kimyena
"sampai bila kau nak biarkan hati kau macam tu? tergantung sepi? macam lagu haqiem rusli tu." kata Sara kepadaku. aku seperti biasa. jawab entah sahaja."biarkan sajalah. aku nak dia bahagia je. biar dia tak tahu perasaan aku sampai bila-bila. aku taknak persahabatan aku dan dia yang terbina selama 10 tahun putus macam tu saja." ya, aku takut kena friendzone, kena reject dengan Jimin. aku rela biarkan aku menderita.
"kau hadapi macam-macam. simpan perasaan bertahun-tahun. takda guna babe, kau akan terluka." Sara still memujuk aku untuk confess terhadapnya. tapi aku tetap memberikan jawapan tidak.
love you so bad love you so bad ~
ringtone telefon ku berbunyi. call daripada Jimin.
ya jimin?
jumpa jom. aku ada benda nak bagitahu kau ni. aku tak sabar nak bagitahu kau.
ok. dekat mana?
tempat biasa.
tempat biasa. kafe tempat aku dan Jimin selalu lepak.
-
"ada apa nak jumpa aku ni?" tanya aku tak sabar. yelah, manatahu dia tiba-tiba confess kat aku ke. bahagia tau.
tiba-tiba datang seorang perempuan. aku kenal perempuan tu. bestfriend kitaorang masa kecik dulu jugak. Mirea.
"Jung Mirea?" kataku terkejut dan gembira. lama aku tak jumpa bestfriend aku tu. aku peluk dia. aku tak kisah orang tengok kami macam apa entah.
"lama tak jumpa kau. makin cantik ya kau Yena." pujinya. aku hanya tersengih.
"kau suruh aku kesini sebab dia dah balik ke Min?" aku senyum selebar mungkin. gila tak happy jumpa bestfriend kita yang dah lama tak jumpa.
"kitaorang ada nak bagitau something ni." mereka berdua duduk dihadapan aku. mereka juga mengeluarkan sampul surat berwarna pink.
"ni kad perkahwinan kitaorang. kau datang lah eh?" aku terkejut. masa seperti terhenti. degup jantung aku juga terhenti. semua seperti terhenti.
"oo..oh. uih tahniah! aku tak sangka best friend aku akan kahwin akhirnya. tahniah weh tahniah!" aku pura-pura happy. semuanya fake fake belaka.
"kenapa kau nangis ni?" tanya Jimin. aku hanya tersenyum dan cuba menghalang tangisan aku daripada keluar.
"kawan aku dari kecik dah nak kahwin. siapa tak happy woi. terharu la sial." hahaha sial :') sakit dia tu menusuk gais.
telefon aku berdering.
"aku balik dulu lah eh. Sara tu tak ada aku memang tak boleh hidup tanpa aku." aku keluar dari kafe tersebut sepantas mungkin. kad perkahwinan aku bawa sekali. aku menangis teruk. sakitnya.
aku mengangkat telefon
apa macam? apa dia bagitau kau?
sara.. aku balik lewat malam ni. kau masak lah ramen.
mesti ada something happy jadi en! okay. have fun.
nampak tak? aku sorokkan kesedihan aku dari bestfriend aku. aku berjalan ke sungai han. menangis sepanjang jalan. sampai ke sungai han aku duduk di bangku disitu. aku pasang lagu.
sakitnya rasa dia. nasib tak confess lagi. kalau tak mesti lagi teruk. kad perkahwinan mereka aku tatap. mungkin dia bukan untuk aku.
mungkin jodohku orang lain? mungkin aku akan dapat yang lebih baik. aku... aku.. dah tak boleh tenangkan hati aku.
aku suka dia sejak kecil.. dan orang yang dia kahwini bestfriend aku sendiri..
sakitnya..
-
"cik. dah pukul 10 malam ni cik. bahaya cik sorang sorang tidur dekat sini." seorang lelaki menegur Yena yang seperti tidur di bangku tersebut.
"cik.. bangun cik."
"cik!"
-
Yena segera dibawa lari ke hospital. telefon di tangan Yena diambil. tertera gambar Yena dan Jimin disitu.
"eh Jimin?" kata lelaki tersebut terkejut. lelaki itu terus mengeluarkan telefonnya dan menelefon Jimin. "Jimin, kau kena datang hospital sekarang."
-
Jimin dan Mirea mencari dimana tempat Yoongi berada. "apa jadi dengan dia weh? dia okay ke?"
"aku jumpa dia dekat sungai han. tengah baring. aku cuba bangunkan dia tapi dia tak sedar-sedar so aku bawa dia sini."
doktor pun keluar dari bilik bedah.
"keluarga Cik Yena mana?"
Jimin mengangkat tangannya.
"dia tidak dapat diselamatkan.. dia mempunyai hati yang lemah dan hatinya tidak dirawat. anda semua boleh tengok dia buat kali terakhir."
Doktor berlalu pergi. Jimin terduduk. "tak Yena tak."
Sara berlari dengan laju. dia melihat Jimin yang terduduk. "apa jadi dengan Yena weh?"
"Yena dah takda."
Sara jadi tak tentu arah dan berlari masuk ke bilik bedah. dia melihat mayat Yena dan memeluknya. dia tak boleh terima.
"Jimin! kau cakap apa dekat dia masa kau jumpa dia?" Sara menyerang Jimin. "aku cakap aku dan Mirea akan kahwin."
"oh my God.. patutlah." Sara melepaskan kolar Jimin. "kenapa?"
"dia cintakan kau lah bodoh. kalau kau tak jumpa dia semata-mata nak cakap tu mesti dia masih hidup! kau punca Yena macam ni! kau bunuh dia!" Sara jadi tak tentu arah. suara di ruangan itu dipenuhi suara Sara menangis.
-
pengembumian Yena
para koir menyanyi lagu amazing grace di gereja. mayatnya akan dikembumikan sebentar lagi.
"Yena.." Sara menangis kuat. dia melihat ke arah gambar Yena. tiba-tiba ada tangan menyentuhnya dari sebelah.
"kau jangan risau Sara, aku akan okay. kau doakan aku banyak-banyak. aku akan tolong kau masa aku kat tempat lain. jaga diri. jangan jadi budak kecik tak matang lagi." kemudian Yena pergi. "Yena.."
"aku menyesal.." Jimin hanya mampu menatap gambar Yena.
-
k tamat oneshot. so how? leave your comment. 🌞