Episode 4: Kawan Remaja dan Kanak-kanak

11 2 0
                                    

   Seiko masuk ke dalam bilik manakala Zero berbaring pada sofa di ruang tamu rumahnya. Zero sekelip mata sahaja tidur di sofa itu. Seiko pula duduk pada katil bilik Zero dan termenung. Akhirnya, Seiko baring di katil tersebut dan tidur

   Keesokan paginya, Seiko terjaga dan keluar dari bilik Zero.

Seiko:Kemana Zero pergi?

   Seiko memerhati sekeliling, tetapi tiada kelibat Zero. Seiko terbau seperti ada makanan yang baru di masak. Lalu dia pergi ke dapur.

Seiko:Ada lempeng?

   Terdapat sebuah nota di tepi sepinggan lempeng itu. Seiko membaca nota itu. Nota itu bertulis "Seiko, jika kamu sudah terjaga, saya masakan lempeng ini untuk kamu sarap. Saya pergi mencari rumah untuk kamu tinggal. Harap kamu suka lempeng itu. Daripada, Zero."

Seiko:Saya tidak sangka, sifat suka membantunya masih ada setelah sekian lama.

   Seiko duduk di meja makan lalu membuka penutup mulut yang sentiasa dipakainya itu. Dia memakan lempeng itu dengan tenang. Lalu dia berkata.

Seiko:Sedap juga lempeng ini. Tidak sangka dia pandai juga memasak.

   Dalam beberapa minit kemudian, Seiko terdengar ketukan di pintu masuk. Dia memakai semula topeng mukanya lalu membuka pintu rumah dengan perlahan-lahan. Kelihatan Zero yang baru balik. Seiko bertanya...

Seiko:Kenapa kamu tidak menggunakan kunci sahaja inikan rumah kamu?
Zero:Saya tertinggal kunci di rumah dan saya tidak mahu kamu terkejut jika saya terus masuk ke dalam.
Seiko:Begitu.

   Seiko membiarkan Zero masuk lalu menutup pintu. Zero pula pergi ke dapur.

Zero:Nampaknya kamu suka lempeng yang saya masak untuk kamu.
Seiko:Hmm...
Zero:Ada yang tidak kena Seiko?
Seiko:Cuma.... Kenapa kita tidak pergi kerja?
Zero:Oh. Ya. Kamu baru bekerja di sana jadi kamu tidak tahu yang hari ini kedai tutup dan kita dapat cuti.
Seiko:Ouh.. Jadi hari ini kita cuti.
Zero:Betul. Kamu ada mahu pergi ke mana-manakah?
Seiko:T-t-tidak.
Zero:Kalau begitu, ada sebuah pesta di bandar. Kamu mahu ke sana?
Seiko:Boleh juga. Tunggu sebentar saya pergi bersiap.
Zero:Baiklah saya akan tunggu kamu di luar.

   Seiko pergi bersiap sementara Zero menunggunya di luar rumah.
Semetara Zero menunggu Seiko, seseorang menegurnya.

???:Zero!
Zero:Hah? Ouh! Hei Rikka!
Rikka:Lama tidak jumpa kamu. Sejak kita tamat sekolah menengah.
Zero:Betul tu. Saya tidak sangka boleh jumpa kamu di sini.
Rikka:Saya baru berpindah di kediaman ini bersama Jin.
Zero:Jin? Mana dia?
Rikka:Dia memang lambat. Kamukan tahu dia macam mana orangnya.
Jin:Hei! Rikka!
Rikka:Lambat betul kamu Jin
Zero:Biasalah tu.
Jin:Hei, Zero. Kamupun tinggal di sini?
Zero:Kamu ingat rumah ini siapa punya?
Jin:Kamu pakai begini mahu ke mana Zero?
Rikka:Yalah.
Zero:Saya mahu ke pesta di bandar.
Rikka:Pesta?
Jin:Baguslah kalau begitu. Kamipun mahu ke sana. Apakata kita pergi bersama?
Rikka:Bagus juga idea kamu. Sudah lama kita tidak keluar bersama.
Zero:Boleh tapi.....

   Tiba-tiba Seiko keluar lalu menutup pintu rumah Zero. Seiko kelihatan terkejut apabila Zero bersama orang yang tidak dikenalinya.

Bersambung.....


Kawan Ke PartnerWhere stories live. Discover now