Bab 1

0 0 0
                                    

"Berapa kali mama nak ingatkan Ayda? Ayda anak orang kaya. Mama usahawan terkenal. Ayda kena jaga reputasi mama. Mana mama nak letak muka kalau orang luar nampak anak mama balik naik teksi? Malu tau mama."

Mama bercekak pinggang dihadapanku. Aku menghela nafaz panjang. Reputasi je yang penting bagi mama. Sikit-sikit kaya. Hina ke kalau orang kaya naik teksi. Teksi tu kenderaan awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira darjat.

"Mama cakap dengan Ayda ni. Dengar tak?"

"Ma,naik teksi je pun. Bukan Ayda buat kesalahan berat."

"Teksi ke apa ker, Mama tak kira. Ayda jangan nak jatuhkan air muka mama. Faham?"

"Yelah ma. Ayda mintak maaf."

"Lepas ni kalau nak keluar mintak tolong Pak Aji hantar. Mama tak nak Ayda naik teksi buruk tu."

"Ma, stoplah isu teksi tu. Kan Ayda dah janji tak akan buat lagi. Please ma, stop it."

Mama merenung aku tajam. Lengan baju dinaikkan sehingga menampakkan gelang emas yang tergantung di tangannya.

"Baik, mama stop cakap pasal tu. But, Ayda mesti janji yang Ayda tak akan menjatuhkan maruah mama."

Mama berjalan menuju ke bilik. Aku menghela nafaz lega. Finally, mama stop isu tu. Maruah mama? Aduh, susahlah jadi anak orang kaya ni. Semua benda kena jaga. Fuh!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hatiku PadamuWhere stories live. Discover now