Episode 1: Pertemuan Semula

7 2 0
                                    

   Macam hari biasa, Zero pergi ke tempat kerja pada pukul 9 pagi hingga 6 petang sebagai penjual ais krim di sebuah kedai berdekatan rumahnya.

Zero:Hmm...Hari-hari perkara sama. Bosanlah macam ni. Dari dulu sama je pergi kerja balik kerja.

   Setelah tiba, Zero masuk dengan hati yang tidak tenteram.

Zero:Haish.... Macam biasalah masuk kedai, bukak-bukak je budak-budak yang masuk dulu.

   Zero pun layan jelah budak-budak yang masuk dalam kedai tu. Masa berlalu dengan pantas, jam di kedainya telah menunjukkan sudah pukul 6 petang. Lalu diapun berkemas untuk pulang ke rumah.

Zero:Haish... Mana pulak kunci ni.

   Zero menyeluk poket bajunya mencari kunci rumahnya di hadapan pintu rumahnya.

Zero:Oh! Kat sini rupanya. Dekat poket ni ada koyak rupanya.

   Zero melihat poketnya yang koyak itu. Memeng muat untuk kunci masuk ke dalamnya. Lalu, Zero pun masuk ke dalam rumahnya. Rumahnya sangat sunyi kerana dia seorang sahaja yang tinggal di situ.

Zero:Teringat masa mak dengan ayah ada dahulu.

   Zero terbayang ibu bapanya duduk di sofa di hadapan televisyen di ruang tamu rumahnya.

Zero:Baik aku mandi dan rehat untuk kerja esok.

   Lantas, Zero mandi dan baring di atas katil di biliknya. Sebulum tidur, Zero membaca mesej yang di hantar oleh managernya. Mesej itu bertulis: 'Tolong datang kerja lebih awal esok boleh saya ada berita baik untuk kamu'. Zero membalas mesej itu 'Baiklah saya akan datang pada pukul 7 pagi'. Managernya pun membalas 'Bagus, saya akan menungu kamu'. Lalu, Zero tutup telefonnya dan tidur.

   Keesokan paginya, dia bangun dan bersiap pada pukul 6 pagi dan berjalan ke tempat kerjanya pada pukul 6:50 pagi. Dia tiba tepat pada masanya. Manager kedai itu menunggunya datang di dalam kedai. Lalu, Zero masuk ke dalam kedai

Manager:Bagus kamu tiba tepat pada masanya. Inilah pekerja yang saya perlukan.
Zero:Jadi, apa berita baiknya?
Manager:Sebenarnya, saya kasihan tengok kamu bertungkus-lumus bekerja. Jadi, saya dapatkan kamu rakan setugas baru. Sekejap lagi dia tiba.

  Mereka diam menunggu kedatangan pekerja baru itu. Setelah 20 minit berlalu, pekerja baru itupun tiba. Dia masuk kedalam kedai tetapi Zero asyik melihat telefonnya.

Manager:Sampai juga kamu. Saya ingatkan kamu sudah lupa.
???:Maaflah saya lewat sudah lama saya keluar negara sehingga saya lupa jalan di sini.

   Zero terbehenti seketika kerana suara yang seperti pernah didengarinya. Zero berpaling perlahan-lahan ke pekerja baru itu. Zero terkejut melihat pekerja baru itu.

Zero:A-a-adakah....

Bersambung.....

  

Kawan Ke PartnerWhere stories live. Discover now