Aku sejenis yang tak mudah memberi hati,
Tapi jika kau terus mencuba,
Aku pasti akan terjatuh juga,
TAPI mengapa?Setelah hari semalam kita bergurau senda,
Dan hari ini pula;
Kau diam membisu,
Sedang aku tak tahu menahu dimana silap aku.TAPI mengapa?,
Setelah semalam kita bergelak ketawa,
Dan tiba tiba saja hari ini,
Kau---pergi membawa diri,
Atau selama ini;
Kau hanya mahu membunuh rasa bosanmu?Sejujurnya,
Yang kau bunuh itu adalah rasaku,
Rasa sayang yang aku cuba untuk hadirkan,
Kerana aku tak mahu,
Diakhir cerita kita nanti----aku mempersoalkan mengapa aku tak menghargai kau dulu,
Namun rupanya,
Kau hanya bermain wayang,
Dengan melontar kata kasih dan sayang,
Lalu kini;
Kau menghilang.
-xxfanixx-
YOU ARE READING
Tentang Aku
PoetrySejenis luahan hati yang aku diskripsi-kan dalam bentuk puisi, Dan aku tahu---kau, Tak ingin ambil tahu.