1 Januari 2016
Seorang remaja berpakaian baju sekolah biru berjalan memasuki kawasan sekolah.Semua memandang tajam ke arahnya.Dia menghiraukan pandangan itu lalu menuju ke kelasnya.Maklumlah,hari pertama sekolah.Ramai pelajar baru yang pertama kali melihatnya yang merupakan pengawas sekolah.
"Aduh...Ramainya yang tengok aku.Aku tau la aku hensem,tapi jangan la tengok lama-lama."Bisik remaja lelaki tersebut seorang diri."
Dia tiba didepan kelasnya.Kelihatan tiga rakan perempuannya sedang berada dikelas.
"Asal harini aku jumpa perempuan je ni.Apa la nasib aku harini."Dia berbisik lagi seorang diri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Dia masuk ke dalam kelasnya dengan perlahan.Tiga orang rakannya tadi memandang dia masuk ke kelas.Namun selepas dia duduk.Tiga orang tadi berhenti memandangnya.
"Kringgg,Kringgg,Kringgg."Semua pelajar serta guru menuju ke Dewan Gemilang untuk perhimpunan pagi.
<>Is pov
Aku tergesa-gesa menuju ke Dewan Gemilang.Aku mencilok setiap orang yang ku jumpa.Aku masuk ke dalam dewan melalui pintu belakang,mengambil tempat dudukku di hadapan PA System.Aku bangun sekejap lalu melihat sudah ramai pelajar berkumpul di hadapan pentas yang tingginya lebih kurang 3 kaki dari lantai bawah.Ada pelajar yang sudah aku kenal dan ramai pelajar yang baru aku lihat mukanya.Dan sudah tentu kebanyakannya form 1.Aku mengambil tempat dudukku kembali.Menunggu para guru sampai dan naik ke atas pentas.
<>Tepat pada pukul 7.30 pagi,semua guru sudah tiba dan mengambil tempat duduk mereka.Is yang duduk di tempat penjaga PA System membuka slide show yang dibuatnya untuk hari pertama persekolahan.
"Harap-harap tak ada la yang complain aku pasal slide ni....please jangan complain,please!!"Is merayu bagai nak rak di dalam hatinya agar tiada sesiapa yang memberi komen terhadap slide yang dibuatnya yang kelihatan serba lengkap itu.
Pengacara majlis memulakan majlis pagi itu dengan nada yang lembut.Tidak terlalu kuat,tidak terlalu perlahan suaranya.Yang penting jelas didengari oleh semua orang.
Apabila perhimpunan sudah hampir tamat,pengerusi majlis meminta Encik Wan Mohd Salleh yang merupakan pengetua sekolah itu untuk memberikan sepatah dua kata kepada pelajar baru serta mereka yang kembali semula ke sekolah.
Semuanya dilihat berjalan lancar.Tiada cacat-cela sepanjang majlis tersebut.Semuanya okay sahaja.Apabila Is keluar dari dewan melalui jalan yang dia masuk.Dia terlanggar seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya.Apabila gadis itu hampir jatuh ke lantai,dia merangkul pinggang gadis itu bagaikan dalam cerita hindustan.Dia memandang gadis itu dan pandangannya dibalas kembali oleh gadis itu.Namun Is melepaskan rangkulan tangannya pada pinggang gadis itu dengan kasar ke lantai.
"Maaf...maaf...Saya kena cepat.Kalau ada masa kita jumpa lagi okay!!!"Is meminta maaf lalu tergesa-gesa berlari menuju ke bilik pengawas untuk menghantar laptop yang diambilnya tadi.
<>Arlina pov
Aku berjalan menuju ke tandas.Melalui lorong tepi Dewan Gemilang seorang diri.Melihat permandangan kawasan sekolah yang pertama kali ku jejaki.Apabila melalui pintu masuk belakang dewan,aku dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai.Wajahnya tampan seperti artis Kpop yang ku minati iaitu Sehun ahli kumpulan EXO.Ketika aku ingin jatuh ke lantai.Pinggangku dirangkul oleh lelaki tersebut.Dia menatap diriku begitu juga denganku.Dia melepaskan diriku bagai tiada rasa serba salah.Diriku terhempap kelantai tanpa sebarang bunyi.Dia meminta maaf lalu beredar pergi.Aku bingkas bangun seorang diri.Ternampak tag nama yang tertulis Pengawas Iskandar.Aku menyimpan di dalam poket baju ku lalu ku meneruskan tujuan ku yang ingin pergi ke tandas.
Aku melangkah keluar dari tandas perlahan-lahan.Aku terlupa arah ke Dewan Gemilang.(Aku sebenarnya seorang yang pelupa jika aku berada di tempat baru...Hehehe...).Aku mencari jalan untuk ke Dewan Gemilang namun gagal,maklumlah,sekolah besar macam sekolah orang kaya.Aku cari dan terus mencari.Namun aku tidak jumpa arah ke tempat aku berkumpul.Aku terduduk ditepi longkang.Mula-mula ku menahan air mataku,namun aku lemah lalu menangis seorang diri di situ.
<>Is dalam perjalanan pulang ke kelas.Keadaan lorong yang dilaluinya kelihatan lengang.Semua pelajar telah masuk ke kelas masing-masing selepas perhimpunan pagi.Is keseorangan berjalan.Terdengar tangisan entah dari mana.Dia mencari bunyi tangisan di sekitar dia berada.Namun tidak ditemuinya.
"Aduhhh....Takkan la ada hantu pagi macam ni.Aku ni dah la jenis takut hantu.Jangan la dia cekik aku dari belakang."Is berbisik di dalam hati ketika berada di lorong itu.
Is mencari dan terus mencari punca tangisan itu,lalu dia ternampak seorang pelajar perempuan duduk ditepi longkang sambil menangis seperti budak kecil.Is mendekati pelajar itu yang berada lebih kurang 10 meter darinya.Dia menepuk bahu gadis itu dengan perlahan.Gadis itu tersentak dan memandang belakangnya.Dan kelihatan seorang jejaka berdiri tegak di belakangnya.Gadis itu terkedip-kedip matanya melihat siapa yang berada di belakangnya itu,namun gagal kerana silauan matahari pagi yang bersinar-sinar.
"Kenapa awak nangis ni?Saya tak pernah nampak awak pun?Ke awak budak form 1 yang bru masuk?Kenapa awak ada kat sini?Asal tak ada kat dewan?"Satu persatu soalan yang diajukan oleh Is kepada gadis itu tanpa henti.Maklumlah,Is ni seorang yang kejam kalau jumpa budak-budak baru.
"Sa....sa...sa...saya sesat....Tak tahu jalan nak balik ke Dewan Gemilang..."Jawab gadis yang menitiskan air mata itu tersedak-sedak.
"Ohh...Awak sesat...Kalau macam tu saya bagi tahu awak arah ke dewan dari sini....Awak lurus ke sampai kat lorong depan sana,lepas tu awak belok kanan and awak lurus je sampai awak nampak bangunan yang besar okay...."Is memberi tunjuk arah kepada gadis tersebut yang sesat itu.
Gadis itu hanya mengangguk kan kepalanya tanda faham lalu pergi sambil melambai tangan ke arah lelaki yang mukanya masih samar dimatanya.
BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
First Love
RomanceNamaku Iskandar.Orang panggilku Is.Aku merupakan pengawas sekolah di sekolahku.Aku selalu menjarakkan diriku dengan orang lain kerana aku seorang pendiam.Suatu hari seorang gadis menghantar surat kepadaku.Aku menghiraukan surat itu.Aku terus dan ter...