dah lama tak jumpa kau..."

Farish tunduk diam. "Maaf," ucapnya perlahan.

"Takpe, aku tak ambil hati pun... Tapi aku bersyukur, kau akhirnya kembali kepada kami," tegas Aryan Syah. "So, kau nak aku buatkan air apa?"

"Aryan... tolong buatkan aku Hot Chocolate ya!" jawab Farish perlahan.

"Okey, beres! Aku pergi buatkan sekarang," sahut Aryan Syah seraya keluar dari bilik pejabat Farish.

Semasa Farish menunggu Aryan Syah membuat hot chocolate untuknya, pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk.."

beberapa saat selepas itu, pintu dikuak dari luar.

"Selamat pagi Tuan Farish."

"Niqisya..."

"Tuan, ini file laporan dari site yang disediakan oleh Irma, dia minta saya serahkan pada tuan."

"Eh, Irma? Kenapa dia tak nak serahkan sendiri? Mana dia?" soal Farish hairan. Baru dia teringat, papanya ada menyatakan bahawa Irma Syazira sekarang tidak bertugas sebagai pembantu peribadi lagi, sebaik sahaja papanya menyerahkan jawatannya kepada Daniel Rafeeq, Irma Syazira sekarang adalah seorang architect Mahligai Sakti Holdings.

"Tuan, err... Irma... dia..."

"Kenapa dengan Irma?" soal Farish, berkerut dahinya melihat tingkah Niqisya.

"Tuan, pagi tadi, tunang Irma datang, dia jemput Irma untuk keluar pergi membeli barangan untuk majlis prnikahan mereka," jawab Niqisya sambil tertunduk. Tunang? Ah, lantaklah!

Farish tergamam.

"Tunang??" soal Farish seraya menyandar di kerusinya. Kini matanya berkaca. Irma, dah bertunang ke? Kenapa kau tipu aku? Hari tu kau kata kau tunggu aku...

"Tuan? Tuan Farish okey ke tak ni? Niqisya bertanya.

Farish tidak menjawab, sebaliknya dia hanya diam membisu.


PETANG itu setibanya Farish di rumah, dia hanya mendiamkan diri. Dia banyak menghabiskan masanya berkurung di dalam bilik dan melayan kerenah anaknya sahaja.

Usai mandi bersama dengan anaknya, Farish menyarungkan baju kepada Danish Rayyan sebelum menyarungkan baju T-shirt biru untuk dirinya sendiri. Petang itu juga dia bercadang untuk membawa anaknya keluar berjalan-jalan.

"Danish, Danish nak tak mama baru?" Farish bertanya.

"Nak!" jawab anak kecil itu.

Farish terus memeluk dan mencium pipi Danish Rayyan sambil berbisik di telinga anaknya. "Insyaallah sayang, papa akan carikan mama baru untuk anak papa ni... papa janji."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARISH ADRIAN  (King of Typo)Where stories live. Discover now