"Apa ni?"soal Adilah kepadaku.Tersedakku dibuatnya.(masa tu,dia duk minum air)
"Mana kau dapat gambar ni?"
"Jadi betullah lah kan?"
"Betul apa?"blur lah aku bab bab ayat tergantung ni.Cuba habiskan ayat
"Betul kau dah bercinta dengan tunang aku?!"tengking Adilah.Orang sekeliling dah muka tengok tengok.Kang aku gali biji mata sorang sorang baru tahu!
"Hell no!"balas aku. Tengking jugak.
"Kau ni dah kenapa Adilah?! Nak tuduh aku macam macam? Kau ingat aku ni apa ha?!"sambungku lagi
"Kau perempuan perampas!"
"Elok sikit cakap tu.Kau jangan ingat aku miskin,aku takde maruah nak rampas tunang kawan baik aku sendiri!"
"Memang pun!"aku pun terus blah. Malas nak layan orang gila macam ni.Dalam minda aku sekarang,siapa bagi gambar tu? Dan apa motif dia? Ish. kalau aku tahu,siaplah.Aku bunuh dia!
***********
"Aku nak korang tangkap diaorang ni pastu aku nak korang letak diaorang ni kat hotel.Lepas tu,panggil JAIS."kata Adilah kepada dua orang lelaki sambil menunjukkan gambar kawan baiknya dan Izz Irfan.
"Baik,bos"
"Pastikan tugas korang ni terlaksana. Kalau tak,aku takkan bayar"
"Baik"
Sebaik mendengar arahan Adilah tu,mereka terus keluar dan mencariku. Aku yang sedang lunch (lonely dowh) terkejut apabila tiba tiba dua orang lelaki tu duk depan aku.Diaorang tu pakai baju biru tshirt dan seluar tracksuit.Sut santai so takde orang cam diaorang tu penjahat
"Korang sape?"soalku dengan nada biasa. Takde tengkingan sebab tak tahu dia penjahat
"Kitaorang saje duk sini. Full seat lah katakan"mataku meliar di kawasan kedai ni. Memang full seat pun lalu hanya anggukan aku balas.
"Nak air tak? Kitaorang belanja"
"Asal lak korang nak belanja?"timbul curiga kat aku
"Yelah.Kitaorang tumpang duduk. Mesti mengganggu kan?"
"Aku nak gerak dah. Korang duduk lah"aku terus bangun dan pergi. Aku dah bayar k?
Aku pun jalanlah nak pergi kat tempat parking motor.Jauh jugak dari kedai ni.Kedai ni memang terkenal dengan 'kemurahan' dia dan kesedapan makanan dia.Sebab tu ramai orang.
Mataku meliar kesemua kawasan.Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.Yelah.Kawasan parking dia pun memang jauh dari pandangan awam.
Tiba tiba aku dengar bunyi tapak kasut menuju ke arahku.Aku menoleh belakang dan tak sempat nak lari,akhirnya seorang lelaki tadi menutup mulutku.Nafasku mula tercungap cungap.
Dengan segala tenaga yang ada,kaki ku menendang kakinya.Dia mengerang kesakitan.Mulutku mula terlepas dari genggaman nya.Seorang lagi lelaki (bukan yang kena tendang tadi),menutup mataku.Aku dah tak nampak apa apa. Sampai aku rasa mulutku mula ditutup semula dan akhirnya,aku pengsan
***********
"Hai Izz Irfan."berkerut dahi Izz Irfan.Sape pulak ni?
"Sorry tak kenal"Izz Irfan mula melangkah laju.Dah kenapa mamat dua ekor ni.Dahlah kat tempat sunyi ni.Saja dia datang lorong terpencil ni sebab rimas dengan desakan desakan perempuan yang datang minta kasihan
"Eh bro.Takkan tak kenal kut.Kitaorang ni kawan kau zaman sekolah rendah dulu lah.Ni aku Aril.Ni Farizzam."berkerut dahinya.Sejak bila pulak aku ada kawan nama Farizzam ni? Kalau Aril tu memang ada tapi dah lama lah tak contact
"Farizzam tu sape? Aku tak kenal pun".
"Dia ni kawan aku. Kawan sepejabat aku."
"Jom ah.Chit chat dulu. Lama giler tak jumpa kau"
Izz Irfan hanya menerima ajakan 'kawan lama' nya itu.
"Weh,Irfan.Aku belanja eh air."
"Eh takpelah.Aku belanja"
"Eh takpe takpe.Farizzam.Gi beli air kat kitaorang.Lemonade 2.Boleh kan Irfan?"
"Eh,boleh je lemonade pun"
Mereka pun berbual kosong pasal pekerjaan sekarang,dah kahwin ke tak.Pasal masa zaman sekolah dulu tak cerita.Yelah.Dah nama pun menyamar,mana nak tahu zaman persekolahan dia
Manakala Farrizam pula...
"Cik.Tolong masukkan pil tu dalam lemonade satu lagi tu"
"Maaf encik.Ini pil apa?"
"Kawan saya nak drive ke Kuantan ni.Kepala dia pening.Tu panadol.Dia tak biasa telan ubat.Selalu dia bubuh dalam air je"
"Oh ok"cik tadi pun letak kan pil tersebut ke dalam air lemonade itu.Kemudian dia pun menuju ke arah Izz Irfan.
"Nah,Irfan."
"Thanks"
Mereka pun memulakan lakonan mereka.
Kring kring kring
"Eh bro. Kejap ye.Bos aku call"tipu Aril.Padahal tiada orang pun menelefonnya.Dia hanya memasangkan nada dering pada telefonnya.Selepas 2 minit,dia kembali ke arah Izz Irfan
"Weh.Kitaorang chau dulu.Bos kitaorang panggil.Urgent"
"Oklah."
Izz Irfan dan 'kawan lama'nya pun pergi dari kedai tu.Dan tiba tiba dia terasa pening. Dia memicit micit kepalanya.
"Eh bro.Kenapa ni?"
"Pening lah.Aku nak tumpang kereta jap.Kereta aku jauh"matanya mula kabur.Nafasnya mula tersekat sekat.
Dan pada masa tu,hanya satu terlintas di fikirannya.Perangkap!
YOU ARE READING
Isteriku Mulut Laser!
RandomKerana dendam seorang kawan,Syaurah Awfiyah dan Izz Irfan terjerumus ke dalam satu perkahwinan yang paling dibenci masing masing. "Aku pun tak tahu apa tu cinta. Macam mana aku nak kahwin? Dahlah aku kahwin dengan mamat kerek tu"-Syaurah Awfiyah "A...