1

73 2 0
                                    

  Kakiku melangkah laju menuju destinasi yang ingin ditujui. Menghiraukan anugerah tuhan yang lebat membasahi bumi. Pelbagai persoalanan yang kian rancak bermain di minda. Namun apakah daya seorang manusia untuk terus menemui jawapan yang sebenar. Air mata deras mengalir dipipi. Tidak dapat disangka bahawa seorang yang sering di damba - damba menikamnya dari belakang.

  Seorang sahabat memutar belitkan keadaan yang rumit. Mengubah atmosfera kehidupannya. Hilang dalam sekelip mata kepercayaan yang ditanam selama bertahun pada sahabat.

' Kau tipu aku Batrisyah!'

Flashback

  Tubuhku yang genit dihenyak pada kerusi kayu. Mataku ditutup untuk menikmati suasana sunyi. Hanya bunyi putaran kipas yang kedengaran. Malahan tidak, hanya dia seorang yang berada di kelas. Sedang aku mula melelapkan mata, kedengaran bunyi derapan kaki menghampiri kedudukanku.

BAM!!!

  Hentakan antara tangan dan permukaan meja bergema di corong telingaku. Mata yang kian mengantuk dipaksa buka untuk melihat manusia yang menggangu lenanya.

  " Nak ape Batrisyah?" dengan malas kotak suaraku bergetar untuk mengeluarkan suara. Mata dikecilkan untuk menambahkan fokus penglihatan.

  " Kau ni, tidur je keje. Cuba rajin sikit. Aku tunggu kau kat luar dari tau tak?"

  Keningku hampir tercantum. Menghasilkan kerutan di dahi. Pelik. Itu sahaja yang difikirnya.

  "Kenapa tak panggil?"

  Soalan yang ditujukan hanya dibalas dengan sengihan di bibir.

  "Lupa"

  Hanya jelingan yang dihadiahkan pada gerangan yang mengganggu lenaku.

  "Ada apa nak jumpa aku?"

  Wajah ceria Batrisyah perlahan lahan bertukar cuak. Sengihan yang dari tadi menghiasi bibirnya mati."Kau  ada apa apa dengan Arsyad tak?"

  Pertanyaan Batrisyah sekali lagi menyebabkan keningku bertaut. Kepalaku menggeleng laju menafikan pertanyaan Batrisyah.

" Habis tu yang dia asyik sebut nama kau je bila ngan aku kenapa?" kuat pekikan Batrisyah. Cukup kuat menampar emosiku. " Manelah aku tahu. Aku jaranglah cakap dengan dia."

Arsyad. Jejaka yang sangat digilai oleh Batrisyah. Apalah yang dilihat oleh Batrisyah menyebabkan dia lemas dalam pandangan tajam jejaka itu?

  "Sumpah aku tak tahu apa - apa" Aku menenangkan sahabat yang tenggelam dalam api amarah. Namun sehingga satu saat, kata kata yang digelar sahabat merentap emosiku.

  " Kau ingat kau cantik sangat? Entah - entah kau anak haram. Mata kau tu bukan nya ikut mak bapak kau pun. Dasar anak sundal!"

  Sakit

  Kata kata Batrisyah menyentak kuat pangkal hati. Anak mata biru yang tidak bersalah menjadi punca api cemburu Batrisyah. Sahabat yang telah buta dengan cinta.

  Atmosfera yang serius diganggu oleh seorang gadis.

  " Kenapa dalam kelas ni?"

  Dua pasang mata melihat pengawas yang bertugas. " Saya nak buat spotcheck."

  "Saya tak buat apa - apa pun kak. Saya tidur je tadi sebab tak sihat."
Dahiku disentuh oleh pengawas tersebut.Panas.

  " Yang sorang ni?"

  "Saya jumpa dia tadi"

  " Saya tak kira. Saya nak buat spotcheck jugak."

  Bawah meja aku  dan Batrisyah diperiksa. Beg aku diselongkar.

" Ni beg duit sape ni? Kenapa gambar IC lain?"

  " Bukan saya kak. Saya tak curi. Sumpah saya tidur je tadi."

  " Betul ni?"

   " Betul." Terbeliak mata ku . Bersungguh sungguh aku cuba menafikannya.

  " Tiha! Ni bukan aku punya ke? Sampai hati kau!"

  Makin keruh suasana apabila Batrisyah mula berlakon.

  " No! I din't stole it." Takkan aku cuba untuk menikam belakang Batrisyah. " Awak ikut saya pergi bilik disiplin sekarang." Cukup tegas suaranya. Cukup meluluhkan hati aku. Tanpa pengawas itu sedari, aku lihat Batrisyah tersenyum sinis.

  Aku digantung sekolah seminggu. Tidak cukup dengan itu, Batrisyah membuang beg sekolahku.

  Laju air mata menitis. Sampai sahaja di destinasi, tangan diseluk dalam kocek baju kurung yang tersarung pada tubuhku. Tiada. Kunci rumah tiada. Mungkin dalam beg sekolahku.

  Malang tidak berbau, beg sekolahku sudah dibuang dan aku gagal mencarinya.

  Salam dilaungkan. Lama lama pintu rumah dibuka. "Akak beg mana." Wajah ibu angkatku yang tersembul di muka pintu rumah dua tingkat tersebut. "Akak kene buli mak." Tangisan sekali lagi terhambur. Tersedu sedu aku di tengah hujan. Tanganku di tarik masuk ke dalam rumah.

   "Siapa buat?" wajah lembut sang ibu memandang mata biruku. " Kawan baik akak sendiri mak. Batrisyah. Dia tuduh akak curi beg duit dia. Pastu dia buang beg akak."

  Tangan tua milik ibu mengusap lembut ubun ubun ku. "Akak kan baik. Ibu percaya akak tak buat."Sudah lama naluri ibunya mengatakan bahawa sahabat anaknya mempunyai niat jahat. Sejak dia menapak rumah mereka lagi. Tidak dapat dilupakan muka jijik yang ditayangkan olh Batrisyah ketika hadir beraya di rumah mereka tahun lepas. Namun kejahatannya disembunyikan sebaik sahaja Tihani memandangnya.

  " Kenapa dengan Hani mak?" pertanyaan si kakak sulung memecah suasana sunyi. " Adelah." Enggan si ibu memburukkan aib rakan anaknya.

  "Iqa dah tidur?" Kanak-kanak berusia 5 yang didalam bilik berhampiran dijenguk. "Dah mak. Lepas Aqila main dengan kak long terus dia tidur." Laju saja Alisa memberi maklumat.

  "Dah pergi mandi. Busyuklah Hani." ketawaku pecah selepas mendengar penyataan ibu. Tangisan tadi kian hilang. Kakiku perlahan lahan mula melangkah ke bilik.

  Beg yang dibuang masih berlegar legar di mindanya. Beg pemberian arwah ayah. Sekali lagi tangisannya terhambur.
 


 

Lost HopeWhere stories live. Discover now